Meh Maghi Derak : Tempat Menarik Di Kelantan ( Part 2 )

Sebelum ni saya dah buat satu artikel iaitu tempat menarik di Kelantan tpi itu adalah part 1. Jadi, yang ini adalah sambungan untuk artikel tersebut. Terdapat banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi di Kelantan kepada para pelancong yang ingin melancong ke Kelantan. Jadi, jom kita mulakan part 2.

Bagi yang hendak pergi ke negeri kelantan dan ingin tengok part 1 punya boleh klik link ini :-

Meh Maghi Derak : Tempat Menarik Di Kelantan ( Part 1 )

6. Street Art, Kota Bharu

Memasuki lorong yang diceriakan dengan Street Art yang terletak di Jalan Dato Pati, Bandar Kota Bharu, anda bakal ‘dikejutkan’ dengan betapa kreatifnya mural yang dihasilkan di sini hasil daripada baka-bakat kreatif anak malaysia kita.

Antara tema yang dapat diselami apabila memandang hasil lukisan ini adalah ‘impian’ dan ‘kebahagiaan’. Antara lukisan yang menggambarkan perasaan ini adalah mural belon berwarna-warni yang berterbangan bebas di awan tinggi, motif bunga dan banyak lagi. Juga terdapat mural untuk bekas menteri besar Kelantan iaitu allayarham Tuan Guru Nik Aziz. Lukisan mural itu dibuat sempena untuk memperingati beliau semasa menaikkan nama negeri Kelantan ini.

7. Min House Camp

Min House Camp ini terletak beberapa km sahaja dari bandar Kota Bharu, Min House Camp menawarkan pengalaman yang mustahil dapat dilenyapkan dari ingatan. Dikelilingi oleh alam semula jadi  flora dan fauna seperti sungai yang mengalir tenang dan pokok-pokok yang menghijau, suasana di sekitar Min House Camp ini cukup menyegarkan jiwa.

Rimba hijau yang menjadi tapak lokasi Min House Camp ini adalah habitat kepada lebih daripada 40 spesies burung, 20 spesies rama-rama dan banyak lagi spesies haiwan yang lain menjadikan ia antara destinasi yang menarik untuk anda luangkan waktu bagi meneroka kekayaan flora dan faunanya. Bersesuaian dengan atmosfera yang penuh kehijauan, penginapan-penginapan dan kemudahan yang ditawarkan di camp ini juga hampir keseluruhannya adalah berasaskan buluh dan kayu.

Selain ini semua, anda juga boleh mengikuti pelbagai aktiviti kebudayaan lain seperti kelas pembuatan kraftangn, kelas memasak, permainan tradisional dan juga melihat pertunjukkan wayang kulit dan dikir barat.

8. Kedai Kopi White House

Antara kedai kopi yang paling legend sekali di Kelantan dn yang tertua kerana kedai kopi klasik ini mula ditubuhkan dari sebelum merdeka iaitu dari tahun 1935 lagi! Namun ini bukanlah kawasan asal dari awal pembukaan kedai, kerana ianya telah berpindah ke lokasi sekarang pada tahun 1980. Ingin merasakan suasana klasik yang sebenar semasa bercuti di Kota Bharu, singgah sahaja ke Kedai Kopi White House ini, atmosferanya cukup menarik. Bagi sesiapa yang berjiwa lama tu, anda pasti tak akan dapat melupakan pengalaman bersantapan di sini.

Salah satu menu wajib cuba sudah semestinya kopinya sendiri yang dihasilkan dengan menggunakan resepi rahsia turun-temurun. Tak cukup secawan! Selain kopi, anda juga patut mencuba roti bakarnya yang boleh dinikmati sama ada dengan telur separuh masak, butter, kaya atau sebagainya.

9. Rumah Api Pantai Senok

Ingin menikmati ketenangan yang ada view rumah api ? Datanglah ke Rumah Api Pantai Senok. Dari sini, anda dapat menyaksikan suasana penuh ketenangan lautan biru yang terbentang luas di samping pemandangan nelayan yang pulang dari menangkap ikan.

Panorama ini disempurnakan lagi dengan cahaya indah ketika mentari mula terbenam. Jangan melepaskan peluang untuk merakamkan saat-saat ini melalui lensa kamera anda!

Sambil menikmati ketenangan di sekitar kawasan pantai, anda juga boleh melakukan aktiviti seperti berbbq atau bercamping di tepian pantai ataupun di bawah pokok rhu.

10. Gunung Stong

Gunung Stong adalah sebuah tarikan alam flora fauna yang semulajadi pilihan ramai pencinta aktiviti mendaki kerana cabaran yang ditawarkannya adalah mencabar. Bukan itu sahaja, di sini jugalah terletaknya salah sebuah air terjun bertingkat yang terkenal di Kelantan iaitu Air Terjun Jelawang.

Kedudukan puncaknya sengatlah tinggi sehingga ia mampu mencecah 1422 meter. Mustahil untuk tiba ke kemuncak tanpa rasa lelah dan penat. Pendaki digalakkan untuk bermalam di Kem Baha yang terletak pada ketinggian 466 meter, dalam sekitar 2 jam perjalanan dari tempat meletak kereta.

Untuk menuju ke puncaknya, masa yang diambil dari Kem Baha adalah dalam sekitar 3 jam. Tiba di kawasan puncak, anda dapat menyaksikan pemandangan laut China Selatan serta kepulan awan yang mendinginkan suasana.

Related Posts