Janda Baik, sebuah destinasi yang luar biasa untuk mendapatkan udara yang nyaman, suasana yang tenang. Tambahan pula dengan deruan air sungai mengalir yang menyegarkan segenap deria. Pemandangannya juga persis sebuah lukisan yang indah. Disebabkan itu lah, banyak tempat menarik yang ada di Janda Baik ni.
Bukan itu sahaja, kedinginan suhu di Janda Baik ini juga membuatkan ia menjadi destinasi pilihan untuk lari dari kepanasan kota. Yang menariknya, semua ini dapat dinikmati kurang 1 jam berjalanan dari Kuala Lumpur. Tempat yang sempurna bagi anda yang sudah tidak sabar-sabar ingin menyelamatkan diri dari genggaman hidup di ibu negara.
Twinkle Villa Janda Baik
suchemuryesklep.pl
saralilphoto.com
pánský náhrdelník kůže zub
ribstol elan
truhlarstvibilek.cz
mads nørgaard taske
thepolarispetsalon.com
skrue kasse
saljofa.com
ribstol elan
tomnanclachwindfarm.co.uk
saralilphoto.com
thepolarispetsalon.com
mads nørgaard taske
Twinkle Villa Janda Baik adalah penginapan yang boleh anda pertimbangkan sekiranya ingin lari dari terik matahari di kota kerana dengan suhu dingin dari 23 ke 24 darjah celsius pada waktu siang.
Setibanya di sini anda sekeluarga dapat menikmati udara yang segar dan sejuk sambil mencuci mata melihat pemandangan yang penuh dengan kehijauan.
Sepanjang berada di sini, anda boleh merancang untuk berbbq dengan menggunakan peralatan yang disediakan, Tak lupa juga untuk memasak dengan menggunakan dapur yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Chengal Hill Retreat
Chengal Hill Retreat menawarkan beberapa jenis penginapan. Iaitu dorm yang dapat memuatkan sehingga 9 orang penginap, water chalet, chalet di tepi sungai, dan rumah unik yang dipanggil Apachi. Selain ini semua, anda juga boleh merasai pengalaman bercamping atau berglamping yang turut ditawarkan.
Sebelum bersantap, anda boleh bermandi-manda di kolam renang atau sungai di sini. Ada banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan seperti memanah, ATV, berbasikal, aktiviti 4×4, meredah hutan dan banyak lagi. Memang tak rugi melawat Tempat menarik di Janda Baik ni.
Sailor’s Rest Resort
Rumah percutian di Banjaran Titiwangsa ini menawarkan atmosfera yang cukup menyegarkan dalam lanskap yang megujakan pandangan mata.
Sailor’s Rest menawarkan pelbagai pilihan penginapan dengan suasana yang berbeza mengikut citarasa anda. Jika anda inginkan penginapan yang simple, anda boleh memilih On-room Annex ataupun Chalet Moden. Jika anda inginkan penginapan dalam suasana kampung dengan ruang balkoni yang menyajikan pemandangan taman hijau, Kampung Chalet adalah pilihannya untuk tempat menarik di Janda Baik..
Sekiranya anda ingin berumah di atas bot yang dikelilingi air yang tenang, bookinglah Boathouse yang ditawarkan Sailor’s Rest, dapatlah anda merasai pengalaman yang lain daripada biasa. Tak berani berumah di atas air? Anda juga boleh mendapatkan percutian unik di sini dengan cara berglamping ataupun berglamorous camping.
Memang terbaiklah! Tapi kalau anda ingin terus terjun ke dalam air tanpa perlu berjalan jauh dari penginapan, anda boleh memilih banglo yang ditawarkan kerana sungai terletak betul-betul bersebelahan dengannya.
D’Villa Janda Baik
Menginap di D’Villa Janda Baik dapat memberikan anda sekeluarga sebuah suasana percutian dengan keindahan yang tak dapat diungkapkan.
Dikelilingi oleh alam semula jadi hutan hujan yang dapat memperbaharui segenap tubuh anda dengan oksigen yang bersih lagi menyegarkan. Melihat reka bentuk penginapan di sini juga, cukup menarik mata.
Dekorasi dalaman penginapan-penginapannya tidak kurang hebatnya, masing-masing diberikan sentuhan berbeza mengikut jenis bilik seperti Rainforest Rooms, European Premier Room, Modern Premier Room, Modern Family Room dan yang paling istimewa sekali adalah Balinese Executive Room.
Seperti namanya, Balinese Executive Room, diberikan sentuhan yang menggabungkan budaya dan tradisi Bali, sebuah atmosfera yang cukup sesuai untuk dinikmati di dalam ketenangan alam semula jadi.
Seri Pengantin Resort
Resort butik, Seri Pengantin Resort yang terletak di kaki bukit, Kampung Janda Baik ini dapat membawa anda sekeluarga ke dalam sebuah dunia penuh keindahan yang memukau, dengan lanskap taman tropika yang indah, dan air kolam yang tenang, di samping bunyi burung berkicauan, hilang segala beban di fikiran.
Resort ini menawarkan penginapan yang direka dengan sentuhan kekampungan untuk menambahkan sensasi kepuasan bersama alam. Sesetengah bilik di hotel ini turut memiliki ruang balkoni sebagai tempat bersantai untuk menikmati udara dan pemandangan yang menyegarkan.
Antara bilik-bilik yang terdapat di sini adalah Standard Economy Garden View Room yang memiliki pemandangan tasik dan taman tropika dari ruang balkoni, Deluxe Lake View Room dengan pemandangan kolam ikan dan tasik dari balkoni, Lavender (Open Plan Room) dengan pemandangan kolam renang serta kemudahan akses ke sungai, Cempaka Sari dan Garden Villa (Open Plan Room with Living Area), dan akhir sekali adalah Mayang Melati Room.
Aman Rimba Private Estate
Ketenangan dan kesegaran, inilah yang dapat anda sekeluarga rasai di Aman Rimba Private Estate di suatu pelusuk Janda Baik, sesuai dengan lokasinya yang terletak di Jalan ‘Damai’. Sememangnya menginap di sini dapat memberikan kedamaian yang didambakan setelah berhari-hari melalui kesibukan hidup di bandar.
Penginapan dengan reka bentuk kampung Melayu tradisional ini terletak di tepian Sungai Benus yang sentiasa mengalirkan air yang jernih.
Terletak pada ketinggian 415 meter dari aras laut, anda sekeluarga dapat menikmati kesegaran udara dan suhu yang selesa sambil ditemani bisikan pohon-pohon yang ditiup angin.
Alangkah indahnya percutian di sini sekiranya anda melengkapkannya lagi dengan menempah makanan yang disediakan pihak katering penginapan, makanan-makanannya dihasilkan dari bahan-bahan yang cukup segar sehingga dapat dikesan oleh deria rasa.
Sudah puas menikmati menu yang disediakan, anda boleh mencuci mulut dengan memetik buah-buahan segar yang terdapat di dusun tanah Aman Rimba ini. Antara buah yang terdapat di sini adalah manggis, langsat, durian, mata kucing, rambutan, cempedak dan banyak lagi.
Chalet Mamapapa
Ingin merasa perasaan menginap di rumah yang dikelilingi dengan pokok-pokok buah yang boleh dipetik dan terus dinikmati? Bukan itu sahaja, keluar sahaja dari bilik, terhidang keindahan air sungai yang bersih di depan mata.
Anda yang menginap di sini tidak perlu risau dengan lokasi sungai yang terlalu dekat walaupun travel bersama anak-anak kerana air sungainya tidak terlalu dalam. Menarik sekali suasana di sekitar Chalet Mamapapa ini bukan?
Bukan itu sahaja, Chalet Mamapapa juga menyediakan fasiliti yang lengkap seperti surau, padang untuk beraktiviti dan khidmat katering yang menyediakan makanan yang pergh! Cukup menyelerakan!
Saufiville Boutique Resort
Resort butik, Saufiville Boutique Resort yang terletak pada ketinggian 1800 kaki dari aras laut ini menawarkan pemandangan yang menggegarkan jiwa keindahannya.
Tanah yang berkeluasan 12 ekar ini dikelilingi oleh flora dan fauna yang tidak ternoda sama sekali. Kedengaran macam sebuah lokasi yang jauh dari ibu kota bukan?
Sebenarnya lokasi resort ini hanyalah memakan masa 45 minit pemanduan dari Kuala Lumpur. Siapa sangka sebuah destinasi seindah ini terletak begitu dekat dengan bandaraya metropolitan. Sekiranya anda menginap di sini, anda akan ditemani dengan suhu yang selesa dari 23 ke 30 darjah Celsius sambil menikmati pemandangan air sungai.
Mengenai penginapan di sini pula, resort ini menawarkan 6 buah penginapan jenis bilik dan 13 buah dorm untuk anda yang datang beramai-ramai.
Danau Daun Chalet
Teringin mengetahui bagaimana rasanya menginap di dalam rumah kampung yang elegan? Maka menginaplah di Danau Daun Chalet.
Terdapat beberapa jenis penginapan yang ditawarkan di sini, antaranya adalah Teratak Air yang lengkap dengan kolam renang peribadi di kaki bukit, Hillside Cottage dengan kolam renang peribadi berlatar belakangkan pemandangan hutan hijau, Danau Daun I & II yang terletak di tepi kolam ikan dan Danau Daun III yang memiliki kolam peribadi dan terletak di sebalik kafe. Yang mana yang menjadi pilihan hati anda?
Bukan itu sahaja, di setiap chalet ini terdapat bbq pit masing-masing. Namun begitu, anda perlu membawa peralatan bbq yang lain seperti arang dan perkakasan sendiri.
Suria Hills Country House
Menggabungkan reka bentuk moden dan elegan dengan sentuhan rumah kampung Melayu, Suria Hills Country House yang terletak di tanah berkeluasan 3 ekar ini dapat memberikan anda pengalaman percutian yang membawa ketenangan.
Dikelilingi oleh taman berlanskap indah, air sungai yang mengalir jernih dan pohon-pohon yang berbuah segar, Suria Hills Country House adalah sebuah penginapan yang tepat bagi anda yang termimpi-mimpi akan suasana sebegini.
Le’ Manah Retreat
Le Manah Retreat yang terletak di Kampung Chemperoh, Janda Baik ini menawarkan penginapan yang penuh dengan keselesaan dan padat dengan fasiliti menarik untuk anda sekeluarga beraktiviti.
Antara yang terdapat di sini adalah kolam renang, gelanggang badminton, gelanggang tenis dan lain-lain lagi. Anda juga boleh merancang aktiviti ATV melalui pihak penginapan dengan caj sekitar RM35 untuk trek 3 kali pusingan di sekitar kesegaran flora dan fauna Janda Baik.
Sebenarnya banyak lagi aktiviti lain yang boleh dirancang sekiranya anda menginap di sini, nak tahu lebih lanjut? Anda boleh melayari laman web Le’ Manah Retreat.
Fifty4Ferns
Chalet dengan sentuhan moden dan kontemporari, Fifty4Ferns ini berdiri di atas tanah berkeluasan 10 ekar yang dikelilingi oleh lanskap yang mengujakan pandangan sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki.
Fasiliti yang disediakan juga cukup menarik untuk sebuah percutian yang penuh makna seperti kolam renang, jakuzi outdoor, kolam ikan, kafe, pondok rehat, trek jogging, petting zoo, gelanggang serbaguna dan banyak lagi.
Untuk pengetahuan anda, terdapat 12 buah chalet yang disediakan di sini yang memiliki luaran inspirasi daripada rumah Melayu klasik dengan sentuhan dalaman berkonsep moden kontemporari.
Chalet yang terletak 700 meter dari aras laut ini menawarkan udara yang kesegarannya menghilangkan lara hati dan melapangkan dada. Fifty4Ferns cukup sempurna bagi anda yang mendambakan percutian yang penuh kuasa terapeutik.
Suunah Koruss Resort
Penginapan dalam suasana kampung namun lengkap dengan kemudahan moden, Suunah Koruss Resort pasti dapat memberikan anda sekeluarga pengalaman percutian yang mustahil dapat dilupakan.
Dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi dan berhadapan dengan sungai jernih, Suunah Koruss Resort menawarkan beberapa jenis penginapan untuk dipilih seperti Villa Irama, Getaran Jiwa, Horee-horee, Villa Jalan Ampas, Villa Panggung, Retro House dan macam-macam lagi yang termasuklah khemah.
Macam pernah dengar je nama-nama penginapan yang tersedia kan? Ya, sebenarnya resort ini dinamakan ala-ala P.Ramlee kerana suasananya yang persis zaman kehidupan lagenda sepanjang zaman, P.Ramlee. Menarik bukan?
Selain itu, resort ini turut menyediakan banyak fasiliti menarik yang menjadikan ia wajib dipilih sebagai penginapan pada musim cuti nanti seperti tempat berbbq, kolam renang, gelanggang badminton, tempat duduk di tepian sungai dan bermacam-macam lagi.
Pondok Impian
Penginapan impian penduduk kota, Pondok Impian ini terletak hanyalah 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur.
Pondok Impian menawarkan beberapa jenis penginapan yang terdiri daripada chalet keluarga, chalet VIP, exclusive honeymoon chalet-style Minang dan bilik dorm yang boleh menampung 15 orang penginap pada satu-satu masa. Mana satu yang kedengaran sesuai dengan keperluan penginapan anda?
Bukan sahaja memiliki pilihan penginapan yang pelbagai, fasiliti yang disediakan juga amatlah lengkap dengan kolam memancing, kolam renang yang menggunakan air terjun yang menyegarkan, kemudahan karaoke, mini cinema, set bbq, dan banyak lagi.
101 Resort & Spa
101 Resort & Spa adalah sebuah penginapan bertaraf 3 bintang yang menghidangkan alam flora dan fauna sebaik melangkah keluar dari pintu bilik.
Dikelilingi hutan dan juga menjadi laluan sebatang air sungai yang jernih bak kristal, menginap di resort ini menjadikan anda seorang yang lain dari biasa, mungkin jauh lebih tenang dengan wajah yang lebih ceria ditambah pula dengan udara segar yang sentiasa menyapa.
Di sinilah anda dapat mengembalikan kesihatan tubuh yang telah lama dicemari udara di kota. Tidak cukup dengan itu, anda boleh memaksimakan nikmat pecutian dengan mendapatkan rawatan spa resort ini yang sangat melegakan badan.
Serene Retreat
Serene Retreat adalah sebuah penginapan yang berkonsepkan Bali. Lokasinya adalah di sekitar Arena of Stars dan juga tokong Gua Chin Swee.
Serene Retreat menawarkan 7 buah bilik yang masing-masing lengkap dengan ruang balkoni untuk anda menikmati udara segar dan pemandangan mendamaikan tanpa mengira masa.
Kemudahan lain yang disediakan di sini adalah kolam renang, spa, dan khidmat sewaan basikal sekiranya anda ingin bersiar-siar sambil menikmati dengan sepuasnya sentuhan angin di sekitar Tempat menarik di Janda Baik..
Bidaisari Resort
Bidaisari Resort yang terletak di Kampong Sum Sum ini menghidangkan para penginap dengan pemandangan air sungai dan kolam renang. Resort yang dihiasi dengan keindahan alam ini dapat membantu anda relaks dan melupakan masalah yang ada.
Pemandangan di sekitar penginapan yang termasuklah tasik dan pokok yang berbuah mekar. Di samping penginapan yang dihias dengan konsep yang cukup eksklusif dan penuh dengan keselesaan membuatkan wang yang dikeluarkan terasa sangat berbaloi.
Bukan itu sahaja, Bidaisari turut memiliki kandang kudanya sendiri yang terletak bersebelahan dengan resort. Anda boleh mendapatkan pakej penginapan dan menunggang kuda jika ini adalah salah satu aktiviti yang ingin anda lakukan.
Kanopi Villa
Seperti nama yang diberi, Kanopi Villa menawarkan tempat penginapan yang berbumbungkan kanopi yang lengkap dengan kemudahan seperti katil yang selesa. Pendek kata, di Kanopi Villa ini anda dapat mencuba berglamping bersama yang tersayang.
Di samping itu, Kanopi Villa turut memiliki pusat aktiviti yang terbahagi kepada banyak bahagian untuk memberikan anda privasi sewaktu bersantai.
Di pusat aktiviti, anda boleh bermain bermacam permainan papan, menonton TV atau sekadar menikmati minum petang.
Terletak di Kampung Cherenging dan salah satu Tempat menarik di Janda Baik. Happy Paradise sememangnya adalah syurga bagi keluarga yang datang menginap. Rasanya, dah datang sekali, memorinya pasti akan sentiasa terngiang-ngiang di ingatan.
Penginapan indah ini memiliki pohon-pohon berbuah mekar yang boleh dipetik untuk dinikmati. Tambahan pula dengan sambil melawat zoo mini, taman permainan, kolam renang, kandang kuda, kawasan bbq dan banyak lagi. Anda dapat meluangkan masa berkualiti yang penuh santai sepanjang penginapan. Percayalah, seminit pun tak akan berlalu tanpa keseronokan.
NHZ Country House
NHZ Country House yang berdiri di atas tanah berkeluasan 1 ekar ini menawarkan penginapan dengan atmosfera penuh keselesaan. Seperti di rumah sendiri, lengkap dengan katil empuk yang sentiasa memanggil untuk membuai anda dengan mimpi indah.
Bangun sahaja dari tidur lena, anda boleh keluar untuk menikmati keindahan taman hijau sambil menghirup udara segar. Sekiranya anda menginap di sini, antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah berbasikal, berbbq dan sebagainya.
Jadi begitu kira-kira beberapa Tempat menarik di Janda Baik yang boleh di kunjungi bersama-sama keluarga.
Sumber: maisinggah.com
Baca Juga: Aktiviti Menarik Di Tasik Kenyir | Largest man-made lake!!