Meh Maghi Derak : Tempat Menarik Di Kelantan ( Part 1 )

Anda ada plan untuk pergi bercuti di pantai timur? Apa kata kalau anda menghabiskan masa percutian anda dengan melawat negeri Kelantan. Boleh tahan banyak juga tempat yang menarik di Kelantan ni. Di sini kami senaraikan beberapa tempat menarik di Kelantan yang pasti rugi sekiranya anda tak lawati semasa berada di sini.

1. Air Terjun Jeram Linang

Jika anda ingin pergi kawasan bermandi manda berlatarkan air terjun, Air terjun adalah tempat pilihan anda. Jeram ini dilengkapi Pusat rekreasi ini merupakan kawasan air terjun berbatu, dan mempunyai laluan untuk mendaki ke puncak air terjun. Kawasan mandi untuk golongan dewasa dan kanak juga disediakan termasuk taman permainan untuk kanak-kanak.

Kawasan ini merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk tapak perkhemahan dan kemudahan seperti tapak, dewan dan restoran masakan panas juga disediakan.

Jeram Linang merupakan salah satu pusat rekreasi yang terawal dibuka di Pasir Puteh. Jarak dari bandar Pasir Puteh ialah 20 km, manakala 22 km dari bandar Machang, dan perlu melalui jalan lebuhraya Machang-Pasir Puteh.

2. Muzium Wau

Ingin melihat jenis-jenis wau di seluruh Malaysia? Anda perlu singgah di Muzium Wau dan anda akan tahu bahawa wau ini bukan hanya wujud di negeri-negeri pantai timur, tapi hampir seluruh negeri di Malaysia. Setiap wau masing-masing memiliki keunikan ia yang tersendiri.

Antara jenis wau yang dipamerkan di sini adalah Wau Kenyalang (Sarawak), Wau Puyuh (Kelantan), Wau Bulan ( Kelantan ), Wau Kikik (Melaka), Wau Seri Bulan (Perak), Wau Helang (Perlis dan Terengganu) dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, Anda juga berpeluang untuk melihat wau daripada luar negara yang dipamerkan disini antaranya ialah seperti Kemboja, Jepun dan Thailand.

3. Pantai Irama

Pantai Irama terletak di daerah Bachok Kelantan iaitu kira-kira 20 kilometer dari bandar Kota Bharu . Dipantai ini sesuai untuk mandi dan juga bermain atau mengadakan aktiviti yang bersesuaian. Pantainya yang cantik serta air laut yang membiru amat memikat hati dan sungguh menakjubkan seluas mata yang memandang.

Pantai irama sering dijadikan sebagai tempat beriadah oleh masyarakat setempat pada hujung minggu dan sering dijadikan sebagai tempat pesta dan acara keramaian. Bagi mereka yang ingin meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga, bolehlah jadikan pantai ini sebagai destinasi bersama keluarga.

4. Muzium Negeri Kelantan

Bangunan muzium ini pada asalnya merupakan pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu, namun pada 6 Ogos 1990, bangunan ini secara rasmi dijadikan sebagai Muzium Negeri Kelantan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan.

Bahagian dalam muzium ini telah pun disusun atur yang mana bahagian pertama menunjukkan sejarah negeri Kelantan dari zaman dahulu sehingga ke zaman moden. Di bahagian yang seterusnya pula yang terletak di tingkat atas terdapat pameran seni budaya Kelantan seperti makyong, wayang kulit, rebana ubi dan lain-lain. Terdapat juga beberapa permainan tradisional dipamerkan daripada sejarah negeri cik siti wan kembang dahulu. Antara permainan yang dipamerkan ialah sepak takraw, ting ting, dan sebagainya.

5. Gelanggang Seni

Apalah gunanya kalau datang bercuti ke Kelantan tapi tidak melihat sendiri kekayaan budaya tradisional yang ada dinegeri Kelantan ni. Gelanggang seni ini terkenal sebagai pusat kebudayaan yang dipenuhi oleh persembahan warisan kebudayaan negeri Kelantan.

Disini terdapat pelbagai persembahan ataupon tarian tradisional seperti wayang kulit, seni silat tari dan juga persembahan muzik.  Pertunjukkan permainan tradisional juga turut dipamerkan antaranya ialah permainan gasing, rebana dan lain-lain lagi. Jika anda ingin merasai sendiri permainan gasing, membuat wau atau bermain permainan tradisional, anda boleh datang disini.

Related Posts