Bercuti dengan anak kecil? Ini beberapa tips yang perlu dilakukan oleh IbuBapa

Nak bercuti waktu sekarang, memang agak sukar ya disebabkan pandemik Covid-19 ni. Nak pergi ke luar negeri pun susah, apatah lagi luar negara kan. Sebelum-sebelum ni, mungkin kita merungut tentang tiket flight mahal, hotel penuh dan sebagainya.

Namun dengan perlaksaan norma baharu ini kita agak terhad untuk membuat apa-apa aktiviti di luar. Walaupun pihak kerajaan telah memberi kelonggaran untuk rentas negeri dan bercuti di dalam negeri, ianya bukan bermaksud kita telah bebas dari semuanya, kita harus tetap menjaga SOP bagi dapat memutuskan rantaian Covid-19 ini.

Bercuti seorang diri atau bercuti tanpa anak kecil lebih mudah dengan norma baru. So, membawa anak kecil bercuti mungkin akan memenatkan ibu bapa yang perlu pastikan mereka ikut SOP yang ditetapkan. Disini beberapa tips untuk bercuti bersama anak kecil.

10 Tips Untuk Bercuti Dengan Anak Kecil

 

1. Pengurusan Masa

Pastinya jika mahu bercuti dengan anak kecil, kita perlukan pengurusan masa yang betul. So, Sebelum keluar rumah, periksa dulu jarak dan masa perjalanan yang akan diambil untuk sampai ke destinasi percutian. Kalau anda bercuti menaiki kapal terbang, pastikan anda sampai awal di lapangan terbang. Manalah tahu dalam perjalanan bayi anda tiba-tiba “poo poo” alamak! Tak pasal terkejar-kejar nanti.

2. Rancang Percutian Keluarga Anda

Bercuti dengan anak kecil sangat penting untuk melakukan perancangan betul-betul. Anggaran waktu kena bersesuaian dengan percutian bawa anak. Jangan lupa masukkan tempat yang seronok dikunjungi kanak-kanak ketika bercuti nanti. Anak anda pasti gembira sepanjang percutian tersebut. Maklumlah dah lama sangat stay at home.

3. Buat Tempahan Awal

Kalau bawa anak kecil bercuti buatlah tempahan awal untuk elak beratur atau bersesak dengan pelancong lain. ingat ya, kita hidup dengan norma baru. Buatlah tempahan awal untuk hotel, kedai makan, atau mana-mana tempat yang mungkin akan ramai orang kunjung. Kita perlu tahu bahawa anak kecil mudah bosan jika dibiarkan mereka diri dan tunggu lama-lama. Nanti tak pasal mereka melalak kat tepi.. mak pun mungkin akan join sekali! Huwaa…

4. Kurangkan Penggunaan Beg Kecil

Bila sudah bergelar mak orang ni, kita lupakan sahaja nak bawa bag kecil yang comel-comel. Iyalah, mana nak tengok beg, dukung anak, tolak stroller lagi. Alahai.. Banyaknya barang kena bawa! Jadi, jawapan yang mudah bawa sahaja beg galas belakang supaya mudah bergerak. Tidak perlu lagi nak pegang itu ini. Semuanya kita sumbat je satu beg. Bukan apa, bila bawa beg kecil dalam kuantiti yang banyak risau kita terlepas pandang dan tertinggal di merata tempat.

5. Permainan Baru Dan Buku

Sebelum bercuti, anda boleh belikan buku aktiviti baru atau mainan untuk anak-anak sebab jika anak-anak berasa bosan dalam perjalanan nanti, kita boleh lekakan mereka dengan buat latihan dalam buku aktiviti tersebut. atau main mainan baru.

6. Baby Food

ntuk anak kecil dibawah 2 tahun, pastikan anda sediakan makanan yang sihat untuk mereka. Jangan lupa bawa makanan seperti biskut atau snek untuk anak anda. Tidak semua tempat sediakan makanan untuk kana-kanak dan kita tak tahu bila masa mereka tiba-tiba rasa lapar dan nak makan betul tak?

7. Stroller atau Baby Carrier

Kalau yang ini, anda boleh putuskan yang mana lebih sesuai dan anda selesa untuk gunakan. Buatlah perbincangan dengan pasangan anda tentang umur anak berapa tahun? Sesuai bawa baby carrier atau stroller? Atau lebih kedua-duanya sekali?

8. Kids Face Mask, Kids Wipes & Kids Sanitizer

Inilah ‘senjata’ untuk anak-anak kita! Sepanjang bercuti nanti, pastikan anda bawa ‘senjata’ ini ke mana sahaja anda pergi dan pastikan juga anak anda menggunakannya. Kita tidak tahu di mana kuman dan bakteria itu ada, jadi inilah cara untuk kita jaga anak-anak. Anda boleh bawa extra baby wipes sebab ia boleh digunakan bila tangan anak kotor makan comot, lap meja yang kotor atau anak berpeluh-peluh.

Sebagai ibu bapa, anda haruslah sentiasa bertenang dalam menangani emosi anak anda. Percaya & positif bahawa percutian bersama anak adalah menyeronokkan! Sambil menjaga SOP untuk diri dan anak-anak sepanjang bercuti, jangan pula lupa untuk menikmati saat percutian anda bersama keluarga! Percayalah anak anda sekeluarga akan mendapat pengalaman yang luar biasa melalui percutian ini.

Sumber: koolfm.com

Baca juga: Tempat “ultra-rare” di Malaysia yang menjadi kegilaan orang ramai.

Related Posts