Lokasi Weekend Getaway Untuk Elak Kesibukkan Bandar KL!!

Ramai rakyat Malaysia yang bekerja di sekitar kawasan Bandar Kuala Lumpur. Sudah pastinya masak dengan keadaan di bandar yang sesak dan sibuk. Oleh itu, setiap kali weekend, mereka pastinya ingin pergi ke lokasi yang tenang di mana mereka boleh getaway untuk elak dai kesibukkan bandar KL dengan ahli keluarga atau rakan-rakan.

Bagi memudahkan anda, kali ini kami menyenaraikan beberapa Lokasi Weekend Getaway Untuk Elak Kesibukkan Bandar KL yang boleh membuatkan anda relax setelah penat bekerja.

1. D’Fini Cottage

D’Fini Cottage amat sesuai bagi mereka yang beragama Islam. Ini adalah kerana Cottage yang terletak di Sungai Buloh ini mengamalkan konsep mesra, cekap, bersih dan halal.

Selain menyediakan fasiliti untuk anda relax, mereka juga menyediakan pakej perkahwinan bagi mereka yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan.

2. The Sticks

Percutian di The Sticks yang terletak di Kuala Kubu Bharu ini akan membuatkan anda tenang sahaja. Mana taknya, tempat penginapan ini dikelilingi oleh hutan dan alam semulajadi yang sangat indah.

Selain itu, banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di sini termasuklah jungle trekkingparaglidingwater rafting dan banyak lagi.

3. Ma-Ni Villa

Villa di Tanjung Malim, Perak ini memang sesuai untuk mereka yang ingin bercuti berdua-duaan dengan pasangan.

Bermula dengan sebuah restoran Thai, mereka kemudian upgrade dan kini turut memiliki villa yang indah, dikelilingi alam semulajadi yang pasti membuatkan fikiran anda tenang sahaja.

4. The Kasturi

The Kasturi yang terletak di Cherating, Pahang ini mempunyai pemandangan pantai Chendor yang menawan. Bukan itu sahaja, tempat ini turut dikelilingi hutan yang pastinya akan membuatkan kunjungan anda ke situ lebih tenang ditambah pula dengan fasiliti seperti gym dan servis spa.

5. Dusuntara Jungle Retreat

Mengambil masa tidak lebih sejam untuk ke sini dari Kuala Lumpur, Dusuntara Jungle Retreat yang terletak di Batang Kali ini dikelilingi dengan dusun, hutan tropika dan sungai yang sesuai untuk mereka yang ingin lari daripada kesibukan di bandar.

Selain itu, pengunjung juga tidak perlu risau kerana makanan akan dimasak dan disediakan oleh pemilik retreat ini.

6. Eco Rimba Murai

Eco Rimba Murai juga terletak di Batang Kali dan sesuai untuk mereka yang ingin berenang, berkelah dan bird watching.

Bukan itu sahaja, di sini anda turut dibenarkan untuk memancing di air terjun yang dikelilingi oleh kehijauan yang pasti buat anda tenang sentiasa.

7. Ratu Rening Residency

Ratu Rening Residency ini sangat menawan dan dikelilingi oleh flora dan fauna yang terletak di Batang Kali.

Tempat penginapan ini merupakan estet persendirian yang memang sesuai untuk anda nikmati percutian bersama-sama ahli keluarga mahupun rakan-rakan.

8. Re Farm Leisure

Tempat penginapan yang terletak di Temoh, Perak ini menyediakan villa bagi yang ingin bermalam di sini. Namun begitu, mereka juga membenarkan pengunjung untuk datang bermandi manda tanpa perlu bermalam.

 

Re Farm Leisure turut menyediakan mini zoo, kebun sayur-sayuran dan terdapat aktiviti lain yang boleh dilakukan seperti jungle trekking dan pedal bot.

Sumber: lobakmerah.com

Baca Juga: Terbeliak biji mata! Tempat unik (“ultra-rare”) di Malaysia yang menjadi kegilaan orang ramai.

Related Posts