27 Tempat menarik Di Selangor | Percutian Sekeluarga

Tempat menarik di Selangor sekarang mulai ramai diperkatakan oleh kalangan wisatawan baik domestik maupun wisatawan mancanegara. Selangor Darul Ehsan adalah kota yang berada mengelilingi dataran Putrajaya dan Kuala Lumpur. Lokasinya yang strategik membuat Selangor memiliki banyak lokasi menarik yang boleh dikunjungi. Jom kita tengok 27 tempat percutian menarik di Selangor yang boleh anda sekeluarga kunjungi.

Trick Art Museum i-City

Pameran lukisan-lukisan di dalam Trick Art Museum i-City ini adalah berdasarkan teknik seni lukisan purba Trompe L’oeil yang mana lukisan-lukisan yang dihasilkan menggunakan teknik ini  kelihatan realistik dan hidup dalam 3 dimensi.

Lukisan-lukisan 3D di muzium ini pasti membuatkan anda tertanya-tanya betul ke pandangan mata anda ni, seperti boleh disentuh tapi sebaik anda mendekatinya, ternyata ia hanyalah sebuah lukisan yang menipu mata anda.

Ilusi-ilusi optikal di sini menjadikan ia menarik untuk dijadikan props anda ber’posing’. Di dalam tapak yang berkeluasan 8000 kaki persegi ini anda dapat melihat 5 tema karya seni yang berbeza iaitu karya Mesir, Klasik Moden, Alam Haiwan, Karya Agung dan Hidupan Laut.

Uptown Shah Alam

Kebosanan duduk dalam rumah tengah-tengah malam tu? Mai singgah lepak di Uptown Shah Alam. Sambil-sambil bershopping, telinga anda bakal disajikan oleh persembahan live band yang sering diadakan terutama sekali pada waktu malam.

Mesti ada yang tertanya-tanya, apa yang ada kat sini? Jawapannya, macam-macam ada! Dari handbag, jersey, kasut sneakers, jam, mainan-mainan seperti kereta Hot Wheels, robot, kedai pengumpul duit lama hinggalah kepada kedai jualan barangan kereta. Memang tak terkelip biji mata tengok kepelbagaian barang di Uptown Shah Alam ni. Tips sebelum ke sini? Bawalah duit poket lebih sikit, mesti ada benda nak beli.

Bila dah puas bershopping sakan tu, untuk menghilangkan rasa lapar atau dahaga, anda boleh singgah ke food court yang menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman yang menarik.

Setia City Mall

Berkeluasan mencecah 740,000 kaki persegi dan menempatkan sehingga sekitar 240 lot kedai, bershopping di Setia City Mall boleh memberikan anda sekeluarga kepuasan yang tak terkata. Sedar tak sedar, dah berjam-jam rupanya  bershopping dekat mall ni. Antara yang terdapat di sini adalah Daiso, Zara, Fitness First, Kaison, Golden Screen Cinema dan juga Parkson.

Dah puas bershopping? Untuk merehatkan badan, anda boleh bersantai di kawasan taman di sekitar mall ini yang berlanskap indah serta lengkap dengan taman permainan kanak-kanak. Di bahagian entrance mall ini juga terdapat peniaga kecil-kecilan yang menjual layang-layang dan permainan buih.

Bab makanan? Tak perlu risau, padat dengan pelbagai pilihan makanan yang menarik dari restoran makanan segera KFC hinggalah kepada masakan Korea seperti KyoChon.

Selangor International Islamic Arts Complex

Dibina pada tahun 1990-an, Selangor International Islamic Arts Complex adalah sebuah tarikan yang telah ditubuhkan untuk memartabatkan serta memperkukuhkan lagi dunia kesenian Islam. Kompleks ini terdiri daripada 3 buah galeri iaitu Galeri Al-Qur’an Mushaf Malaysia, Galeri Al-Qur’an Mushaf Nur Fatimah dan Galeri As-Sakinah.

Kompleks ini diuruskan oleh Restu Foundation iaitu sebuah pertubuhan NGO yang diwujudkan pada tahun 1987. Pertubuhan ini adalah yang petama di Malaysia yang menghasilkan mushaf Qur’an bertulisan tangan dan juga berilluminasi.

Sebagai pelawat di muzium ini, anda sekeluarga boleh melihat di depan mata sendiri bagaimana kakitangan dan juga pelajar di sini menghasilkan karya-karya Islamik seperti kaligrafi dan lukisan. Selain itu, anda juga berpeluang untuk melihat bagaimana proses penghasilan dan juga pemeliharaan Qur’an dilakukan.

Di samping itu, tarikan lain yang terdapat di sini adalah sudut Rehlah Nabawiyyah (Perjalanan Nabi Muhammad SAW). Galeri ini akan membawa anda menelusuri kehidupan Rasulullah dari saat kelahiran baginda. Salah satu tarikan yang terdapat di pameran ini adalah replika rumah Rasullulah yang lengkap dengan beberapa barangan peribadi baginda. Macam mana, banyakkan tempat menarik di Selangor.

Muzium Sultan Alam Shah

Terletak di tengah-tengah bandaraya Shah Alam, adalah sebuah bangunan dengan reka bentuk unik seperti rumah tradisional Minangkabau, iaitu Muzium Sultan Alam Shah.

Muzium ini menjadi simbol kepada budaya dan pembangunan negeri Selangor. Dibina pada tahun 1974, muzium ini diberi nama Muzium Sultan Alam Shah sempena nama Sultan Selangor yang ke-7 iaitu Sultan Hisamuddin Alam shah.

Berkeluasan 135,000 kaki persegi, muzium ini menempatkan 5 dewan pameran dan juga sebuah pameran terbuka. Secara keseluruhannya, muzium ini memiliki 4,000 buah artifak yang terdiri daripada peninggalan pra-sejarah, artifak berkaitan budaya dan seni etnik di Selangor, koleksi berkaitan kedatangan serta perkembangan Islam di Selangor dan banyak lagi.

Selain ruang pameran, muzium ini turut lengkap dengan pelbagai lagi fasiliti lain seperti pusat sumber, auditorium, dewan, bilik mesyuarat dan sebagainya.

Perpustakaan Raja Tun Uda

“Membaca itu jambatan ilmu,” bagi yang ingin mengisi masa lapang dengan aktiviti yang dapat mengisi minda dan jiwa, bolehlah membuka langkah kaki untuk melawat Perpustakaan Raja Tun Uda.

Bagi yang ada anak kecil, lawatan ke perpustakaan ini pasti dapat melahirkan rasa cinta kepada buku dan perpustakaan. Ini kerana, zon khas untuk kanak-kanaknya dihias dengan cukup kreatif, penuh dengan warna-warni. Bukan bahagian kanak-kanak sahaja yang menarik di dalam bangunan 6 tingkat ni, tetapi juga keseluruhan perpustakaan ini yang berkonsepkan perpustakaan dalam taman ataupun “library in the park.”

Tingkat-tingkat perpustakaan ini juga memiliki temanya yang tersendiri. Antara tema yang diketengahkan adalah ‘angkasa lepas,’ ‘bumi,’ ‘lautan’ dan ‘manusia,’ menarik bukan? Kemudahan perpustakaan ultra-moden ini juga sangat luar biasa jika dibandingkan dengan perpustakaan lain. Antara fasiliti unik yang ditawarkan adalah seperti teater 3D, teater ‘multi-sensory’ 6D, 3 buah gimnasium berbeza, Xbox Kinnect, teknologi ‘virtual reality’ (HTC Valve), kemudahan komputer (Windows dan Mac), permainan interaktif iStep / Ubiq dan banyak lagi.

Lokasinya, terletak berdekatan dengan banyak tarikan lain di Shah Alam seperti Shah Alam Lake Gardens dan juga Masjid Biru.

Mines Resort City/ Mines Wellness City

Pada asalnya, tapak Mines Wellness City ini merupakan tempat pelombongan bijih timah yang terbesar di dunia. Kini, ia dibangunkan dengan pelbagai tarikan menarik seperti hotel, pusat membeli-belah, padang golf,  pusat konvensyen dan Waterfront Business Park. Kalau anda singgah ke hotel yang bertaraf 7 bintang di sini, anda pasti teruja melihat rekabentuknya yang sangat menakjubkan.

Bersebelahan dengan hotel ini terdapat resort yang memilki tasik di mana anda boleh merasai pengalaman menaiki bot sambil melihat ikan-ikan yang terdapat banyak di dalam air. Sekiranya anda ke pusat membeli-belahnya pula anda pasti teruja melihatnya kerana bukan senang nak jumpa dalam dunia ni sebuah mall yang ada sungai di tengah-tengahnya.

Untuk anda yang datang bersama anak-anak, apa kata kalau anda membawa mereka bermain di Splash Park yang terletak di atas bumbung Mines Shopping Mall ini yang lengkap dengan taman permainan dan tempat bermain air. Menarik bukan? Apa lagi yang anda tunggu, datanglah bersama keluarga anda ke sini!

SnoWalk i-City

SnoWalk i-City yang terletak di Shah Alam ini merupakan sajli indoor yang pertama di Malaysia. Suhu di dalam SnoWalk i-City ini dikawal untuk sentiasa berada di bawah 5 darjah celsius.

Yang menariknya lagi, terdapat lapisan salji dengan ketebalan 100 mm di lantai, kalau terasa cuaca di luar terlalu panas, datang je ke sini, kalah penyejuk udara di rumah. Pasti menyesal kalau datang dengan slipper, menggigil anda sekeluarga dalam ni nanti. Maka, pakailah kasut yang sesuai dengan musim ya.

Di samping itu, terdapat tarikan lain seperti kawasan permainan yang dapat memberikan keseronokan tak terkira kepada anak-anak seperti tempat membuat orang salji dan meluncur ais. Selain itu, anda juga dapat melihat lebih daripada 100 tan pameran ukiran ais yang telah dihasilkan oleh 30 orang pengukir yang handal.

Muzium Coklat Kota Damansara

Bagi anda yang gilakan coklat (siapa tak?) jomlah ke Muzium Coklat Kota Damansara. Di sini terdapat pameran tentang coklat dari awal penemuan kegunaan biji koko pada zaman Olmex di Mexico (1200BC – 300BC) sehinggalah ke zaman moden yang menghasilkan coklat dengan menggunakan pelbagai jenis mesin.

Salah satu perkara yang anda dapat ketahui daripada pameran ini adalah tentang bagaimana kaum purba Mayan dan Aztec yang gemar membuat air coklat dengan menjadikan bahagian atasnya berbuih sebagaimana teh tarik dibuat, nampaknya, orang Melayu bukanlah yang pertama yang mencipta air yang ditarik-tarik ini.

Selain pameran ini, anda juga dapat melihat bagaimana coklat diproses. Demonstrasi pemprosesan coklat ini bermula dari pukul 12.00pm ke 3.00pm. Anak-anak pasti seronok kerana bukan sahaja dapat melihat demo pembuatan coklat yang mengiurkan ini, mereka juga dapat merasa coklat-coklat ini.

Kalau anda nak naikkan mood sebelum ke muzium ini apa kata kalau anda menonton filem Charlie and the Chocolate Factory terlebih dahulu, dah ada mood, enjoy semacam anda sekeluarga di tempat menarik di Selangor ni nanti.

Kidzania

Alam dewasa bukanlah satu dunia yang mudah, banyak perkara yang perlu diambil kira, tak naklah anak-anak anda terkejut sangat bila dah sampai waktunya nanti kan, jadi apa kata kalau anda bawa mereka ke Kidzania, sebuah dunia di mana anak-anak anda boleh memilih pekerjaan yang mereka ingin cuba seperti menjadi DJ radio, doktor, jururawat, pakar kecantikan, jurugambar dan banyak lagilah yang bukan sahaja dapat menaikkan keyakinan diri dalam bersosial bersama kanak-kanak lain, malahan dapat mencungkil kreativiti dan kemampuan mereka untuk berfikir dengan kritikal.

Dalam dunia Kidzania, apa sahaja pekerjaan yang mereka lakukan akan diberikan gaji dalam matawang Kidzo yang seterusnya boleh digunakan untuk membeli-belah atau berseronok dengan aktiviti lain yang terdapat di sini.

Anak-anak boleh belajar berjimat dan memahami kepentingan bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. Satu aktiviti menarik yang sangat bermanfaat bukan?

IceScape Ice Rink

IceScape Ice Rink yang terletak di IOI City Mall ini merupakan satu-satunya gelanggang ais yang terbesar dan bersaiz Olimpik di Malaysia. Kalau nak tunggu salji turun di Malaysia, memang tak mungkinlah kan, takkan nak tengok sahaja mat-mat saleh meluncur sana-sini di ice rink dengan penuh keseronokan, mesti anda pun nak merasa.

Tak payah nak keluar negara, datang sahaja ke sini. Kalau anda teragak-agak sebab tak pernah berice-skating, anda boleh menggunakan patung penguin yang disediakan pihak IceScape sebagai tempat berpaut.

Kalau nak join dengan lagi serius aktiviti unik (di negara tak bersalji) ini, anda boleh menyertai kelas ice-skating yang disediakan untuk beginners yang tak sabar nak menjadi pakar dalam sukan ini. Baru nampak kelas sikit bila tahu berice-skating ni, lagipun apa salahnya belajar skills baru kan, baru serba boleh!

Jump Street Asia

Jump Street Asia ini terletak bersebelahan sahaja dengan JayaOne Mall. Untuk pengetahuan anda, trampoline park ini merupakan yang terbesar di Asia, ya, di ASIA.

Apa lagi yang anda tunggu? Bukan sahaja seronok untuk kanak-kanak, orang dewasa pun berseronok mengalahkan budak-budak kalau dah mula melompat-lompat di trampoline di sini. Tak perlu fikir lama, jom ke sini bila ada masa free.

Wet World Water Park Shah Alam

Wet World Water Park Shah Alam adalah sebuah tarikan yang terletak di tengah bandaraya Shah Alam yang telah dibuka sejak dari tahun 1996 lagi.

Antara tarikan yang terdapat di taman tema air ini adalah Super Hurricane, Monsoon Buster, Thunder River, Caribbean Rider, Island of Treasure dan banyak lagi. Cukup banyak untuk sebuah taman tema dengan harga tiket tidak lebih dari RM40 bukan?

Untuk anda yang membawa anak kecil, jangan risau, turut terdapat kolam dengan paras air di bawah lutut.

Bangi Gateway

Bila tiba musim raya salah satu tempat bershopping yang agak terkenal untuk warga kota adalah di Bangi Gateway. Di dalam bangunan 7 tingkat ini terdapat sehingga 200 buah kedai yang terdiri daripada restoran, hiburan, butik, kedai buku dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda, bangunan pusat membeli-belah ini disambungkan dengan hotel, street mall dan pusat perubatan melalui jambatan.

Malaysia Agro Exposition Park Serdang

Kalau selama ini anda hanya pernah dengar tentang Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) bila ada ekspo sahaja, sebenarnya lokasi ini bukan hanya hidup pada hari ekspo.

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak tarikan yang boleh anda lawati pada bila-bila masa ketika waktu operasinya. Antara tarikan yang ada dalam kawasan berkeluasan 130 hektar ini adalah Laman Herba, House of Kambing, Laman Padi, Laman Perikanan, Laman Nanas, petting zoo (G2G Animal Garden), Techno Cafe, Nafas Cube, Kafe MAEPS dan MAEPS Bistro.

Laman Seni 7

Street art bukan hanya ada di Pulau Pinang, tapi juga di Selangor. Lokasinya adalah di Seksyen 7, Shah Alam. Kawasan street art yang diberi nama Laman Seni 7 ini mengetengahkan 3 tema mural berbeza iaitu Komuniti Shah Alam, Tarikan Pelancong dan Konsep Hijau.

Dah puas bergambar dan perut dah berbunyi kelaparan? Apa kata kalau anda singgah ke Family Mart yang hanyalah beberapa tapak dari sini, bolehlah makan ais krim atau oden yang terkenal tu.

Ardence Labs @ Eco Ardence

Nak bershopping atau tercari-cari tempat lepak yang best? Tak payah pandang tempat lain lagi, lokasi yang terbaik untuk anda meluangkan masa adalah di Ardence Labs @ Eco Ardence.

Ardence Labs adalah pusat membeli-belah dengan konsep open-air yang boleh dikatakan pertama sekali di Malaysia. Kalau anda nak tahu, konsep mall seperti ini cukup terkenal di US. Jadi, kalau anda teringin merasa pengalaman bershopping seperti di luar negara, inilah destinasinya.

Bangi Wonderland

Tak puas lagi bermandi-manda di kawasan air sungai dan air terjun? Untuk kepuasan sebenar, anda boleh membawa seluruh ahli keluarga ke Bangi Wonderland.

Cukup banyak tarikan yang ditawarkan seperti Insane Racer, Kids Adventure, Magic Funnel, Meander River, Pirates Bay, Spiralax, The Fall, Water Cannon dan lain-lain lagi!

Camp 5 Indoor Climbing Gym

Camp 5 Indoor Climbing Gym merupakan satu lokasi yang  patut dilawati untuk anda yang menyukai aktiviti lasak. Sesuai juga untuk yang mahu berjinak-jinak dalam dunia wall climbing ini.

Persekitaran yang selesa dilengkapi dengan penyejuk udara, anda tak perlu berpanas di bawah terik cahaya matahari, berganda keseronokannya untuk yang baru ingin mencuba aktiviti lasak ini, lagi seronok bila dah berjaya sampai ke puncaknya yang menyajikan pemandangan yang mempersonakan.

Sekiranya anda tiada keyakinan untuk memulakan aktiviti memanjat dinding ini sendiri, anda boleh menyertai kelas rock climbing yang disediakan gym ini ataupun pilih sahaja pakej percubaan yang ditawarkan. Ramai juga kanak-kanak yang dibawa untuk melakukan aktiviti ini di sini. Tak perlu berfikir lama, lokasi mana lagi yang best untuk membina stamina di hujung minggu kalau bukan di sini?

Min Nature

Min Nature merupakan tapak pameran model miniature yang terbesar di Asia dengan keluasan 17,000 kaki persegi. Model-model miniature yang dapat dilihat di sini kesemuanya merupakan hasil tangan rakyat Malaysia sendiri.

Anda dapat melihat kawasan kampung dan bandar yang dibina dengan penuh realistik kerana lengkap dengan patung-patung kecil manusia yang menghidupkan dunia yang kecil ini. Turut dipamerkan adalah landasan keretapi bersaiz mini yang terpanjang.

Bukan itu sahaja, anda boleh juga melihat bagaimana model-model mini ini direka menggunakan mesin printer 3D yang terdapat di sini. Sebelum pulang, jangan lupa untuk membawa balik modeling kit yang dijual murah dengan harga RM20. Unik dan menyeronokkan, wajib dilawati kerana merupakan satu-satunya pameran miniature yang terdapat di Malaysia.

Galactic Laser Tag

Bagi anda yang pernah bermain paintball, konsepnya sebenarnya sama sahaja dengan Galactic Laser Tag ini. Cuma bezanya paintball menggunakan peluru cat yang agak menyakitkan kalau terkena kulit, nah, ini dia penyelesaian untuk anda yang nak buat aktiviti yang menyeronokkan ini tanpa sebarang risiko. Banyak tempat menarik di Selangor  ni.

Menggunakan teknologi laser, sekali anda ditembak dengan senjata laser ini, keupayaan anda untuk menembak akan hilang. Main perang-perang terasa realistik lagi dengan suasana gelap berkabus di Galactic Laser Tag ini.

Daripada anda kebosanan tiada apa untuk dibuat di hujung minggu, datang sahaja ke Galactic Laser Tag, mana tahu, mungkin ada antara anda yang berkebolehan dalam strategi peperangan.

Sunway Lagoon

Siapa tak pernah mendengar tentang taman tema air yang terkenal ini, Sunway Lagoon. Wajib dilawati sesiapa sahaja yang datang ke KL atau Selangor. Tarikan yang terdapat di sini bukan hanya water park malahan anda tidak patut melepaskan peluang berseronok dengan aktiviti lain yang bertaraf dunia seperti Amusement Park, Extreme Park, Wildlife Park, Scream Park dan Nickelodeon Lost Lagoon.

Nak seronok lagi, anda kena peka dengan promosi-promosi tiket untuk pakej aktiviti menarik di Sunway Lagoon, lagi best kalau anda membeli tiket yang mendapatkan anda akses ekspres untuk bermain aktiviti-aktiviti di sini tanpa perlu beratur, barulah sempat nak mencuba semua permainan menarik di sini!

Zoo Negara

Zoo Negara yang terletak di Jalan Ulu Kelang ini memiliki lebih daripada 400 spesis haiwan yang berbeza dan secara kesuluruhannya terdapat 5000 haiwan yang ditempatkan di zoo ini. Zoo Negara dibahagikan kepada 16 bahagian yang berbeza iaitu taman reptilia, burung-burung tasik, tapir Malaya, gajah Malaysia, kompleks beruang dan lain-lain lagi.

Untuk memberikan anak-anak anda pengalaman yang menyeronokkan sewaktu ke Zoo Negara, anda boleh membawa mereka ke Children’s World yang menempatkan banyak haiwan comel seperti ayam, arnab dan itik yang dibiarkan bergerak bebas di kawasan taman.

Anak-anak juga dapat melihat hutan hujan mini yang direka lengkap dengan kandang kuda kecil, taman permainan dan kolam ikan. Mereka pasti tidak dapat melupakan pengalaman indah di Dunia Kanak-kanak ini. Tambahan pula anda juga dapat menyertai program sukarelawan yang dijalankan oleh pihak Zoo.

Red Carpet Wax Museum (Red Carpet 1 & Red Carpet 2)

Siapa sangka di Malaysia pun ada muzium Madame Tussaudsnya sendiri? Tak perlu ke luar negara, tempat menarik di Selangor ini boleh ditemui di i-City. Red Carpet Wax Museum yang terdapat di i-City ini bukanlah sebuah tapi dua buah muzium iaitu Red Carpet 1 dan Red Carpet 2. Kalau tak puas lagi berposing, tak tahulah kenapa.

Di Red Carpet 1, anda boleh bergambar dengan ramai selebriti Hollywood yang nampak sangat realistik! Bila lagi nak jumpa artis Hollywoodkan? Patung lilin yang realistik pun dah cukup realistik untuk anda berangan kononnya bertembung dengan mereka.

Di Red Carpet 2 pula, di dalam muzium yang berkeluasan 30,000 kaki persegi ini anda boleh bergambar sepuas hati dengan karakter-karakter Superhero, golongan diraja, pemimpin, artis K-Pop, dan banyak lagi! Red Carpet 2 ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu indoor dan outdoor. Yang syoknya, anda boleh bergambar di zon outdoor dengan percuma!

Ice Skating Sunway Pyramid

Jangan main-main, Ice Skating Sunway Pyramid ini adalah tuan rumah untuk pelbagai aktiviti yang gah seperti Skate Asia dan Kejohanan Hoki Ais Dunia. Pengalaman berskating di sini? Tak ubah macam masuk sukan olimpik. Bukan biasa-biasa!

Dengan kesempurnaan gelanggang ice skating ini, dianggarkan sehingga 15,000 kunjungan diterima oleh Ice Skating Sunway Pyramid setiap bulan. Tak pernah berskating? Anda boleh mendapatkan jurulatih untuk mengajar anda teknik yang betul.

Dah pandai berskating nanti, kalau stress je bolehlah datang meluncur di sini sampai terlupa segala masalah yang menyesakkan dada. Itu yang bestnya berskating ni, perasaanya tak ubah seperti terbang di udara kalau dah pro mengawal pergerakan.

District 21

Dah puas makan angin dan menikmati keindahan panorama? Mai ramai-ramai buat aktiviti lasak pula di District 21. Yang bestnya, anda boleh buat aktiviti yang biasa dilakukan secara outdoor ini di bawah bumbung shopping mall, sejuk beraircond secara indoor. Memang berkali gandalah jawabnya keseronokan anda beraktiviti, itu pun kalau anda tak kecut perut untuk buat aktiviti mencabar yang ditawarkannya.

Antara yang anda boleh cuba adalah wall climbing pada dinding yang bercahaya LED, roller glider untuk anda berziplining dengan kelajuan sehingga 30km/jam, trampoline, menaiki gelongsor high-speed, halangan-halangan persis dalam rancangan Ninja Warrior dan macam-macam lagilah dalam kawasan yang seluas 70,000 kaki persegi ni!

Datang dengan anak kecil? Jangan risau, ada je games yang sesuai untuk mereka seperti carousel, go-kart dan halangan bertali yang rendah. Semuanya lengkap dengan peralatan keselamatan seperti helmet, pad lutut serta pad perlindungan siku. Macam mana banyakkan tempat menarik di Selangor? Syokkan? Datanglah ke District 21 hujung minggu ni ya?

Kalau tidak datang dengan keluarga sekalipun, memang syok kalau bawa geng-geng sekepala ke sini, sebab masa nilah nak kesan siapa yang hanya berani cakap je kan?

Blok Space

Seronoknya main susun-susun Lego! Apatah lagi kalau dikelilingi oleh blok-blok Lego yang tak terkira banyaknya, lagilah puas! Di Blok Space, anak-anak anda dapat tenggelam dalam dunia Lego sepuas hati.

Anda pula bolehlah bershopping dengan tenang memandangkan anak-anak sudah berada dalam ‘zon selamat’ dan yang menyeronokkan mereka. Kata orang, situasi ‘win-win’lah ni. Tak perlulah anda kelam-kabut mengejar masa sebab takut anak kebosanan menunggu.

Dengan aktiviti Lego ini juga, anak-anak turut dapat meningkatkan daya kreativiti dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah. Banyak tempat menarik di Selangor, tak perlu fikir dua tiga kali, bagilah anak-anak anda bermain Lego sepuasnya kalau datang bershopping di mana-mana shopping mall yang ada cawangan Blok Space ya?

 

Sumber: maisinggah.com

Baca Juga: Lokasi Weekend Getaway Untuk Elak Kesibukkan Bandar KL!!

Related Posts