Sedang bercuti di luar negara, TIBA-TIBA ada stranger follow dari belakang! 11 Tips keselamatan semasa melancong di Luar Negara.

Bercuti di luar negara, siapa jer yang tak suka kan? Tetapi dalam keseronokan bercuti tu, jangan lupa pasal tips melancong dan juga keselamatan kita.

Tak kira lah di mana anda berada, harus berwaspada dan mengambil tahu tentang tips melancong jika tak mahu keseronokan bertukar tragedi dan mimpi buruk!

Disini ada beberapa tips keselamatan melancong yang perlu jaga ketika melancong di luar negara.

11 Tips keselamatan semasa melancong di Luar Negara.

 

1. Ada polisi insurans

Memang dinasihatkan, ambil polisi insurans sebelum pergi melancong kerana kos perubatan di luar negara amat tinggi. Terutamanya kepada sesiapa yang ingin bercuti ke Eropah, tak lain tak bukan kos perubatan di Eropah sangat-sangat mahal.

 

2. Jangan Berjalan Seorang Diri

Tak kiralah lelaki ataupun wanita, di mana-mana pun kebiasaannya kita dinasihati untuk tidak berjalan seorang diri. Tambah-tambah waktu malam dan di tempat orang!

 

3. Sentiasa perhati akan sekeliling anda

Semasa berjalan-jalan di tempat orang tu, jangan terlalu “Excited” dan awasi sekeliling anda. Jangan mudah percaya kepada orang asing yang datang tiba-tiba berbual dengan anda. Setakat bertegur sapa tu okey lah, kalau nak berbual-bual tu elakkan. Anda datang kesana untuk bercuti, bukan untuk berborak!

 

4. Awasi barangan anda

Semasa tengah syok-syok ambil gambar tu, jangan la lupa ya barangan yang lain, risau nanti hilang entah kemana jer. Di luar negara bukan semua orang baik-baik, ingat tu.

 

5. Bawa salinan kad pengelanan dan passport

Untuk ke luar negara, memang tak sah kalau tak bawa salinan document yang penting tu. Jika ada sesuatu yang tidak diingini berlaku seperti kecurian atau hilang, salinan tersebut boleh dijadikan bukti anda pelancong yang masuk secara sah, bukan pendatang haram.

Jangan lupa, kalau anda duduk di hotel, bolehlah simpan barangan tersebut di dalam ‘Safety box’.

 

6. Menunjuk-nunjuk?

Tak perlu pun menunjuk pakaian berjenama mahal tu dari ‘Head to Toe’ atau bawa beg tangan mahal, orang dekat sana lagi ramai yang berfasion. Anda bukan menarik perhatian orang sana, tetapi menarik perhatian penyamun jer!

 

7. Pengangkutan Awam

Berhati-hatilah jika anda menaiki pengangkutan awam seperti bas, train, tram dan ketika berada di airport kerana ini tempat-tempat yang selalu berlakunya “Picked Pocket”.

 

8. Jangan sesekali meminjamkan Handphone kepada orang lain

Jangan la terlalu baik dengan orang yang tidak dikenali. Sekiranya ada orang yang ingin meminjam phone anda, bagitahu dia yang anda tiada phone, tiada credit, atau tunjukkan dia telefon awam. Ni kalau anda sayangkan phone ada la.

 

9. Update keberadaan anda kepada kenalan

Anda harus sentiasa memberitahu keberadaan anda kepada keluarga or rakan-rakan anda. Jika terjadi perkara yang tidak diingini, mereka sudah sedia maklum dan boleh beri maklumat kepada pihak berkenaan.

 

10. Buat rujukan tentang tempat Kecemasan

Ini pun satu perkara yang sangatlah penting! Jangan terlalu nak seronok sahaja bercuti. Sebelum anda melancong ke sesebuah negara, pastikan anda research dulu tempat tersebut dan jika berlaku sebarang kecemasan. Pastikan juga anda kenalpasti di mana terletaknya kedutaan Malaysia. Simpan dan catat nombor telefon kedutaan Malaysia di luar negara, penting!

 

11. Cari Maklumat Terlebih Dahulu Tentang Negara Tersebut

Perkara ini juga perlu anda kaji terlebih dahulu sebelum pergi melancong. Anda perlu research tempat bermalam anda dan budaya di sesuatu tempat itu. Apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan, tahap keselamatan, kemudahan yang disediakan dan lain-lain.

 

sumber: Manismadu, Gempak

Jom Baca: Macam Duduk Di Overseas! 8 Tempat Bercuti Menarik Di Malaysia yang sama dengan Luar Negara.

Related Posts