Tempat menarik waktu malam di Melaka! Sesuai untuk kanak-kanak.

Bila anda berada di Melaka, satu pesanan iaitu jangan tidur waktu malam. Kerana anda sangat merugikan waktu bercuti anda. Disini terdapat banyak tempat menarik yang boleh di lawati bila waktu malam, ataupun memang khas pada waktu malam sahaja.

Jom kita tengok tempat menarik waktu malam di Melaka!

~ Melaka River Cruise

Memang tak asing lagi dari nama Venice Melaka. Sungai nya yang merentasi bandar ini yang telah menjadi tarikan pelancong terutama skali pada waktu malam.

Memang berbeza pemandangan nya berbanding jalan darat. Terutama apabila malam menjelma, kerana dengan nyalaan lampu neon pelbagai warna tebing sungai dengan pelbagai bangunan yang dihias cantik.

Tempat menarik waktu malam

 

~ Menara Taming Sari

Namanya diambil dari kisah Hang Tuah bersaudara. Ramai juga tertanya-tanya mengenai kewujudan Keris Tamin Sari. Tapi saya pon tak tahu jugak, yang saya tahu Menara Tamin Sari tetap kekal wujud.

Anda memang tidak akan rugi bila naik nya pada waktu malam, kerana viewnya yang cantik bila dari pandangan atas.

~ Alto Sky Lounge

Alto Sky Lounge terletak di Hatten Tower dan setakat ini adalah bangunan tertinggi di Melaka lebih dari Menara Taming Sari.

Memang port santai-mantai lah tambah pula bersama keluarga kan, boleh sembang-sembang.

~ The Shore Sky Tower

Tempat ni menawarkan anda melihat seluruh kawasan bandar Melaka lagi-lagi pada waktu malam. Tinggi nya 42 tingkat atau 153 m.

Daya tarikan tambahan tempat ni berbanding bangunan pencakar langit di Melaka ialah Akuarium dengan ikan koi dan juga Platform kaca lutsinar untuk lihat pandangan ke bawah dari ketinggian 153 meter. Ketar lutut.

~ Jonker Walk Melaka

Tempat menarik waktu malam

Kalau melancong kan, x sah kalau balik tangan kosong. Jom beli buah tangan pada orang tersayang di Jonker Walk ni.

Tempat menarik waktu malam

Memang meriah dekat sini waktu malam-malam, berbanding dengan shopping complex pula, harga disini boleh tawar menawar.

~ Night Safari Zoo Melaka

Pernahkah kita terfikir, tiap kali melawat zoo. Kebanyakan haiwan sedang tidur. Mesti ada kan.

Ini kerana ada di antara haiwan ini nokturnal iaitu aktif di waktu malam. Sebab itu, cuba kita lawat Zoo Melaka pada waktu malam. Kami pernah ke mari pada waktu siang sebelum ini.

Zoo Melaka, seingat saya adalah zoo no 2 dari segi saiz di Malaysia. Menempatkan lebih 1200 haiwan dari 215 spesis  berbeza.

~ Kota A’Famosa

Tempat menarik waktu malam

Ramai orang datang ke mari untuk sekadar bersiar siar, tapi hakikatnya kota ini memberi simbolik kesilapan datuk nenek moyang kita zaman dahulu.
Hanya saki baki dari kubu asal kota ini yang tinggal kerana di runtuhkan oleh British. Dirobohkan pada 10 Ogos 1807. Usia kubu ini mencecah 500 tahun.
Tak jauh pun, kalau menginap di hotel equatorial jalan kaki saja ke mari. Waktu malamnya dihias rapi & penuh bercahaya di atas bukit yang menghadap Selat Melaka.

~ Melaka River Pirate Park 

Tempat menarik waktu malam

Dah puas melawat tempat bersejarah & pantai di Melaka semasa siang hari? Saya syorkan untuk kita bawa keluarga ke Melaka River Pirate Park.

Bersiap sedialah untuk keluarkan duit untuk setiap permainan di dalam ni. Terdapat banyak permainan yang boleh dicuba seperti:

  • Ferris Wheel.
  • Flying Fox Pirate Ship
  • Rock Climbing
  • Haunted Castle
  • Bungee Trampoline
  • Mad Cow
Masuk taman tema confirm kena keluar duit. Memang padanlah dengan namanya sebagai tempat perhimpunan lanun.

~ Dataran Pahlawan

Sebelum ini saya rekemen untuk pergi ke Jonker Street untuk harga souvenir yang murah dan berpatutan.
Tempat ini pula sebaliknya.

Siapa yang mempunyai bajet lebih boleh datang ke Dataran Pahlawan Megamall untuk cari oleh oleh untuk dibawa pulang. Harga produk disini memang lebih mahal & berjenama.

~ Mahkota Parade

Satu lagi lokasi untuk membeli belah & makan makan.

Saya kurang minat nak ke mari kerana jalan selalu sesak. Tapi mungkin lokasi hotel & homestay melaka anda berdekatan. Boleh lah datang ke sini.

~ Masjid Selat Melaka

Dan juga masjid masjid di seluruh Melaka. Melaka ni kaya dengan Masjid yang cantik cantik dengan senibina yang unik. Ada pengaruh dari Cina, Jawa, India & macam macam lagi.

Masjid Selat di Melaka pula terletak betul betul di tepi pantai. Nak lihat matahari terbit? Senang saja, solat subuh di sini. Confirm nampak matahari terbit. Nak lihat matahari terbenam? Senang saja solat maghrib disini. Mesti nampak matahari terbenam.

Lokasi pun strategik. Lepas solat Isyak boleh lah keluar jalan jalan di Melaka.

Sumber: Sukamakanjalan.com

Jom Baca: Tempat menarik yang santai-santai di Selangor

Related Posts