Percutian Bajet ke Cameron Highland

Cameron Highland

Pada post kali ini kami akan kongsikan percutian bajet ke Cameron Highland. Ini adalah 10 tempat menarik di Cameron Highland. Awas post ini sangat panjang tapi insyaAllah berbaloi untuk sesiapa sahaja yang berhajat ke Cameron Highland.

Kita mula dengan Bismillah.

1.CAMERON VALLEY TEA HOUSE.

Cameron Highland

Kalau kita ingin ke Cameron Highland melalui Tapah, ini merupakan cafe pertama yang kita akan temui. Dah penat naik pusing-pusing singgah minum teh dulu sedap juga kan.

Memang terbaiklah dapat tengok view ladang teh yang luas menghijau sambil minum teh tarik. Confirm tak jemu mata memandang sambil layan minum teh bersama keluarga mahupun kawan-kawan.

Boleh dikatakan teh tarik sini sedap tambah-tambah lagi kalau nak jalan jalan ke ladang teh pun boleh FREE sahaja.

2. BOH CENTER SUNGAI PALAS.

Cameron Highland

Untuk ke Boh Centre Sungai Palas ni, anda kena drive lagi dan yang paling penting skill driving kena power sebab jalan sempit dan ditambah pula bengkang bengkok di tepi cerun bukit. Apapun, kena sentiasa berhati-hati semasa memandu tau. Keselamatan harus dijaga juga.

Pemandangan sepanjang jalan adalah ladang teh yang luas menghijau. Satu pemandangan yang sangat cantik dan sudah pasti memukaukan bagi mereka yang berkunjung ke Cameron Highland.

Sampai je tempat parking, kita kena mendaki sikit naik ke atas untuk ke tempat BOH tu. Boleh tahan penat jugalah nak sampai ke atas tu, tapi berbaloi.

Dekat atas tu ada Cafe, kedai jual produk BOH, infomasi cara memproses daun teh dari daun sampai lah ke serbuk. Dan boleh tengok secara LIVE cara pemprosen serbuk teh dengan berkunjung ke kilang pemprosesannya dan yang lebih menyeronokkan adalah masuk PERCUMA saja.

View di BOH center ni kena pandai cari sudut yang sesuai tau, sebab waktu saya datang banyak daun teh yang sudah kering. Jadi untuk bergambar, pandai-pandailah ya nak cari angle yang paling menarik.

3. MARDI.

Cameron Highland

Bila sebut MARDI, mungkin ada yang beranggapan tempat sempit dan tidak menarikkan. Sebenarnya, kawasan MARDI ni tempat dia luas dan menarik. Tanaman yang di tanam di dalam kawasan ini lebih kepada tanaman yang MARDI itu sendiri usahakan.

Contohn tanaman yang ada di Taman Agroteknologi MARDI ini ialah anggur, strawberry, Epal, bunga ros,dan macam macam lagi tanaman yang sesuai dengan suhu sejuk.

Kemudahan seperti surau, tandas dan beberapa kemudahan lain turut disediakan bagi memudahkan pengunjung dan menjamin keselesaan kepada pengunjung.

Di Taman Agroteknologi MARDI ini juga sangat cantik untuk tangkap gambar sebab banyak jenis tanaman yang kita jarang-jarang jumpa tetapi ada dekat sini. Harga tiket yang dikenakan juga sangat berpatutan jika dibandingkan kemudahan yang disediakan di sini.

4. TAMAN AGRO TOURISM

Cameron Highland

Di sini lebih kurang macam MARDI tapi sini lebih padat dengan tanaman sayur dan juga bunga. Sayur-sayur yang di sini semuanya nampak segar dengan warna salad yang hijau dan juga warna bunga dengan bermacam-macam warna. Jangan risau pasal tiket kerana masuk adalah PERCUMA.

5. LAVENDER FARM.

Cameron Highland

Bagi anda yang sangat menggemari akan bunga lavendar, anda wajib datang ke Lavendar Farm ini. Warna-warna bunga yang sangat memukau setiap yang melihatnya. Sememangnya satu pemandangan yang teramat cantik.

Di sini bukan sahaja bunga lavender yang ada, tetapi banyak lagi jenis bunga warna lain. Di sini, anda tak perlu susah-susah nak berebut nak angle yang menarik untuk bergambar sebab boleh dikatakan macam manapun anda posing, memang akan cantik.

6. TAMAN SEDIA.

Cameron Highland

Dekat sini ramai penduduk melayu. Banyak strawberry farm milik bumiputera. Kalau nak makan breakfast atau nasi berlauk boleh cari dekat sini. Kebanyakan tempat lain serius susah nak dapat nasi berlauk.

Macam saya breakfast di Cafe Abang Strawberry. Yang istimewanya ada sambal strawberry dekat Cafe Abang Strawberry ni. Boleh tahan sedap juga sambal dia.

Sini juga boleh petik buah strawberry dan ada beberapa yuran tertentu yang akan dikenakan. Selain Abang Strawberry ada cafe YZ strawberry farm. Yang bestnya ada aiskrim malaysia berperisa strawberry. Sedap gila, rugi kalau tak cuba. Tempat lain ada tapi tak sesedap dekat sini.

7. TIME TUNNEL.

Bagi anda yang bru pertama kali ke sini, ini bukan ladang tanaman atau sayuran tau. Di sini merupakan satu tempat di mana koleksi barangan lama dikumpulkan. Siapa suka barangan antik atau nak menggamit memori zaman kanak kanak boleh singgah sini.

Terdapat berbagai-bagai barang antik yang di pamerkan di sini dan anda juga boleh tengok gambar contoh barang lama yang ada di sini.

8. Tempat MAKAN di WAKTU MALAM.

Malam di Cameron macam tak tahu nak jalan mana sangat. Sebab dekat sini majoriti tutup awal. Pukul 6 or 7 banyak kafe yang dah tutup.

Jadi malam famous dengan STEAMBOAT & GRILL. Mana tak famousnya sejuk-sejuk memang best makan makanan  yang masih panas-panas.

Banyak tempat steamboat yang kami nampak. Tapi kami pilih ke STEAMBOAT ABANG STRAWBERRY. Lokasi dia Belakang stesen bas Tanah Rata. Boleh pakai waze. Rate harga standard lah makan steamboat.

9. Beli belah barangan dari Cameron.

Kalau pergi cameron mesti nak beli buah tangan untuk bawak balik. Boleh jalan jalan ke KEA FARM, sini memang deretan gerai jual sayur sayur dari Cameron Highland dan juga buah strawberry. Buka setiap hari.

So kena pandai lah survey harga dulu. Takdelah dah beli strawberry gerai ni RM 25 lepas tu jalan depan sikit tengok tengok gerai sebelah jual RM 20. Kan menyesal tak sudah tu. 1 benda special dekat KEA Farm ni strawberrt coklat dia. Cari di bahagian awal awal masuk. Mesti try.

10. TEMPAT TEMPAT cantik untuk tangkap gambar.

Haritu viral Hotel Smurf Inn di Cameron Highland ini cantik sangat. Ya memang cantik. Sebenarnya kita boleh masuk tempat-tempat cantik macam tu dan tak perlu check in ataupun bayar.

Anda cuma perlu cakap saja pada guard nak tangkap gambar. Diorang faham sangat. Dan kalau nampak tempat cantik just singgah kejap untuk snap picture 2 3 keping and jalan. Itu lah yang kami buat sepanjang di sana.

Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat menjadi rujukan untuk anda yang baru ataupun yang dah berkali-kali ke Cameron highland tapi masih tercari-cari tempat yang menarik untuk di lawati.

Related Posts