Senarai tempat menarik di negeri Pahang ( Part 1 )

Negeri yang paling besar di Semenanjung Malaysia, Pahang negeri yang cukup bertuah dan kaya dengan kawasan tanah tinggi beroksigen yang menyegarkan, hutan rimba dengan flora dan fauna yang terpelihara, pantai-pantai dengan pemandangan yang mempesona dan banyak lagi tempat menarik yang ada di Pahang.

Seperti yang anda dapat bayangkan, saiz Pahang yang terbesar di Semenanjung Malaysia menjadikan landskap negeri ini amat luas – perkampungan lama yang penuh kehijauan, hutan yang tebal, sungai dan pantai yang cantik serta kawasan tanah tinggi yang sejuk.

Anda tidak akan dapat melihat kecantikan Pahang dalam satu perjalanan sahaja, tetapi anda boleh menerokai tarikan utama yang berbeza-beza setiap kali anda memutuskan untuk ke sini. Sebagai inspirasi, kami telah menghimpunkan beberapa senarai tempat menarik di negeri pahang yang perlu anda lawati ketika di Pahang untuk percutian yang benar-benar akan membuka mata anda!

1. Genting Highland

Dari pengalaman melihat kelip-kelip yang penuh dengan magikal, aktiviti flying fox yang memacu adrenalin sehingga ke tahap maksimum, taman tema indoor dan outdoornya yang sangat menyeronokkan hinggalah kepada pengalaman bershoppingnya.

Terletak hanyalah 45 minit dari Kuala Lumpur, Genting Highland adalah pusat peranginan dan hiburan yang menjadi kegemaran ramai warga kota setiap kali tiba hari cuti. Apa yang tiada di Genting? Segala keseronokan yang dapat menghilangkan beban fikiran ditawarkan di sini.

Walaupun cuaca di Malaysia boleh menjadi terlalu panas untuk sesetengah orang, Genting Highlands dengan iklimnya yang seakan musim bunga yang terletak hanya satu jam dari pusat bandar adalah sangat sesuai. Digelar sebagai Las Vegas Malaysia, banyak orang dari seluruh Asia Tenggara akan datang ke sini untuk iklimnya yang dingin. Tempat menarik di Pahang ini bukan sahaja mempunyai kasino yang besar tetapi juga kompleks beli-belah dan taman tema dalam yang mengagumkan juga.

2. Gunung Tahan

Dengan ketinggian hampir mencecah lebih daripada 2000 meter, Gunung Tahan antara puncak yang tertinggi di Semenanjung Malaysia.

Bayangkanlah berapa lama masa yang diambil untuk sampai ke puncak dan betapa banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Sekiranya anda suka akan cabaran aktiviti hiking yang ekstrem, ini adalah cabaran yang terbaik untuk anda. Anda perlukan stamina yang tinggi untuk perjalanan naik dan turun gunung, merentasi sungai, sanggup berkhemah untuk beberapa malam di dalam hutan, serta mampu melalui perjalanan yang panjang, ini boleh menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan.

3. Sungai Palas BOH Tea Plantion

Sungai Palas BOH Tea Plantion adalah sebuah  pengeluar teh hitam yang terbesar di Malaysia dengan struktur unik yang berdiri indah dengan latar belakang kehijauan ladang teh yang terbentang luas. Bangunan ini menempatkan café yang menawarkan hidangan-hidangan ringan seperti pie, kek, roti dan sandwich yang disempurnakan dengan teh BOH segar dari ladang yang datang dalam aneka rasa. Sambil menikmati teh panas, Anda juga boleh menikmati teh mereka di teres luaran mereka yang menghadap ke bukit.

Selain dapat menikmati saat-saat indah di kafe, anda juga boleh melawat sendiri ladang teh ini untuk bergambar dengan sepuas hati dan melihat daun teh dengan lebih dekat. Setelah itu, anda boleh melawat kilang teh, galeri teh BOH dan akhir sekali kedai cenderamata.

4. Air Terjun Sungai Pandan

Kawasan air terjun yang terbesar dengan pemandangan air bercurahan yang memukaukan. Air Terjun Sungai Pandan yang terletak di Kuantan ini adalah sebuah destinasi yang wajib untuk dilawati di Pahang.

Anda boleh berkelah di tepi sungai ini sambil menikmati pemandangan dan udara segar yang sentiasa menemani anda. Dah puas menikmati lanskap indah ini, anda boleh terjun ke dalam sungai untuk menyegarkan badan. Airnya juga tidak begitu dalam menjadikan ianya selamat untuk kanak-kanak yang berusia dalam sekitar 5 tahun dan keatas bermandi manda disitu.

Sebagai sebuah destinasi yang menarik, pelbagai fasiliti disediakan seperti tandas, surau, bilik persalinan, tempat meletak kereta, titian gantung, kawasan bbq, gazebo, laluan pejalan kaki, dan juga gerai jualan makanan.

5. Kubang Gajah Waterpark

Jika anda datang ke Pahang, jom bermandi-manda sepuas hati di Kubang Gajah Waterpark selepas seharian makan angin di sekitar Pahang. Dengan bayaran masuk yang tidak melebihi daripada RM10 seorang. Anda sekeluarga boleh bermandi manda di dalam kolam renang dan berseronok dengan gelongsor airnya sampailah anda letih dan hilang tenaga.

Anda berasa kelaparan selepas penat lelah bermandi-manda? Anda dibenarkan untuk membawa masuk makanan anda sendiri. Kalau terlupa atau tak sempat untuk menyediakan makanan sendiri, jangan risau. Kerana waterpark ini terletak berdekatan dengan banyak kedai makan menarik. Anda boleh membelinya dan membawa masuk untuk makan bersama keluarga anda. Pastikan membawa duit secukupnya.

Sumber: maisinggah.com
Baca Juga: Tempat Menarik Di Kedah, Negeri Jelapang Padi

Related Posts