Macam Duduk Di Overseas! 10 Tempat Menarik Di Malaysia yang sama dengan Luar Negara. (Part 2)

Disebabkan PKP ni kan, mesti ramai yang sedih sebab tak boleh keluar jalan-jalan. Lagi-lagi yang selalu jalan-jalan dekat Luar Negara.

So, buat masa sekarang kita lupakan Oversea, kita layan yang “Insea” jer tapi dia punya feel dah macam “Oversea”.

10 Tempat Menarik Di Malaysia yang sama dengan Luar Negara.

 

1. Taman Botani Putrajaya (Europe)

Bunga Matahari dan Pagar Kayu yang ada dekat sini memang tersusun rapi dah macam duduk di Europe dah dia punya pemandangan ni lagi-lagi dengan sekelilingnya ada banyak pokok rhu.

Taman Botani

Kebiasaan orang datang kesini untuk berjogging, tetapi kalau setakat berjogging memang rugi la kan, suasana pemandangan dah macam oversea tapi tak ambil gambar.

Taman Botani

Note untuk para “single” datang ramai-ramai dekat sini, nanti menangis tiada air mata pulak.

 

2. Toppen TGV (Amerika)

Ni kalau tengok tajuk, mesti pelikkan sebab TGV tu wayang, ada ke wayang yang pelik dan menarik di Malaysia macam oversea?

Toppen TGV

Hahaha, sebenarnya menarik tu adalah kafe yang ada dalam TGV Toppen. Kafenya seakan kafe Coke yang pertama dalam dunia. Sebijik macam dekat USA sana siap ada Jukebox macam ala-ala gaya 1950-an.

Toppen TGV

Ni kalau kafenya tutup, maklumlahkan PKP ni wayang jadi tenat, bolehlah pergi ke Retro A&W PJ. Gaya nya sama.

Toppen TGV

Kalau tutup jugak, jangan risau ada alternatif ketiga, KFC Bukit Raja.

 

3. Ladang Bunga Matahari (Thailand)

Ladang Bunga Matahari

Tempat ni memang penuh dengan bunga Matahari, almaklumlah, dah nama pun ladang Bunga Matahari, tetapi apapun memang tak perlu naik flight nak pergi ke Thailand tu sebabnya dekat Malaysia pun ada.

Ladang Bunga Matahari

Disini ada walaupun cikit jer, setakat untuk shooting dan bergambar, memang sesuai dah. Ini kawasan dekat Taman Ular, Perlis.

Ladang Bunga Matahari

Yang dekat Kuala Lumpur, boleh pergi Sunflower Garden Bagan Dato, Perak. Memang suasana dah macam dekat Thailand tu.

Ladang Bunga Matahari

 

4. Masjid Sendayan, Negeri 9 (Tanah Suci)

Masjid Sendayan

SubhanAllah, sekali tengok macam Taj Mahal, dua kali tengok macam Masjidil Haram. Mana-mana lah tapi yang penting sekali Masjid ni sangat cantik dan ada dekat Malaysia.

Masjid Sendayan

Ini sambil-sambil bergambar, boleh berjemaah sekali dekat Masjid Sendayan ni. Di ruangan dalamnya juga memang penuh mewah, dah macam hasil tangan pembuat tu memang diimport dari Oversea.

 

5. Train E&O (Europe)

Train E & O

Train ni sekali kita naik, dah ibarat duduk negara lain dah, tapi nasib baik bila tengok pemandangan luar dan kiri kanan, boleh sedar balik sebab semua muka sawo matang macam kita.

Train E & O

Feeling duduk dalam train ni dah macam berlakon dalam filem Hollywood dah dengan rekaan bentuk bahagian dalam train tu yang unik.

 

6. Kota Iskandar, Johor (Sepanyol)

Kota Iskandar

Kawasan disini besar, tambah lagi banyak bangunan yang cantik-cantik untuk bergambar.

Disebabkan saiznya, dan jumlah orang yang datang ke sini pun tak mcam yang pergi Legoland, kawasan ini best untuk berOOTD berkali-kali.

Kota Iskandar

Bangunan nya pulak dah macam gaya istana Al Hambra dekat Spain tu. Bila dah puas OOTD dekat sini boleh pergi main air kat Desaru.

 

7. Pantai Kekabu (Jepun)

Kekabu

Macam mana boleh nak kata macam dekat Jepun ni kan sebab tak pernah nampak pun sebelum ni. Haaa, ini kalau ada cik abang yang belajar kat Okinawa atau Hokkaido dan pernah ke tepi laut, mesti pernah nampak benteng dengan tetrapod.

Kekabu

Tapi dekat Malaysianya, ini memang rare. Untuk view macam dekat Jepun, boleh ke Pantai Kekabu.

Kekabu

Di Jepun sana tu, tetrapod ni digunakan untuk menghalang ombak dan tsunami, Tapi kat sini, viral sebab orang buat bergambar masuk IG.

 

8. Jerami Gulung (Texas,US)

Jerami Gulung

Bila dengar Jerami ni ingat dekat padi la kan, jadi tak lani tak bukan dekat Kedah lah tempat nya. Boleh cari kampung Kuala Dulang Kechil.

Jerami Gulung

Kalau nak power lagi, datang sini bawa kuda dan ATV. Tapi suasana ni cuma ada 3 bulan je, bila dah sampai waktu kemarau setiap tahun. So, nak plan kesini kena berhati-hati.

 

9. Beach Street Penang (London)

Beach Street Penang

Dekat sini, kalau anda betul-betul pandai ambil gambar, memang tak ada siapa tahu yang anda berada dekat Penang.

Beach Street Penang

Dengan bangunan nya yang tinggi-tinggi. Warnanya pula kelabu-kelabu, memang dah duduk di London dah ha lagi-lagi kepada orang yang telah jejak di jepun.

Beach Street Penang

Ini kalau anda datang awal dan pakai baju tebal-tebal, orang lain dah syak yang kita ke oversea dalam pkp ni. Dah taraf Menteri haa.

 

10. Masjid Wilayah (Turki)

Masjid Wilayah

Orang KL memang biasa solat dekat sini, tetapi pada orang luar KL, boleh datang ke sini singgah kalau nak tengok masjid moden yang bergaya macam dekat Turki.

Masjid Wilayah

Kawasan luarnya kalau dari atas, nampak macam Masjid Biru, rasa tenang, rasa sejuk boleh hilang segala runsing dan boleh menenangkan hati tu.

 

 

Sumber: JomJalan.com

Jom Baca: Sedang bercuti di luar negara, TIBA-TIBA ada stranger follow dari belakang! 11 Tips keselamatan semasa melancong di Luar Negara.

Related Posts