Tempat Peranginan Di Malaysia

Negara Malaysia cukup terkenal sebagai sebuah destinasi pelancongan yang penuh dengan keindahan. Terdapat banyak tempat yang menarik boleh dilawati sama ada tempat bersejarah ataupun tempat peranginan di negara ini.

Pihak kerajaan Malaysia giat menjalankan kempen Cuti-Cuti Malaysia pada setiap tahun untuk menarik perhatian pelancong asing dan juga pelancong tempatan. Banyak kemudahan yang telah disediakan untuk memberi keselesaan kepada para pelancong seperti tempat tidur,tandas dan sebagainya.

Tapi dimanakah tempat yang akan menjadi tumpuan para pelancong ? Mari kita lihat beberapa destinasi pelancongan yang terkenal di seluruh Malaysia.

1.Pulau Perhentian, Terengganu

Terletak kira-kira 21km di luar pantai Terengganu yang terbahagi kepada dua pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Destinasi ini cukup terkenal dengan mercu tandanya iaitu kincir angin. Selain itu, banyak lagi aktiviti lain yang boleh kita lakukan seperti snorkelling, jungle traking dan juga diving. Pasir pantai yang memutih dan kebiruan laut pasti akan menambat hati anda untuk berkunjung lagi kesini. Jangan lepaskan peluang untuk letakkan diri anda di syurga dunia ini.

 

2.Cameron Highlands, Pahang

Cameron Highland merupakan sebuah pusat peranginan yang berada pada ketinggian lebih kurang 2000 meter daripada aras laut menjadikannya salah sebuah destinasi pelancongan terkenal. Persekitaran yang nyaman dan sejuk dimana suhunya mencecah 23 darjah celcius pada siang hari dan mampu turun ke 18 darjah celcius pada waktu malam. Banyak tempat yang menarik boleh dilawati di kawasan tanah tinggi ini seperti Lavender, Ladang Tanaman Strawberi dan Ladang Teh. Pengalaman yang anda tidak akan dapat ditempat lain di Semenanjung Malaysia ini.

 

3. Pulau Langkawi, Kedah

Lokasi Pulau Langkawi terletak kira-kira 50km daripada Kuala Kedah dan 30km daripada Kuala Perlis. Pulau Langkawi amat terkenal dengan mercu tandanya iaitu seekor burung helang gergasi ataupun dipanggil Garuda. Tarikan utamanya ialah kereta kabel Langkawi yang merupakan kereta kabel terpanjang didunia iaitu sepanjang 2.2km. Satu pemandangan landskap dari atas Gunung Mat Chinchang yang pasti akan membuatkan anda berasa tenang dan damai. Banyak mitos dan kisah dongeng yang dikaitkan dengan pulau ini yang menjadikan Pulau Langkawi salah satu destinasi pilihan pelancong tempatan untuk mengetahui sejauh mana kebenaran cerita tersebut.

 

4.Kota A’Famosa, Melaka

Tempat bersejarah ini menjadi tumpuan pelancong kerana ianya merupakan mercu tanda peninggalan pihak Portugis semasa menjajah negeri Melaka pada zaman dahulu. Seni binanya yang masih lagi kukuh membuatkan ramai pelancong terpesona. Terdapat juga beberapa muzium yang telah dibangunkan disekitar kawasan Kota A’Famosa ini. Jika anda seorang yang begitu meminati sejarah, disinilah tempat yang paling sesuai untuk anda melancong.

5. Pulau Kapalai, Sabah

Pulau Kapalai merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia. Ada yang membandingkan keindahan pulau ini dengan pulau yang terkenal di Maldives. Pulau ini terletak 15km daripada Sipadan dan mempunyai resort yang sangat cantik menjadikan ianya satu landskap yang menarik. Aktiviti yang terkenal di pulau ini ialah Mock Diving dimana penyelam bebas untuk ke dasar laut bagi menikmati keunikan kehidupan makro yang terdapat disana.

6. Tasik Kenyir, Terengganu

Tasik Kenyir mempunyai keluasan sekitar 369km persegi. Besarkan ? Anda boleh letakkan bandar Kuala Lumpur didalam tasik ini. Tasik ini merupakan tasik terbesar buatan manusia di Asia Tenggara. Terdapat hampir 340 buah pulau di tasik ini. Kaki pancing dan pencinta alam semulajadi wajib datang ke tasik ini untuk merasai sendiri pengalaman yang begitu menyoronokkan. Air terjun,sungai-sungai dan gua-gua yang terdapat di tasik ini mampu menambat hati pengunjung dengan keindahannya. Datang dan rasakannya sendiri!

 

7.Kundasang, Sabah

Kundasang merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menjadi pilihan pengunjung. Mana taknya, terdapat banyak tempat yang menarik yang boleh dilawati di sini. Antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong di Kundasang ialah Desa Dairy Farm, Sabah Tea Garden dan Pasar Segar Kundang. Terdapat juga aktiviti lasak seperti watercraft, paragliding dan mendaki gunung. Kedudukan Kundasang yang terletak tidak jauh dari ibu negerinya, Kota Kinabalu  memudahkan pelancong untuk menjejakkan kaki disini.

Related Posts