31 Tempat Menarik Di Melaka | Percutian Sekeluarga

Kaya dengan kesan peninggalan sejarah dan penuh dengan tarikan moden menjadikan negeri Melaka destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Di Melaka terdapat banyak destinasi pilihan warga Ibu Kota yang dijadikan tempat percutian yang menarik untuk melarikan diri daripada kesibukan bandar.

Jika anda ingin tahu dimana sebenarnya destinasi tumpuan di negeri bersejarah ini, disini terdapat 31 tempat menarik di Melaka agar anda mendapat inspirasi masa merancang percutian ke Melaka nanti.

Kota A Famosa

Kota A Famosa dipilah sebagai tarikan penutup tirau entri ini kerana ia sudah lama dikenali sebagai mercu tanda paling popular di Melaka. Mengikut sejarah Ia didirikan oleh penjajah Portugis sebagai kubu pertahanan mereka di Melaka.

Pada tahun 1807 banyak kebanyakkan dari pada bangunan ini telah diruntuhkan dan yang tinggal adalah sebahagian daripada pintu gerebang dan Portade Santiago. Apa yang dapat dilihat sekarang hanya sebahagian kecil sahaja daripada kubu asal.

Ini adalah tarikan yang wajib dilawati semasa anda bercuti ke Melaka nanti kerana ia merupakan satu detik penting dalam sejarah Negara kita.

Jonker Walk

Jonker Walk ini destinasi wajib dilawati semasa melancong ke Melaka nanti. Jonker Walk ini terkenal sebagai tempat membeli belah yang popular di Bandar Melaka.

Jika anda malas hendak bejalan anda boleh menaiki beca yang dihias penuh dengan lampu. Jika anda mencari kedai yang menjual cenderamata anda pasti menjumpainya di sini.

Mahkota Parade

Mahkota Parade memulakan operasinya pada tahun 1994 dan kini menempatkan hampir 200 buah kedai yang terdiri daripada jenama-jenama antarabangsa, makanan dan tempat berhibur.

Pusat membeli-belah ini lengkap dengan lebih daripada 1000 tempat meletak kereta dan dikelilingi oleh tarikan-tarikan yang menarik di Melaka seperti Kota A Famosa, St. Paul’s Hil dan pusat membeli-belah yang lain, Dataran Pahlawan mall.

Apa yang anda ingin lakukan? Nak membeli barangan keperluan? Ada Giant Hypermarkat. Nak berhibur? Anda boleh menonton movie terbaru di panggung wayangnya. Nak shopping? Mahkota Parade turut memiliki Parkson, The Body Shop dan banyak lagi!

Dah berpeluh-peluh berjalan di sekitar Melaka, inilah waktunya anda sekeluarga boleh menyejukkan badan dalam aircond mall.

Casa Baba Gallery

Casa Baba Gallery adalah sebuah lagi lokasi di mana anda dapat merasai pengalaman hidup di dalam era lama dan bersatu dengan budaya baba nyonya. Di sini anda dapat melihat pameran dengan setting klasik menggunakan pelbagai barangan antik.

Bukan itu sahaja, anda turut boleh memakai pakaian tradisional baba nyonya untuk bergambar dengan latar belakang setting-setting klasik yang disediakan. Yang bestnya, anda mendapat privasi untuk meluangkan masa seberapa lama sekalipun di dalam galeri ini dengan sekali masuk. Ya, tiada had waktu.

Sebelum pulang, jangan lupa untuk membeli cenderamata atau kraftangan hasil buatan penduduk tempatan yang dijual di kedai galeri.

Muzium Islam Melaka

Sedang anda berjalan-jalan di sepanjang Jalan Kota, Melaka, Muzium Islam Melaka, pandangan mata anda pasti akan terlihat sebuah bangunan bertona merah ini.

Bangunan ini pada asalnya digunakan sebagai pejabat Majlis Agama Islam Melaka-MAIM. Namun kini telah menjadi milik Muzium Islam Melaka yang memiliki fungsi yang penting dalam memelihara dan memulihara pelbagai koleksi yang berkaitan dengan Islam.

Antara yang dipamerkan di sini adalah sebuah replika al-quran yang terawal, replika pedang Rasulullah SAW dan juga info sejarah masjid.

Pantai Tanjung Bidara

Sudah puas makan angin di sekitar bandar, nak sejukkan pandangan mata dan mengambil udara segar, anda boleh menuju ke Pantai Tanjung Bidara.

Bermacam aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini dan ini termasuklah bermandi-manda dan berfotografi. Anda sekeluarga dapat bermandi-manda dengan tenang kerana terdapat Menara Kawalan Pantai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang sentiasa mengawal keselamatan kawasan pantai.

Untuk aktiviti fotografi pula, sangat best untuk bergambar kat sini sebab kawasan sekitarnya dihiasi dengan lanskap perkampungan nelayan.

Mengenai kemudahan yang tersedia di sini pula, terdapat kedai-kedai makan, tandas awam, bilik mandi, taman permainan kanak-kanak dan tempat untuk meletak kereta.

Melaka River Park & Cruise

Tertanya-tanya apa cara terbaik untuk menikmati Melaka bila malam mula menjelma? Inilah aktivinya yang tidak patut anda lepaskan! Melaka River Cruise adalah aktiviti yang dapat membawa anda melihat Melaka dari sudut yang berbeza iaitu dari sepanjang Sungai Melaka.

Daripada atas kapal, anda sekeluarga dapat melihat keindahan cahaya penuh warna-warni yang memukau jiwa yang terpancar dari bangunan-bangunan di sepanjang sungai.

Sekiranya anda tidak sempat untuk ke sini pada waktu malam, pemandangan yang terhidang di depan mata di waktu siang juga tak kurang hebatnya. Pada waktu ini, anda dapat menyaksikan kemegahan bangunan-bangunan klasik di sekitar Melaka dengan lebih jelas. Waktu yang diambil untuk satu sesi cruise ini adalah dalam sekitar 30 ke 35 minit.

Apa-apa pun dinasihatkan supaya anda tidak duduk di kawasan terlalu depan dalam kapal kalau tak nak air sungai terpercik pada pakaian, dan apatah lagi kamera yang mahal tu!

Sebelum ke sini juga jangan lupa untuk melawati website mereka bagi menyemak waktu operasi sebab kadangkala ianya tutup pada hari cuti.

Pantai Klebang

Bagi meraka yang kerap datang ke Melaka pasti telah melihat keunikan Pantai Klebang. Ia menjadi sasaran popular pelancong yang melawat Bandar Melaka kerana kedudukan strategiknya yang berdekatan dengan Bandar.

Apabila anda berada di pantai ini bagaikan anda berada di padang pasir dengan bukit-bukit pasir kecil yang menambah kepada keunikan pantai ini.

Zoo Melaka

Kalau anda merancang aktiviti untuk seisi keluarga anda dapat meluangkan masa bersama keluarga di Zoo Melaka. Zoo Melaka merupakan Zoo kedua terbesar di Malaysia dan menjadi rumah kepada 215 spesis haiwan yang berbeza.

Antara haiwan yang boleh ditemui di Zoo Melaka ini adalah Badak Sumatera yang hampir pupus dan Gajah Kecil Asia yang kewujudanya di muka bumi ini juga terancam.

Kolam Air Panas Jasin

Kalau anda mencari tempat untuk bersantai sambil bermain air panas kenapa tak lepak di Kolam air panas Jasin. Anda boleh menjumpai Kolam Air panas Jasin di Kampung Air Panas Bemban.

Terdapat kelengkapan lain seperti tempat permainan kanak-kanak dan tempat letak kereta. Ada yang percaya bahaya air panas dapat membuat kulit anda putih berseri, kalau tak pergi tak tahu.

Taman Burung Melaka

Jangan ingat Kuala Lumpur sahaja ada Taman Burung, Melaka pun ada. Taman Burung Melaka boleh dijumpai di Ayer Keroh berhampiran dengan Taman Botani Melaka. Di sini anda dapat melihat burung berterbangan bebas dan jika anda bernasib baik mungkin berpeluang untuk bermain denga burung tersebut.

Info: Taman Burung Melaka ditutup sementara dari 3 September 2018 untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Anda boleh melayari fb mereka Melaka Bird Park untuk update terbaru.

Melaka Skytrex

Memang kerap di lihat gambar kawan-kawan kita bergayut di media sosial sambil bergemira di Skytrex Melaka ini. Selain daripada Ayer Keroh Skytrex ini juga mempunyai cawangan di Langkawi dan Shah Alam.

Skytrex ini ideal untuk mereka yang suka aktiviti lasak dan mencabar. Disini anda dapat melakukan aktiviti seperti flying fox, tree climbing dan cabaran yang pasti mebuat anda berasa gayat. Selain daripada itu, di kawasan ini juga ada camping, kawasan piknik team building dan bermacam-macam lagi.

Bayoo Lagoon Park

Hanya 15 minit sahaja dari Bandar Melaka, Bayou Lagoon Park merupakan sebuah resort yang mempunyai service apartment, taman tema air dan pusat membeli belah semua di dalam tempat yang sama.

A Famosa Resort

A’Famosa Resort menawarkan beberapa buah taman tema atau tarikan yang tak henti-henti dikunjungi orang ramai iaitu Old West Carniva, Water Theme Park dan juga Safari Wonderland.

Ingin menikmati keseronokan luar biasa bersama keluarga semasa bercuti di Melaka? Anda wajib menjejakkan kaki ke A’Famosa Resort! Sebaik masuk, berat kaki nak tinggalkan tempat ni!

Melaka Wonderland Theme Park

Melaka Wonderland Theme Park & Resort adalah antara taman tema air yang bari dibuka di Negara kita dan boleh ditemui di Ayer Keroh Melaka. Satu fakta menarik tentang tarikan ini, jika dihitung jumlah air didalam semua kolam renang yang terdapat di taman tema air ini ia melebihi 200 juta liter.

Tempat ini memang sesuai untuk seisi keluarga kerana terdapat sebanyak 12 tarikan yang unik dan berbeza seperti Tornado chaser, Kamikaze Race, 1 Big Wave Pool dan Adventure Island.

Taman Buaya

Taman Buaya ini sudah lama menjadi sasaran pelancong ke Melaka dan dibuka kepada orang ramai semenjak tahun 1987. Kawasan kurungan buaya ini di reka untuk menyerupai habitat semulajadi haiwan ini.

Antara spesis buaya yang boleh ditemui di sini adalah Buaya America, Buaya Marsh Mugger India, Buaya Cayman dan lain-lain lagi. Anda juga dapat berhibur dengan tarikan bonus di sini seperti rumah mamalia dan rumah reptilia.

Taman Rama–Rama Melaka

Anda dapat menjumpai ledih daripada 20 spesis rama-rama di Taman rama-rama Melaka. Taman ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu, rama-rama, taman reptilia, taman ikan koi dan lokasi khas untuk bergambar dengan haiwan reptilia iaitu si ular sawa. Ada berani?

Menara Taming Sari

Menara Taming Sari adalah Gyro tower pertama di Malaysia dan dibuka secara rasmi pada tahun 2008. Dengan ketinggian 110 meter, strurtur yang berpusing ini dapat memuatkan seramai 80 oran dan memberi pengunjung pandangan panoramik 360 darjah Bandar Melaka.

Seperti mana yang anda sudah teka, menara ini di namakan seperti keris Hang Tuah yang masih belum dijumpai lagi hingga ke zaman ini. Kalau di lihat dengan teliti mereka telah cuba membina menara ini menyerupai bentuk keris.

The Shore Oceanarium

The Shorea Oceanarium ini merupakan tarikan baru di Melaka yang bertema hidupan laut. Di sini bukan anda dapat melihat hidupan laut yang unik anda juga dapat memegang haiwan akuatik seperti Ikan Yu, Kuda Laut, Starfish dan macam-macam lagi. Anak anda boleh berseronol sambil mendapat penghargaan alam semulajadi.

Mamee Jonker House

Siapa tak suka makan keropok Mamee yang padu dengan perisa yang menyelerakan daripada bbq hinggalah kepada perisa karipap, bukan je sedap, rangup lagi tu!

Tertanya-tanya macam manalah agaknya Mamee ini dihasilkan? Mai singgah ke Mamee Jonker House yang merupakan sebuah kedai berkonsep yang pertama ditubuhkan oleh Mamee Group.

Di sini anda bukan sahaja boleh melihat bagaimana keropok enak ini dihasilkan, tapi juga dapat membeli barangan cenderahati Mamee yang mustahil dapat ditemui di tempat lain. Anda juga boleh makan di cafe istimewa Mamee, jangan risau semuanya halal.

Tapi yang paling best sekali adalah kerana anda turut berpeluang untuk merasai menu Mamee cup unik yang dibuat berdasarkan bahan yang anda inginkan (custom Mamee cup). Wajib pergi!

Menaiki Beca

Melaka sememangnya sinonim dengan beca yang dihias dengan penuh warna-warni. Kalau datang ke Melaka, tapi tak cuba naik beca, rasa macam tak sempurna pula percutian ke negeri ini.

Yang menariknya, beca-beca yang terdapat di Melaka ni bukan main meriah lagi perhiasannya, ada yang bertemakan Hello Kitty, Disney Frozen, Upin Ipin, flora dan macam-macam lagi yang wajib anda abadikan di dalam foto.

Kebanyakan abang-abang beca ni boleh anda temui di sekitar Stadhuys atau A’Famosa. Bayarannya bergantung kepada jangka masa atau jarak perjalanan.

Casa Del Rio

Ingin menikmati percutian yang sempurna, menginaplah di Casa Del Rio. Terletak di tepi Sungai Melaka, pemandangan yang disajikan daripada hotel ini cukup memukau, tanpa keluar dari pintu hotel anda masih dapat menikmati kepuasan bercuti di Melaka.

Sambil berehat-rehat di dalam bilik anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti tv bersaluran kabel dan mendengar lagu menggunakan iPod docking station.

Dah puas menikmati waktu rehat di dalam bilik, untuk mengaktifkan badan, anda boleh berendam di dalam kolam renang infiniti yang disediakan sambil melihat pemandangan ataupun mengeluarkan peluh di pusat kecergasan yang lengkap dengan pelbagai peralatan senaman. Bagi anda yang ingin melakukan aktiviti yang lebih santai atau merelakskan badan yang telah kepenatan, pusat spa turut disediakan.

Lokasinya, hanyalah 1 minit berjalan kaki untuk ke Jonker Street dan 6 minit pemanduan untuk ke Istana Melaka.

Melaka River Cruise

Jika anda mahu melihat keindahan Bandar Melaka tanpa melalui kesesakan jalan raya dan jauh daripada orang ramai anda boleh menaiki Melaka River Cruise.Kelebihan Melaka River Cruise ini adalah kerana anda boleh naik waktu siang atau malam.

Cruise ini bermula dari Jeti Muara, kemudia ia akan berhenti sebentar di Jeti Tanah Rempah dan selepas itu berpatah balik ke Jeti Tanah Rempah dimana ia berakhir. Ini cara yang bagus untuk menikmati pemandangan Bandar Melaka.

Muzium Kapal Selam

Penuhkan cita-cita anda untuk menjadi anak kapal Submarine di Muzium Kapal Selam Melaka. Kapal selam yang boleh dilihat di muzium ini bergelar FS Quessant Agosta 70 dan merupakan sebuah kapal selam bekas milik tentera Perancis.

Ia diserahkan kepada Kementrian Pertahanan dan kemudian diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka untuk dipamerkan ke orang awam. Dengan bayaran yang kecil anda dapat masuk dan melihat dengan mata sendiri bagaimana rupa bahagian dalam kapal selam.

The Shore Sky Tower

Jika anda memburu pemandangan terbaik seluruh Bandar Melaka jangan lupa naik ke tingkat 42 The Shore Sky Tower, bangunan tertinggi di Bandar Melaka. Pastikan anda beranikan diri kerana lantai kaca lutsina membuat anda merasakan seperti berjalan di atas angin.

Di atas nanti anda dapat melihat akuarium penuh dengan ikan koi dan ada satu kawasan khas yang lantainya diperbuat oleh kaca lutsinar yang kuat. Disini anda dapat melihat terus kebawah, mungkin tidak sesuai untuk mereka yang gayat tetapi kalau anda berhati kering cubalah.

Masjid Negeri Melaka (Masjid Al-Azim)

Seperti yang dikatakan tadi, sebelum wujudnya Masjid Al Azim, Masjid Tengkera adalah Masjid Negeri Melaka yang asal. Masjid yang masih agak baru ini telah siap dibina pada tahun 1990.

Terletak dalam sekitar 3 km dari bandar Melaka, masjid yang dibina dengan gaya seni bina Jawa dan Cina serta disulami dengan keindahan seni ukir Islam ini dapat menampung sehingga 10,400 jemaah pada satu-satu masa.

Sebahagian daripada kompleks masjid ini iaitu minaretnya yang berketinggian 188 kaki telah dibina dengan gaya bentuk pentagon atau segi lima sebagai lambang kepada 5 rukun Islam.

Taman Ekstrem Tasik ChinChin

Taman Ekstrem Tasik ChinChin adalah sebuah destinasi yang menarik untuk dilawati bersama dengan keluarga. Pelbagai aktiviti mengujakan yang boleh dilakukan antaranya adalah mandi-manda, flying fox, kayak dan juga memanah. Bagi yang membawa anak kecil, taman tema air mininya pasti dapat membuat anak-anak melonjak gembira.

Kebuluran lepas puas beraktiviti? Anda boleh singgah ke gerai yang menjual jajan di sini. Di samping itu, turut terdapat di sini adalah kemudahan dapur di mana anda boleh menyediakan makanan sendiri.

Merancang untuk meluangkan lebih banyak masa di sini? Di sekitar tasik ini juga terdapat chalet-chalet yang selesa untuk diinapi.

Pantai Pengkalan Balak

Nikmati suasana penuh harmoni perkampungan nelayan yang sebenar di Pantai Pengkalan Balak, pantai yang merupakan sambungan kepada Pantai Tanjung Bidara yang juga tak kurang indahnya.

Sebagai sebuah perkampungan nelayan, antara dapat menyaksikan pemandangan nelayan menangkap ikan dan ketibaan para nelayan ke persisiran pantai. Semasa berada di sini, anda boleh singgah ke banyak gerai-gerai yang bukan sahaja menjual makanan tapi juga pakaian dan permainan kanak-kanak. Teringin merasa kepuasan memancing? Inilah salah satu aktiviti yang turut boleh dilakukan.

Tak puas menikmati semua ini dalam masa sehari? Anda boleh memilih untuk menginap mana-mana chalet atau hotel bajet yang berdiri banyak di sekitar Pantai Pengkalan Balak ini.

Kompleks Falak Al-Khawarizmi

Kompleks Falak Al-Khawarizmi adalah sebuah kompleks ilmu falak dan astronomi di bawah senggaraan Kerajaan Negeri Melaka yang berlokasi di Tanjung Bidara.  Kompleks ini menempatkan Planetarium, Balai Cerap serta pusat latihan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti bilik penginapan, auditorium, bilik kuliah dan makmal komputer.

Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk para pelawat yang ingin mendalami dunia astronomi, seperti tayangan dokumentari sains dalam bentuk planetarium serta 3D, cerapan langit malam, cerapan hilal, dan lawatan ke pelbagai zon pameran berbeza.

Zon pameran yang terdapat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi adalah terbahagi kepada zon sistem suria, zon tamadun Islam, zon penerokaan angkasa lepas dan zon langit malam. Anda sekeluarga juga boleh mencuba permainan interaktif yang disediakan. Sebelum pulang, jangan lupa untuk singgah ke kiosk falak terlebih dahulu.

Taman Botanikal Melaka

Sebuah tarikan yang tak patut anda lepaskan peluang untuk singgah, lokasinya adalah di Taman Botanikal Melaka. Taman botani yang pada asalnya adalah Hutan Rekreasi Ayer Keroh ini memiliki keluasan sehingga 92.5 hektar, padat dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama keluarga.

Suka berjogging? Ini adalah antara port berjogging yang paling best pernah anda temui, suasananya sungguh mendamaikan jiwa, dengan pokok-pokok yang mekar di sepanjang perjalanan, udara di sekitar taman ini juga cukup menyegarkan. Nak makan angin di sekitar taman botani dengan cara yang lebih santai? Sewa sahaja buggy elektrik yang disediakan.

Sebenarnya, taman ini bukanlah sekadar taman dengan pokok-pokok dan bunga-bungaan yang berwarna-warni, ada banyak lagi tarikan lain seperti Kampung Buku, Muzium Hutan, Taman Dinasour yang menempatkan 15 replika dinasour dan juga jambatan gantung.

Selain melawat tarikan-tarikan yang ada, anda juga boleh merancang untuk melakukan banyak lagi aktiviti lain seperti berkayak, berkelah, berkhemah atau merentas hutan. Untuk aktiviti berkhemah atau merentas hutan anda perlu mendapatkan lebih maklumat daripada pihak Jabatan Perhutanan Melaka terlebih dahulu.

Encore Melaka

Selain lawatan ke muzium dan bacaan, anda sebenarnya boleh mempelajari banyak perkara berkaitan dengan sejarah Melaka dengan menyaksikan persembahan. Persembahan yang padat dengan info sejarah Melaka ini dinamakan sebagai Encore Melaka.

Di dalam persembahan berdurasi 70 minit ini, anda dapat tenggelam dalam 6 abad berbeza yang pernah dilalui kota lama ini yang dipersembahkan oleh 200 orang penghibur.

 

Sumber: maisinggah.com

Baca Juga: Tempat menarik waktu malam di Melaka! Sesuai untuk kanak-kanak.

Related Posts