10 Tips untuk bergambar ketika bercuti macam PRO!!

Tips untuk bergambar ketika bercuti: Koleksi gambar terbaik mestilah termasuk cara mendapatkan shot yang terbaik, peralatan untuk diguna, dan sebagainya. Memori sepanjang percutian memang wajib menjadi kenangan seumur hidup, tetapi gambar yang cantik lagi senang untuk share dengan keluarga dan rakan-rakan.

Bagaimanapun, kita memerlukan sedikit persediaan atau tips untuk bergambar yang terbaik. Membawa peralatan fotografi yang betul memang penting. Paling tidak, bateri tambahan untuk mengelakkan kekecewaan kalau kita terlepas peluang untuk mengambil gambar sewaktu bercuti disebabkan habis bateri.

Permulaan yang baik akan memastikan kita dapat gambar terbaik sepanjang saat berharga. Jom lihat 10 tips untuk bergambar percutian paling penting untuk anda.

Destinasi Perlulah Mesra Fotografi

Itu sudah semestinya! Kalau kita bandingkan beberapa tempat, kita akan perasan yang ada tempat lebih photo-genic daripada yang lain.

Google Images adalah yang pilihan paling tepat sebagai rujukan. Cari tempat yang sesuai dengan kemampuan dan gunakan Google Images atau Stock Photo untuk melihat destinasi yang sesuai untuk peluang bergambar yang terbaik.

Mengenali Orang Tempatan Dan Bermesra Dengan Mereka

Seorang photographer yang baik boleh mendapatkan shot terbaik walaupun di kawasan yang mungkin tidak cantik sangat. Anda akan menghasilkan gambar yang lebih baik kalau anda mempunyai lebih informasi tentang kawasan dan orang tempatan di sana.

Mereka boleh membantu mendapatkan peluang bergambar yang hebat, menunjukkan banyak benda yang mungkin kita tidak perasan, dan selalunya, mereka juga boleh jadi subjek yang baik.

Kalau kita berada dekat luar negara, boleh lah belajarlah sikit bahasa tempatan. Biasanya belajarlah cara sebut ‘Bolehkah saya?’, ‘Tolong’, ‘Maafkan saya’ dan ‘Maaf’. Pelajarinya dan peluang bergambar yang sebelum ini tertutup akan terbuka dengan sendirinya.

Pastikan Masa Percutian Dirancang Dengan Baik

Pencahayaan sepanjang hari sentiasa berubah dari waktu siang hinggalah malam dan ia juga bergantung kepada cuaca dan apa yang menjadi subjek gambar kita.

Ramai photographer yang sukakan ‘golden hour’ di awal pagi hari dan waktu senja. Jadi, anda kenalah pilih masa dengan bijak.

Untuk inspirasi, belilah poskad dengan gambar tempat menarik dan lihat bayang-bayang untuk mengetahui cara gambar diambil untuk hasil terbaik.

Jangan Kalut Ketika Mengambil Gambar

Berikan masa untuk diri sendiri yang lebih untuk mencari posisi sempurna untuk gambar terbaik. Anda mungkin perlu berjalan di sekitar kawasan tarikan pelancong atau memanjat gunung untuk mendapatkan titik pemandangan terbaik.

Bangun seawal yang boleh untuk memastikan anda berada di destinasi sebaik sahaja kita nampak cahaya Matahari. Ini akan memastikan shot yang jelas di kawasan tarikan pelancong yang popular.

Make Sure Bawa Peralatan Lebih

Periksa beg banyak kali untuk memastikan semua peralatan sudah dibawa. Anda mungkin tidak berpeluang untuk membeli bateri, lensa, dan kad memori yang betul semasa di sana.

Beg ringan yang baik sangat penting untuk melindungi peralatan dan aksesori yang dibawa.

Tidak Lupa Bawa Tripod

Ini hal yang sangat penting! Tripod sangat penting untuk penggambaran yang dilakukan pada waktu malam dan untuk shot yang menggunakan pemasa atau alat kawalan jauh.

Dengan ini, anda pun boleh ada dalam gambar. Tripod gorilla boleh berpegang pada sesuatu dengan sangat praktikal dan akan muat dalam beg dengan mudah.

Tak Dinafikan Pencahayaan & Pemakaian

Pilih alas kaki dan kasut yang baik sebab anda perlu banyak berjalan dalam mendapatkan sudut terbaik untuk gambar anda. Jangan malu untuk pakai topi kalau anda terpaksa berjalan bawah cahaya matahari sepanjang hari. Jangan lupa pakai topi!

Dapatkan Cloud Storage

Anda tidak akan tahu bila peralatan anda mungkin hilang, rosak atau dicuri. Jadi, pilihlah cloud storage yang sesuai dan muat naik gambar secara kerap. Dengan ini, anda akan mempunyai gambar-gambar yang dimbil walaupun sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Kalau tak, simpanlah external hard disc di tempat berasingan. Simpan di bilik pun tak apa. Asalkan tidak dibawa bersama-sama peralatan yang lain.

Buat Blog Bergambar

Buka blog tips travel anda sendiri untuk mempamerkan hasil kerja anda dan membina portfolio semasa sedang travel. Fokus pada travel anda. Ramai yang mungkin melihatnya dan mana tahu anda akan viral nanti.

Pilih Beg Yang Elok

Beg kamera terbaik sepatutnya boleh memuatkan kamera, beberapa lensa, bateri, telefon, kad memori, laptop dan tablet, dengan ruang lebih untuk menyimpan makanan dan air.

Kalau anda sedang travel di kawasan yang berisiko tinggi dan berbahaya, beg yang tidak menampakkan isi di dalamnya akan membantu menyelamatkan SLR yang mahal. Pilihlah beg terbaik dan nikmati trip anda!

 

Sumber: melancong.my

Baca Juga: Sedang bercuti di luar negara, TIBA-TIBA ada stranger follow dari belakang! 11 Tips keselamatan semasa melancong di Luar Negara.

Related Posts