Tempat percutian menarik tetapi “Underrated” di Malaysia

Malaysia

Tempat percutian “Underrated” mungkin pernah didengari bagi anda tetapi tempat tersebut tidak berbaloi untuk bercuti atau boleh dikatakan tempat percutian tersebut “biasa-biasa jer“? Disini saya senaraikan beberapa tempat percutian Underrated di Malaysia yang bukan biasa-biasa, bahkan diibaratkan “Hidden Gems” di Malaysia dengan suasana dan pemandangannya. Anda bolehlah set tarikh untuk bercuti ke tempat-tempat yang berikut.

  1. Balik Pulau, Penang

    Balik Pulau

    Penang, memang tidak asing lagi dengan nama tempat Georgetown dan Batu Feringi. Ini kerana disinilah terdapat lubuk tempat yang cantik dan menarik untuk bergambar dan juga tempat makan yang sesuai untuk sesiapa yang sukakan “Food Hunting“.

    Foodhunting

    Bagaimana dengan Balik Pulau, pernah terfikir untuk kesana? Disana, anda bole berkunjung ke Saanen Goat Farm. Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan seperti memberi makan kambing, melihat susu kambing diperah, dan jugak boleh membeli susu kambing fresh yang tidak dijual dibandar.

    Saanen Goat Farm
    Disamping itu, di Sungai Burung. Anda boleh berkunjung ker Countryside Stable Penang dimana tempatnya adalah kawasan pertanian. Di sana anda boleh menunggang kuda yang terdapat pelbagai jenis baka. Anda juga boleh melawat beberapa kawasan industri kecil.

    Countryside Stable Penang

  2. Seremban, Negeri Sembilan

    Seremban

    Jika anda seorang pencinta alam sekitar, jadi tempat ini adalah sesuai bagi anda, Seremban. Terletaknya di timur berdekatan Jelebu dan juga mempunyai beberapa resort hutan yang sangat cantik dan mempunyai pemandangan yang memukau.

    Shorea

    Percutian anda akan dihiasi dengan pemandangan hijau dari hutan simpan Berembun dan anda juga dapat menghirup udara bersih yang tidak dapat di tengah bandar. Setiap resort disana biasanya akan menawarkan beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan, dan ini akan membuatkan percutian anda lebih menarik.

    Gunung Berembun

    Untuk sesiapa yang suka akan aktiviti lasak, mendaki Gunung Berembun adalah satu kepastian bagi anda. Sepanjang pendakian anda akan melalui air terjun Lata Berembun dan kawasan kapal terbang terhempas sewaktu perang dunia kedua. Kawasan bersejarah yang berusia 70 tahun ini masih lagi dipelihara dengan baik. Anda dapat mengenal pasti serpihan pesawat milik Tentera Udara Diraja Britain yang menjadi “peninggalan khazanah” di hutan ini.

    kapal terbang terhempas

  3. Semporna, Sabah

    Semporna

    Tidak seperti Kundasang dan Kota Kinabalu, Semporna tidaklah kerap disebut oleh pelancong. Namun tahukah anda, ia mempunyai harta karun” di bawah air, dijaga dengan baik dan tidak disentuh. Ini membuatkan anda boleh melihat dasar air yang sangat cantik. Kepada yang tidak boleh menahan diri untuk bercuti mendapatkan vitamin “sea”, di sini adalah tempat yang sesuai untuk anda.

    Semporna
    Terdapat banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di sini, antaranya adalah “island-hopping”. Dari pantai Semporna, anda boleh menaiki bot ke beberapa tempat “diving” antaranya Mabul, Kipalai dan Sipadan. Taman Laut Tun Sakaran (Tun Sakaran Marine Park) yang terbentuk daripada sisa gunung berapi yang sudah pupus, adalah taman laut terbesar di Sabah yang terdiri daripada 8 pulau. Bohey Dulang adalah salah satu pulau yang terkenal di sana, air yang berwarna emerald, terumbu karang yang cantik dan banyak lagi.

  4. Taman Negara, Pahang

    Taman Negara, Pahang

    Disini adalah tempat yang sesuai bagi percutian bersama keluarga atau kawan-kawan kerana disini adalah yang terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan tanpa gangguan gajet. Sama ada trekking atau menaiki bot, taman ini memberi anda peluang untuk meneroka selok-belok harta negara kita iaitu Taman Negara.

    Taman Negara

    Tidak lupa juga, laluan kanopi disini adalah laluan yang terpanjang di dunia. Asalnya ia dibina untuk penyelidik tetapi kemudiannya dibuka untuk umum. Fakta menarik tentang laluan kanopi ini ialah laluannya dipasang tanpa menggunakan gerudi atau paku agar ia tidak merosakkan pokok, namun tidak perlu risau kerana ianya benar-benar selamat.

  5. Gunung Mulu National Park, Sarawak

    Gunung Mulu

    Destinasi Underrated seterusnya disenaraikan antara salah satu kawasan UNESCO World Heritage, kecantikan yang tiada tolok tanding di taman ini dan pelbagai jenis hidupan liar menjadikan ia antara salah satu kawasan yang menarik untuk dilawati ditambahkan lagi dengan gua-gua yang ada disitu.

    Gunung Mulu

    Mempunyai ketinggian 2376 meter paras laut, anda boleh bersiap sedia dengan kasut trekking anda dan meneroka ruang gua yang besar, sungai bawah tanah yang sangat memukau dan kepelbagaian geo-tropika. Pemandangan di puncaknya pula sangatlah luar biasa, jadi pastikan anda mengambil gambar sebanyak mungkin untuk kenangan terbaik anda!

  6. Pulau Rawa, Johor

    Pulau Rawa

    Terletak ditepi pantai Mersing di laut China Selatan, pulau ini juga dikenali sebagai Maldives Johor. Berbanding dengan pulau-pulau cantik yang ada di Malaysia, Pulau Rawa adalah tempat yang sangat menarik dan menawarkan keindahan alam semula jadi tanpa bilangan pengunjung yang ramai dan jauh daripada pembangunan moden.

    Pulau Rawa, Johor

    Pulau ini dinamakan Pulau Rawa disebabkan kawasan ini adalah rumah kepada burung merpati putih yang dipanggil “Rawa”. Anda boleh membuat aktiviti “snorkling” dan “diving” di sini. Boleh dikatakan perairannya yang biru dan semua kebaikan vitamin D sudah cukup untuk menjadikan percutian anda di sini sangat santai. Anda juga boleh mendaki Hill Top View yang mengambil masa tidak lebih dari 30 minit dan anda akan disajikan dengan pemandangan laut China Selatan yang sangat cantik.

  7. Tasik Kenyir, Terengganu

    Tasik Kenyir, Terengganu

    Tasik Kenyir, tidak asing lagi bagi nama tasik buatan terbesar di Selatan Asia. Walaupun ianya tasik buatan, ia sangat kaya dengan hidupan alam semulajadi dan diliputi dengan hutan hijau yang memukau di sekitarnya.

    Tasik Kenyir, Terengganu

    Ia juga dijadikan sebagai destinasi pelancongan eko, anda akan menjumpai pelbagai chalets dan rumah bot untuk menikmati keindahan Tasik Kenyir dan sekiranya anda berminat untuk bermalam di tasik ini. Anda boleh memilih untuk membuat aktiviti seperti berkayak, rafting atau canoeing.

    Tasik Kenyir, Terengganu

    Tambahan pula, percutian anda akan dihiasi dengan kepelbagaian jenis burung-burung, tanam-tanaman dan banyak lagi kerana kawasan ini adalah rumah bagi hidupan flora dan fauna. Jika anda pemancing tegar, berkunjung ke sini pada bulan Ogos sewaktu air surut adalah masa yang sangat sesuai. Walau bagaimanapun, hanya beberapa kawasan sahaja yang dibenarkan memancing.

    Aktiviti lain di sini juga termasuklah meneroka Gua Bewah, mencuba spa ikan di Kelah Fish Sanctuary dan pelbagai air terjun yang boleh anda lawati dan salah satunya adalah Air Terjun Lasir. Anda juga boleh melawat ke Kenyir Elephant Conservation Village yang dibuka pada tahun 2012 untuk menjaga gajah yang sesat dan anak gajah yang ditinggalkan sebelum mereka dilepaskan semula ke dalam hutan. Di sini anda boleh belajar serba sedikit tentang kehidupan gajah dan anda juga boleh bermain air bersama gajah-gajah ini.

    Sumber: jejumuslimtravel

    Jom baca: Bercuti dengan anak kecil? Ini beberapa tips yang perlu dilakukan oleh IbuBapa

Related Posts