InsyaAllah, musim covid-19 akan berakhir tak lama lagi, so kepada anda yang nak plan slow-slow pergi bercuti di tempat yang unik. Disini ada beberapa port tempat unik yang menarik untuk luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan.
Selain tu, ada juga yang manfaatkan masa untuk bersendirian, relaks dan tenangkan fikiran, almaklum lah, nak feel bebas dari covid ni.
Kalau anda jenis yang cintakan alam semulajadi, suka explore dan cabar diri di tempat unik atau baru, memang sangat-sangat disyorkan ke 16 tempat penginapan menarik ini untuk pengalaman yang lebih istimewa.
Memang tempat ultra-rare!
16 TEMPAT PERCUTIAN UNIK DI MALAYSIA
Semua tempat percutian menarik ini adalah seperti yang disyorkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni Dan Kebudayaan (MOTAC) menerusi salah satu bebenang di Twitter.
Meh tengok list tempat-tempat yang disyorkan itu.
1. Time Capsule Retreat, Pahang
Terletak di Raub, dan telah berjaya mengubahsuai paip pembentung simen menjadi bilik yang sangat selesa. Setiap satu bilik terdapat penghawa dinginnya tersendiri.
Facebook: Time Capsule Retreat
Lokasi Sungai Lembing, 26090, Pahang Tua, Pahang.
No. Tel: 013-963 8888
2. Tubotel, Langkawi
Biliknya yang diperbuat daripada pembentung simen yang mana telah menjadi trend antarabangsa pelancungan di Malaysia. Jika anda berada di Langkawi dan hendak rasa pengalaman tidur di dalam silinder simen ni anda boleh ke Tubotel Langkawi.
Facebook: Tubotel Langkawi
Lokasi: Chenang, Langkawi
No. Tel: 014-240 7022
3. Eagle Ranch Resort, Port Dickson, N. Sembilan
Di sini anda berpeluang untuk menginap di rumah berbentuk Tipi (kemah kaun Native American) dan badwagon yang dibina menyerupai sebuah wagon Cowboy.
Facebook: Eagle Ranch Resort
Lokasi: Port Dickson, Negeri Sembilan
No. Tel: 06-661 0495
4. Seaventures Dive Rig, Sabah
Pelantar minyak bukan satu tempat biasa dikaitkan dengan destinasi percutian yang menarik, tetapi ini berubah apabila saya menemui Seaventures Dive Resort. Resort terlatak di Sipadan Sabah berdekatan dengan Pulau Mabul.
Facebook: Seaventures Dive Rig
Lokasi: Semporna, Sabah
No. Tel: 088-261 669
5. Canopy Tribes, Johor
Syurga Glamping yang tidak diketahui ramai ini terletak di Kota Tinggi Johor. Tidur didalam “Bell Tent” disamping flora dan fauna. Tidak perlu bawa sleeping bag atau membina unggun api untuk memasak, disini segalanya disediakan, perkelahan mewah alaf baru.
Facebook: Canopy Tribes
Lokasi: Kota Tinggi, Johor
No. Tel: 019-733 9866
6. Chengal Hill Retreat, Pahang
Berbeza dari yang lain, Chengal Hill Retreat adalah sebuah penginapan yang agak viral kerana keunikan reka bentuknya yang sangt menarik mengalahkan tarikan magnet ketika dipandang.
Facebook: Chengal Hill Retreat
Lokasi: Kampung Janda Baik, Pahang Tua, Pahang
No. Tel: 017-201 5118
7. Caravan Serai Exclusive Private Villas, Pahang
Caravan Seri Bentong, Pahang ini merupokan Villa peribadi yang mempunyai ladang buah, sungai, dan dikelilingi kehijauan bukit-bukau.
Facebook: Caravan Serai Exclusive Private Villas
Lokasi: Janda Baik, Bentong, Pahang
No. Tel: 03-7972 3655
8. Cabana Retreat, Sabah
Cabana Retreat Kota Belud Sabah memberikan anda peluang untuk merasai pengalaman berglamping atau bercamping dalam kemewahan.
Facebook: Cabana Retreat
Lokasi: Kota Belud, Sabah
No. Tel: 013-885 0903
9. Adeline Villa & Resthouse, Perak
Rumah Rehat Adeline terletak di Kampung Gerutum berdekatan denang Sungai Itik, Pahang dan hanya 7 km dari Bandar Gopeng. Disini anda boleh bermalam didalam pondok atap nipah.
Facebook: Adeline Villa & Resthouse
Lokasi: Gopeng, Perak
No. Tel: 05-359 2833
10. Glamz At Genting, Pahang
Ini bukan glamping yang biasa-biasa, tapi glamping ini luar biasa dengan extra mewah bagi anda yang ingin merasai pengalaman bercamping dengan penuh glamour. Lokasinya adalah di Glamz At Genting di Jalan Meranti, Genting.
Facebook: Glamz At Genting
Lokasi: Genting Highlands, Pahang
No. Tel: 012-664 5269
11. Casabrina Vacation Villas, Pahang
Hanya satu jam je dari Bandar Kuala Lumpur jika anda memandu, Casabrina Villa Pahang merupakan tempat dimana kemewahan dan keindahan alam semulajadi bertemu.
Facebook: Casabrina Vacation Villas
Lokasi: Raub, Pahang
No. Tel: 016 980 3222
12. Sailor’s Rest, Janda Baik, Pahang
Jika anda mencari pengalaman bermalam di atas sebuah bot, anda perlu je Sailor’s Rest Bentong, Pahang. Bot ini boleh memuatkan 2 orang dan mempunyai tempat rehat dan ruang tamu yang tersendiri.
Facebook: Sailor’s Rest @ Janda Baik
Lokasi: Janda Baik, Bentong, Pahang
Telefon : 012-360 9227 / 03-4292 7036
13. Tadom Hill Resort, Selangor
Kalau anda mencari destinasi yang berlainan harga yang berbaloi untuk bercuti bersama rakan-rakan, Tadom Hill Resort ini pasti menjadi pilihan utama anda.
Facebook: Tadom Hill Resorts
Lokasi: Banting, Selangor
No. Tel: 012- 522 5908
14. Philea Resort, Melaka
Philea Resort ni merupakan resort bertaraf 5 bintang dengan seni bina unik yang terletak di Durian Tunggal Melaka.
Facebook: Tadom Hill Resorts
Lokasi: Banting, Selangor
No. Tel: 012- 522 5908
15. Malihom Retreat, Pulau Pinang
Jika anda sedang merancang percutian ke Pulau Pinang dan masih mencari resort untuk tinggal semasa anda disana, Malihom Retreat mungkin apa yang anda carikan.
Facebook: Malihom Retreat
Lokasi: Balik Pulau, Pulau Pinang
No. Tel: 04-261 0190
16. Classic Malay House, Kuala Lumpur
Ramai yang tidak tahu akan kewujudkan sebuah rumah kampung tradisional melayu ditengah-tengah bandar dan hanya perlu ke Jalan Dato Keramat untuk menjumpainya.
Facebook: Classic Malay House KL
Lokasi: Jalan Datok Keramat, KL
No. Tel: 012-2530132
Pengalaman yang belum pernah dirasai auto membuat anda meremang kan?
Setiap kali melancong asyik ke hotel je, apa salahnya kan sekali sekala pergi tempat macam ni. Bagi yang sukakan keunikan dan alam keindahan semulajadi, sangatlah sesuai cuba bermalam di sini.
Confirm berbeza dan lain daripada lain. Barulah rasa lebih dekat dengan nature!
So, bolehlah rancang percutian sekarang untuk booking tempat ni awal-awal.
Sumber: SirapLimau, Motec
Jom Baca: Tempat percutian menarik tetapi “Underrated” di Malaysia