Bila anda berada di Melaka, satu pesanan iaitu jangan tidur waktu malam. Kerana anda sangat merugikan waktu bercuti anda. Disini terdapat banyak tempat menarik yang boleh di lawati bila waktu malam, ataupun memang khas pada waktu malam sahaja.
Jom kita tengok tempat menarik waktu malam di Melaka!
~ Melaka River Cruise
Memang tak asing lagi dari nama Venice Melaka. Sungai nya yang merentasi bandar ini yang telah menjadi tarikan pelancong terutama skali pada waktu malam.
Memang berbeza pemandangan nya berbanding jalan darat. Terutama apabila malam menjelma, kerana dengan nyalaan lampu neon pelbagai warna tebing sungai dengan pelbagai bangunan yang dihias cantik.
~ Menara Taming Sari
Namanya diambil dari kisah Hang Tuah bersaudara. Ramai juga tertanya-tanya mengenai kewujudan Keris Tamin Sari. Tapi saya pon tak tahu jugak, yang saya tahu Menara Tamin Sari tetap kekal wujud.
Anda memang tidak akan rugi bila naik nya pada waktu malam, kerana viewnya yang cantik bila dari pandangan atas.
~ Alto Sky Lounge
Alto Sky Lounge terletak di Hatten Tower dan setakat ini adalah bangunan tertinggi di Melaka lebih dari Menara Taming Sari.
Memang port santai-mantai lah tambah pula bersama keluarga kan, boleh sembang-sembang.
~ The Shore Sky Tower
Tempat ni menawarkan anda melihat seluruh kawasan bandar Melaka lagi-lagi pada waktu malam. Tinggi nya 42 tingkat atau 153 m.
Daya tarikan tambahan tempat ni berbanding bangunan pencakar langit di Melaka ialah Akuarium dengan ikan koi dan juga Platform kaca lutsinar untuk lihat pandangan ke bawah dari ketinggian 153 meter. Ketar lutut.
~ Jonker Walk Melaka
Kalau melancong kan, x sah kalau balik tangan kosong. Jom beli buah tangan pada orang tersayang di Jonker Walk ni.
Memang meriah dekat sini waktu malam-malam, berbanding dengan shopping complex pula, harga disini boleh tawar menawar.
~ Night Safari Zoo Melaka
Pernahkah kita terfikir, tiap kali melawat zoo. Kebanyakan haiwan sedang tidur. Mesti ada kan.
Ini kerana ada di antara haiwan ini nokturnal iaitu aktif di waktu malam. Sebab itu, cuba kita lawat Zoo Melaka pada waktu malam. Kami pernah ke mari pada waktu siang sebelum ini.
Zoo Melaka, seingat saya adalah zoo no 2 dari segi saiz di Malaysia. Menempatkan lebih 1200 haiwan dari 215 spesis berbeza.
~ Kota A’Famosa
~ Melaka River Pirate Park
Dah puas melawat tempat bersejarah & pantai di Melaka semasa siang hari? Saya syorkan untuk kita bawa keluarga ke Melaka River Pirate Park.
Bersiap sedialah untuk keluarkan duit untuk setiap permainan di dalam ni. Terdapat banyak permainan yang boleh dicuba seperti:
- Ferris Wheel.
- Flying Fox Pirate Ship
- Rock Climbing
- Haunted Castle
- Bungee Trampoline
- Mad Cow
~ Dataran Pahlawan
Sebelum ini saya rekemen untuk pergi ke Jonker Street untuk harga souvenir yang murah dan berpatutan.
Tempat ini pula sebaliknya.
Siapa yang mempunyai bajet lebih boleh datang ke Dataran Pahlawan Megamall untuk cari oleh oleh untuk dibawa pulang. Harga produk disini memang lebih mahal & berjenama.
~ Mahkota Parade
Saya kurang minat nak ke mari kerana jalan selalu sesak. Tapi mungkin lokasi hotel & homestay melaka anda berdekatan. Boleh lah datang ke sini.
~ Masjid Selat Melaka
Dan juga masjid masjid di seluruh Melaka. Melaka ni kaya dengan Masjid yang cantik cantik dengan senibina yang unik. Ada pengaruh dari Cina, Jawa, India & macam macam lagi.
Masjid Selat di Melaka pula terletak betul betul di tepi pantai. Nak lihat matahari terbit? Senang saja, solat subuh di sini. Confirm nampak matahari terbit. Nak lihat matahari terbenam? Senang saja solat maghrib disini. Mesti nampak matahari terbenam.
Lokasi pun strategik. Lepas solat Isyak boleh lah keluar jalan jalan di Melaka.
Sumber: Sukamakanjalan.com