Baru Masuk Hutan? Tips Kepada Newbies Nak Belajar Berkhemah Di Dalam Hutan.

Tips masuk hutan sangatlah penting kerana “Hutan”, kawasannya kita tidak boleh leka kerana hutan sentiasa berada di luar jangkaan meskipun anda berpengalaman. Lebih-lebih lagi kepada yang baru nak belajar ilmu atau tips masuk hutan.

Paling merisaukan apabila anda off-track atau tersesat jauh ke dalam hutan serta sukar untuk bertemu jalan pulang. Disebabkan itu lah pentingnya menguasai ilmu dan tips masuk hutan sebagai asas untuk memasukki hutan dan untuk mengelak dari berlaku perkara yang tidak diingini.

Setup Khemah (Kanopi Hijau)

Apabila sudah dapat tapak untuk mendirikan khemah, first sekali tengok atas, Dongak, tengok persekitaran pokok dan make sure rimbunan daun (kanopi) warna HIJAU. Untuk mengelakkan dari dihempap dahan atau ranting pokok kering apabila angin kencang.

Paras Air

Pastikan jarak tapak khemah sekurang-kurangnya 5 kaki dari aras air sungai. JANGAN dirikan khemah di kawasan landai tepi gigi sungai, biasanya kawasan landai akan ada banyak pokok rendah dan renek macam pokok senduduk.

Itu tandanya air selalu naik di kawasan tersebut. Dirikan di kawasan yang pokoknya besar-besar.

Laluan Denai

Tentukan laluan denai itu dalam radius kawasan 20 meter dari khemah. JANGAN dirikan khemah di dalam laluan denai kerana laluan denai bukan untuk kegunaan manusia sahaja, ia juga diguna oleh binatang lain.

Semestinya gajah dan seladang tidak suka kalau laluannya terhalang oleh khemah.

 

Bersihkan Tapak

Sebelum memasang khemah, pastikan tapak kawasan itu dibersihkan dahulu dari semua daun-daun dan ranting-ranting sehingga nampak lantai tanah.

Bagi mengelakkan risiko terkena sengat serangga atau binatang berbisa yang tersembunyi.

Unggun Api

Ketika membuat unggun api, selitkan beberapa batang kayu panjang. Ia sebagai senjata segera.

Bila ada bahaya seperti perimeter diceroboh, capai kayu yang ada api ini sebagai senjata. Kebiasaannya binatang lebih takutkan api berbanding pisau atau parang.

 

Pagar Perimeter

Jika perlu, buat perimeter tapak perkhemahan dengan memagarnya menggunakan tali tangsi dan loceng sebagai alarm jika ada apa-apa yang menceroboh. Di bawah tangsi perimeter itu boleh juga letak karbaid atau belerang kuning untuk mengelakkan ular atau binatang merayap masuk.

Kepala Air

Jika berkhemah di kawasan air terjun atau sungai, JANGAN dirikan khemah terlalu hampir di kawasan tersebut. Risau apabila hujan turun, tempat tersebut akan dinaiki air dan kemungkinan datangnya kepala air. Cari batu atau apa-apa yang boleh jadikan penunjuk paras air.

 

Rimbunan Buluh

ELAKKAN berkhemah di bawah rimbunan pohon buluh. Rimbunan buluh dan daunnya yang dah mati kebiasaan dihuni oleh makhluk berbisa.

Jika terdesak, bersihkan dahulu kawasan tersebut dan pastikan tabur belerang sekeliling bagi tujuan keselamatan.

Pohon buluh juga amat sinonim dengan makhluk halus yang menjadikan pohon tersebut sebagai tempat tinggal.

 

Masak Air

Jika nak memasak air, make sure JANGAN ambil air yang berada di tepi-tepi sungai, sebaik-baiknya ambil yang berada ditengah atau di bahagian yang airnya mengalir deras.

Ini bagi memastikan anda tidak terambil air yang kebiasaannya mengandungi air kencing tikus, rusa, dan lain-lain kerana arus akan tolak air kencing tu ke tebing.

 

Sisa Makanan

Sebaik-baiknya habiskan kesemua makanan tanpa tinggalkan sisa makanan. Sebabnya ia akan menarik perhatian binatang lain untuk bertandang.

Lumut Taik Kera

Menjelang malam kalau kita dalam perjalanan, kita akan nampak ada benda bercahaya warna hijau. Ala-ala benda yang pendarcahaya. Itulah taik kera, siang tak nampak, tetapi malam nampak. Yang bestnya lumut ini hanya tumbuh di denai, so kalau sesat, follow jer laluan itu.

 

Ular Tedung (Orng Asli)

Kalau terserempak dengan Ular, jangan buat gerakan mengejut. Stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang separuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh itu, kita acah-acah bagi ular kembang penuh dengan ranting kayu dan undur perlahan-lahan.

 

Kera / Lutong dan spesis dia (Askar)

Spesis kera takkan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu, in fact dia lebih lincah dari gerakan ranting yang mengembang dan hayunkan dekat kera itu. Baru lari.

Harimau

Kalau sedang memancing dalam hutan dalam keadaan hutan itu bunyi penuh dengan unggas serangga, tiba-tiba hutan jadi senyap sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap terutamanya harimau. And lepas pada tu, kalau ada bau hamis, COMFIRM harimau. Tak payah fikir panjang, terus letup mercun bola satu das.

 

Beruang Madu

Hutan paya dekat Malaysia banyak beruang madu. Kalau terserempak, kita perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari.

Binatang Besar

Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya contohnya, harimau, gajah, badak dan lain-lain. Kalau dari jauh dengar bunyi kera buat bising, tentu ada binatang besar tengah lalu.

Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang

Kebiasaanya, bila sudah waktu 5 petang, hutan dah gelap sebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. Jadi sebaiknya selesaikan semua urusan seperti, mandi, masak, basuh dll sebelum pukul 5.

 

Sumber: Umpan.com

Jom Tengok: Tempat Menarik Untuk Berkhemah(Camping) Bagi Camper Malaysia

Related Posts