Senarai Tempat Menarik Di Negeri Johor

Anda ingin bercuti di tepi pantai dan pulau atau anda merupakan seorang penggemar aktiviti, atau pun anda seorang serajahwan yang ingin melihat monumen dan bangunan bersejarah? Anda mahu merasa makanan tempatan yang enak lagi asli? Atau mungkin anda seorang kaki shopping dan gemar barangan yang berkualiti tinggi dan berjenama terkenal pada harga yang murah? Anda mahukan semua ini ketika anda ingin bercuti?

Tak perlu risau kerana sebuah negeri di selatan Semenanjung Malaysia menyediakan semuanya untuk anda. Johor Darul Takzim, sebuah negeri yang kini pesat membangun, kaya dengan pelbagai keunikan dan tarikan pelancong yang tidak putus-putus. Disini, kami ingin menyenaraikan tempat-tempat yang menarik di negeri johor untuk anda melawatinya.

1. Legoland Malaysia

Legoland merupakan sebuah destinasi dan antara tarikan utama di Johor. Sebuah taman tema berkonsepkan lego ini mampu menjadi destinasi tumpuan keluarga kerana ia mampu menarik minat kanak-kanak. Bukan hanya kanak-kanak sahaja yang tertarik, orang dewasa juga akan berasa seronok sepanjang berada disini.

taman tema ini mempunyai pusat penginapan sendiri yang menawarkan lebih 70 daya tarikan dan aktiviti menyeronokkan. Antaranya ialah tunggangan (rides) yang terdiri daripada Dragon’s Apprentice dan Project X. Terdapat juga gelongsor air yang amat menyeronokkan seperti Lego Slide Racer dan Brick Blaster.

Selain itu, pengembaraan anda bukan hanya terhenti setakat itu sahaja. Anda boleh meneruskannya lagi di Legoland Water Park untuk lebih aksi yang bertemakan air.

Jika anda ingin meluangkan hari dan malam anda disana, anda boleh menginap di Hotel Legoland dan terus merasa kagum dengan rekaan bilik penginapan yang bertemakan Lego.

2. Pantai Desaru

Pantai Desaru merupakan destinasi perlancongan yang sentiasa menjadi tumpuan penduduk disekitar Johor Bahru dan juga Singapura serta pelancong lain dari dalam dan juga luar negara. Keindahan dan kecantikan alam semulajadi serta udara pantai yang nyaman sentiasa menjadikan Pantai Desaru sebagai sebuah tempat yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga. Berbagai-bagai aktiviti menarik boleh didapati disini antaranya ialah seperti snorkeling,  jet ski, dan parasailing.

Bagi peminat aktivtiti surfing, anda boleh berkunjung ke sini pada Disember hingga Februari di mana pada waktu itu ombak agak kuat dan sesuai untuk aktiviti peluncuran. Selain itu, anda boleh melihat kunang-kunang di Sungan Lebam pada waktu malam untuk melengkapkan percutian anda di sini.

Ramai pelancong atau pengunjung yang mengatakan bahawa antara tarikan utama Pantai Desaru adalah pasirnya yang putih. Ramai juga yang bersetuju bahawa Pantai Desaru merupakan antara pantai yang terbaik yang terdapat di negeri Johor.

3. Gunung Ledang

Gunung Ledang merupakan antara gunung yang terkenal di Malaysia. Ia juga merupakan tempat menarik di Johor bercirikan pergunungan yang sangat sesuai untuk aktiviti Hiking. Bagi mereka yang gemar hiking, Gunung Ledang menawarkan pengalaman berbeza kerana ia menawarkan beberapa trail dan strating point yang berbeza.

Pendakian yang biasanya mengambil masa selama 5 hingga 6 jam tidaklah sesenang yang disangka. Trek di gunung in berbatu dan licin serta ada bahagian yang memerlukan bantuan tali untuk sampai ke puncak.

Ia terletak di daerah Ledang, Johor. Gunung Ledang bersempadan dengan negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Ia terletak dibawah pengurusan dan pengawasan Perbadanan Taman Negara Johor dan mula beroperasi pada bulan Julai 2003.

4. Bazar Karat, Johor Bharu

Bazar karat ini memang dibuat khas kepada peminat uptown atau pasar malam. Anda boleh datang ke sini pada setiap hari. Kemeriahan kehidupan malam di sini telah menarik pelbagai perhatian penduduk sekitar Malaysia dan juga termasuk Singapura untuk datang menikmati suasana di sini. Terdapat pelbagai jenis barangan dijual di sini, antaranya baju dan seluar, cenderamata, kasut dan sandal, wangian dan bermacam lagi.

Bazar Karat ini menjadi tumpuan ramai kerana pengunjung boleh tawar menawar ketika berurus niaga dengan penjual di sini. Selain itu, anda boleh berehat di gerai-gerai makanan yang terdapat di sekitar bazar ini sambil melayan persembahan muzik jalanan yang berbakat yang dipanggil Busker. Dan bagi peminat barangan bundle dan rare, Bazar Karat pasti menjanjikan satu pengalaman yang berharga untuk anda mencari barang-barang pilihan anda. Bagi peminat patung aksi ( action figure ), anda juga boleh datang dan tengok sendiri barang yang selalu ada stok.

5. JB City Square

Ini adalah tempat menarik di Johor untuk mereka yang gemarkan membeli belah. Antara tarikannya juga adalah bangunan yang sangat cantik dan unik. Pusat beli belah yang terletak di tengah-tengah bandaraya Johor yang strategik ini mengandungi lebih daripada 300 peruncit yang terdiri daripada barangan fesyen, gerai makanan, dan pusat hiburan. JB City Square ini bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk Johor Bahru untuk keluar pada hujung minggu, malahan penduduk Singapura juga selalu datang ke sini untuk membeli belah.

Related Posts