10 Negara Mesra Bajet Dengan Destinasi Yang Hebat

Rakyat Malaysia menyukai percutian yang menarik dan murah. Percutian yang mahal dan tidak menarik akan menjadi perbualan hangat antara netizen di dalam alam maya. Di sini saya senaraikan 10 negara mesra bajet dengan destinasi yang hebat.

Thailand

Thailand has a new travel plan for vaccinated travellers | Times of India Travel

Thailand sememangnya negara yang menawarkan destinasi yang paling menarik dan selamat untuk dilawati. Selain itu, Thailand juga salah satu negara yang memerlukan kos pengangkutan yang murah dan berpatutan sama ada melalui jalan darat atau udara.

Tambahan pula, Thailand merupakan destinasi yang sesuai untuk sepanjang tahun. Hal ini kerana, akan sentiasa ada cuaca yang baik di mana-mana tempat di Thailand. Makanan di Thailand juga amat berpatutan dan sedap, yang pasti anda akan ketagih dengan sesetengah makanan di Thailand.

Antara tempat yang anda boleh lawati di Thailand adalah

  1. Bangkok (Pusat Bandar Thailand)
  2. Pulau (Phuket)
  3. Tinggalan runtuhan purba
  4. Tokong Buddha
  5. Taman Negara Khao Sok

Turkey

Turkey gets 11.9 million tourist arrivals despite pandemic

Menurut kajian sebuah syarikat penyimpanan bagasi terkenal iaitu Bounce, Turkey merupakan destinasi termurah di dunia untuk bercuti. Kajian itu termasuk hotel, harga makanan, tambang pengangkutan awam dan bajet hiburan.

Selain itu, perkhidmatan bas ekspress di Turki amatlah menarik dan berpatutan. Terdapat pelayan yang akan hidang snek dan minuman di dalam bas. Lebih menarik, disediakan TV dan wifi.

Tambahan lagi, Turki juga merupakan negara yang mesra pelancong dan mempunyai destinasi yang penuh bersejarah dan menarik.

Antara destinasi yang menarik di Turkey adalah

  1. Istanbul
  2. Cappadocia
  3. Isparta
  4. Uludag Bursa

Bolivia

Tours in Bolivia - Lonely Planet

Bolivia merupakan negara kecil di Amerika Selatan. Ia bersempadan dengan negara Brazil, Paraguay, Argentina, Chili dan Peru. Penginapan di negara ini sangat berpatutan, melalui aplikasi Trivago anda mampu miliki bilik semurah RM 60 hingga RM 466. Dengan hanya bersiar-siar di kota, anda sudah mampu melihat keindahan pesat rakyat dan tarian adat yang sering diadakan di negara ini.

Antara tempat yang menarik di Bolivia adalah

  1. Gunung Illimani
  2. Lembah Mayuni
  3. Valle de Luna

Argentina

10 Best Things To Do In Argentina One Cannot When Visiting For The First Time!

Argentina juga salah satu negara di Amerika Latin yang tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Anda boleh menginap di hotel yang berdekatan dengan tasik yang cantik dengan harga semurah RM 200. Negara ini mempunyai keindahan alam semula jadi seperti air terjun lguazu, glasier Perito Moreno, pergunungan Andes dan padang pasir Patagonian Steppe.

Antara tempat menarik di Argentina adalah

  1. Taman Negara Tierra del Fuego
  2. Mar del Plata
  3. Ushuaia
  4. Perito Moreno Glacier
  5. Iguazu Falls

Vietnam

2 Weeks in Vietnam: The Perfect Vietnam Itinerary - Road Affair

Vietnam merupakan negara yang memerlukan perbelanjaan murah bagi rakyat Malaysia. Kebanyakan rakyat Malaysia bercuti di Vietnam untuk membeli belah pelbagai jenis barangan yang murah dan berpatutan. Antaranya ialah perkakasan dapur, hiasan dalaman rumah, kraftangan, pakaian, kain pasang, kain lace, kain cotton, cenderehati dan sebagainya.

Antara tempat yang boleh dilawati di Vietnam adalah

  1. Pasar Binh Tay
  2. Dong Khoi Street
  3. Chu Chi Tunnel
  4. War Remnants Museum

Romania

Romania: A budget road trip through Dracula country

Di Romania, anda boleh menikmati makanan dan minuman tempatan yang murah dan berpatutan. Selain itu, anda boleh menyewa penginapan di asrama berharga lebih kurang $15 seorang. Tambahan lagi, kebanyakan muzium di Romania tidak mengenakan bayaran lebih daripada $ 2.50. Tiket pengangkutan awam di bandar besar juga sangat murah yang berharga $ 1.50.

Antara tempat yang menarik di Romania adalah

  1. Cluj-Napoca
  2. Timisoara
  3. Sinaia
  4. Brasov
  5. Sighisoara

Indonesia

Indonesia to re-open borders for tourism next month

Menurut laman web Numbeo, indeks kos sara hidup di Indonesia yang merangkumi harga penginapan, makanan, taambang pengangkutan awam dan aktiviti rekreasi di Indonesia adalah lebih rendah berbanding negara asia yang lain. Tambahan pula, lebih mengejutkan lagi adalah kos makanan dan minuman pantai adalah antara yang paling murah di dunia.

Antara tempat yang menarik di Indonesia adalah

  1. Bali
  2. Yogyakarta
  3. Pulau Tidung
  4. Banyuwangi
  5. Pulau Madura

Filipina

The 12 best beaches in the Philippines - Lonely Planet

Negara Filipina terkenal dengan pulau yang banyak dan menarik. Ia merupakan sebuah negara yang terbentuk dari gugusan plau dan kedua terbesar di dunia yang mempunyai kira-kira 7,500 pulau. Selain itu, kos sara hidup di Filipina juga rendah. Hal ini demikian kerana dengan belanjawan kecil, anda akan dapat menikmati percutian yang selesa di dalam negara ini.

Antara tempat yang menarik di Filipina adalah

  1. Pulau Boracay
  2. Pulau Mactan
  3. Kota Vigan
  4. Tubbataha Reef

Kemboja

10 Facts About Cambodia That'll Make You Go Angkor WAT?! - Klook Travel Blog

Kemboja merupakan satu destinasi pelancongan yang popular di Asia Tenggara. Ia menawarkan keindahan alam semulajadi yang menarik dan menakjubkan seperti kuil, runtuhan, bangunan penjajah dan sebagainya. Selain itu, Kemboja juga salah satu negara yang murah barangannya untuk rakyat Malaysia ‘shopping’. Sebagai contoh, kasut, baju, barang elektronik dan sebagainya.

Antara tempat yang murah dan menarik adalah

  1. Central Market
  2. Russian Market
  3. Angkor Wat
  4. Tasik Tonle Sap

Nepal

Eight Indians die at Nepal resort due to possible gas leak | 2020-01-22

Nepal merupakan negara yang cantik dan indah dari segi alam semulajadinya walaupun pembangunan di sana di kira mundur. Walau bagaimanapun, kos sara hidup di negara Nepal adalah lebih murah berbanding di Indonesia. Keindahan alam semulajadi di Nepal lebih kurang negara Eropah seperti New Zealand.

Antara tempat menarik di Nepal adalah

  1. Gunung Everest
  2. Taman Nasional Chitwan
  3. Kathmandu

Related Posts