Tempat Menarik Untuk Berkhemah(Camping) Bagi Camper Malaysia

Banyak tempat berkhemah “camping” yang menarik dan cantik di Malaysia yang ramai tidak tahu dan belum dikunjungi oleh orang ramai. Tetapi bagi para-para “camper” di Malaysia, tempat tersebut mungkin pernah didengari mereka. Tempat yang selalu camper-camper Malaysia pergi camping kebiasaannya sedikit mencabar dan jauh dari tempat orang awam disebabkan suka akan pengembaraan. Selalunya tempat yang dituju untuk camping di Malaysia ni adalah di Sungai, Pantai dan juga di Air Terjun.

Disini terdapat beberapa “Hotspot” yang sesuai bagi camper Malaysia untuk camping sambil menikmati keindahan alam.

 

  • Pantai Tanjung Resang Mersing

Terletak 9km dari Pantai Air Papan yang tersembunyi di laluan kecil untuk tiba ke Pantai Tanjung Resang. Pantai ini mempunyai tarikan tersendiri bagi penggemar alam sekitar. Terdapat alur sungai (lagun), laut, gunung, pulau dan formasi batuan dikawasan tersebut menjadikan tempat ini salah satu kewajipan untuk dikunjungi. (driving expertise required)

Pantai Tanjung Resang Mersing

Namun begitu kawasan ini tidak mempunyai kemudahan internet, air dan tandas kecuali beberapa makeshift toilet yang dibuatkan khas bagi para camper. Tidak lupa juga, keselamatan juga perlulah diutamakan kerana terdapat banyak haiwan liar dan juga laluan jalannya yang berpasir. Tempat ini sesuai untuk aktiviti BBQ.

Pantai Tanjung Resang

 

  • H&N Campsite Port Dickson

H&N Campsite atau Harizan & Nasrul Enterprise adalah sebuah tempat yang tertutup tetapi untuk masuk ke campsite, tempahan awal perlulah dilakukan disini. Terdapat banyak aktiviti yang boleh di lakukan disini contohnya memancing, menjala, BBQ, serta mandi manda dan banyak lagi.

H&N Campsite PD

Lokasinya juga tidak jauh dari “Night Market Port Dickson” dan pam minyak, lebih-lebih lagi disarankan kalau membawa basikal semasa berkhemah untuk memudahkan urusan membeli bekalan makanan di kedai-kedai berdekatan daripada memandu kesana.

H&N Campsite PD2

H&N Campsite juga tempat yang berbaik untuk menyaksikan matahari terbenam sambil bersantai di tepi pantai. Airnya yang bersih dan jernih itu juga salah satu tarikan kepada para camper. Yang pastinya, anak-anak anda pasti akan menyukai tempat ini.

 

  • Monica Bay (Pantai Mok Nik)

Monica Bay terletak berhadapan Pusat Tadbir Awam Negara (Intan) Kemaman dimana ia menyajikan pantai yang bersih dan pasir pantai yang keemasan disamping dipenuhi deretan pokok rhu yang menyejukkan suasana panas mentari siang. Monica Bay disediakan dengan baik oleh Majlis Perbandaran Kemaman yang menjadikan ia sesuai untuk penginapan waktu malam serta dipenuhi dengan gerai-gerai makanan, pondok berteduh dan tandas awam.

MonicaBay

Pantai ini menyajikan anda hembusan bayu sepanjang hari termasuk bayu darat yang memberikan keselesaan bermalam di sana dan tidak sepanas bayu darat di pantai-pantai yang lain. Selain dipenuhi limpahan lampu jalan, kawasan ini juga selamat untuk anda sekeluarga. Berenang adalah tidak digalakkan berikutan topografi pantainya yang sedikit cerun, namun memancing adalah amat sesuai di pesisir pantai.

MonicaBay

 

  • Sg Lalang Hotspring (Semenyih)

Sungai Lalang Hotspring yang berada di Semenyih ini tidaklah terletak jauh dari Kuala Lumpur. Destinasinya yang berhampiran dengan Lembah Klang dan juga Bukit Broga dimana terkenal dengan pemandangan indah ketika mendakinya. Lokasi ini juga terkenal dengan kawasan penanaman durian, tokong yang unik dan air terjun yang mesra kanak-kanak dan mudah diakses.

SungaiLalang

Kolam air panas ini terletak tidak jauh dari Sungai Tekala dan tiket masuk hanyalah RM3 bagi setiap kenderaan dan untuk menginap, anda boleh berhubung terus dengan pemiliknya di nombor 012-682 3342. Tambahan pula, pemiliknya yang menguruskan kolam air panas ini sangatlah peramah yang mana ditemani oleh keluarganya dalam membangunkan restoran nasi lemak mereka yang diminati ramai, air tebu dan kelapa yang segar setelah anda selesai berendam

Hotspring Sungai Lalang

 

  • Lubuk Talan, Rembau

Lubuk Talan adalah lokasi terbaru untuk penggiat camper Malaysia berkhemah berhampiran gigi air terjun yang dingin dan juga menawarkan sedikit privasi kerana lokasinya yang terletak jalan di dalam perkampungan melayu di Rembau. Selain terkenal dengan Gunung Datok, lokasi yang popular dengan makanan salai ini juga sering menjadi pilihan penggiat aktiviti rekreasi yang gemarkan kedamaian desa.

LubukTalan

Tiada fasiliti umum disini seperti elektrik, tandas dan lainnya, namun hanya air sungai yang jernih dan tidak terlalu dalam serta ruang berkhemah yang redup dari sinaran mentari membuatkan lokasi ini sangatlah sesuai untuk keluarga kecil dan individu yang ingin mencuba bermalam di sana kerana ianya percuma.

Lubuk Talan

Bagi memastikan keselamatan terjamin, dan kemudahan makan minum tersedia, adalah dinasihatkan agar membawa makanan dan air bersih untuk memasak.

 

  • Perkelahan Pasir Kubur (Sungai Lembing, Pahang)

Perkelahan pasir kubur memberi peluang untuk kita menginap dan bercamper betul-betul di bibir sungai lembing di atas hamparan batu yang bersih disirami arus sungai yang sederhana laju. Tambahan pula, kedalaman sungai yang tidak terlalu dalam juga adalah sesuai untuk istirehat dan aktiviti mandi manda ahli keluarga.

PasirKubur

Pada waktu malam disini juga terdapat beberapa aktiviti seperti menangkap ikan menggunakan jaring / jala. Dan anak udang menggunakan lampu picit disamping membuat unggun api. Tiba waktu pagi, mendaki Bukit Panorama seawal jam 6.30 pagi haruslah dilakukan untuk melihat hamparan awan karpet yang porpular bagi dapat menikmati suasana yang indah dan nyaman.

PasirKubur

 

  • Air Terjun Teladas (Maran)

Air Terjun Teladas terletak 1 jam dari Bentong Pahang melalui jalan lama Karak atau LPT Exit Maran. Air terjun ini amat sesuai untuk keluarga kerana alirannya tidak terlalu deras dan paras-paras pinggang sahaja. Di sini juga terdapat dewan besar serta kawasan meletak kenderaan yang luas. Tiada tiket masuk dicaj kepada sesiapa pun meskipun dipenuhi dengan taman permainan yang terjaga untuk anak-anak kecil bermain.

AirTerjunTeladas

Dik kerana tempat ini tidak menyediakan gerai makanan, bolehlah kita memancing ikan-ikan serta udang bersama keluarga disebalik kejernihan airnya. Tidak lupa juga jambatan gantung yang terdapat disana juga boleh menjadi spot untuk mengambil gambar sebagai kenangan.

WaterfallTeladas

 

Sumber: https://gogocampervan.com

Baca juga: Tips Kepada Newbies Nak Belajar Berkhemah Di Dalam Hutan.

Related Posts