5 Pulau Menarik Tumpuan Pelancong Untuk Bercuti Di Malaysia

5-Pulau-Menarik-Malaysia

Ramai rakyat malaysia antara kita ni sanggup pergi jauh dan bayar lebih hanya untuk destinasi pelancongan di pulau yang sangat popular diluar negara antaranya ialah Pulau Hawaii, Bali , Santorini dan sebagainya.

Tetapi, adakah anda tahu bahawa pulau di Malaysia ini juga sama hebatnya dengan pulau-pulau yang ada diluar negara dan kos juga lebih murah?

Jom kita terjah 5 pulau menarik di Malaysia tumpuan pelancong untuk bercuti di Malaysia.

1. Pulau Redang, Terengganu

Siapa tak kenal Pulau Redang, kat sinilah anda dapat tengok penyu bertelur sebab pulau ni adalah tapak pemuliharaan penyu yang penting di Terengganu.

Tahukah anda sebenarnya Pulau Perhentian ini sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian? Dua bahagian itu ialah Pulau Perhentian Besar dan Kecil. Pulau ini menempatkan beberapa buah resort dan tempat penginapan, di sini anda boleh melakukan beberapa aktiviti untuk anda antaranya ialah seperti meluncur, snorkeling dan aktiviti-aktiviti air yang lain. Pulau perhentian juga antara salah satu pelancongan yang popular di terengganu.

2. Pulau Rawa, Johor

Di Malaysia ini terdapat 2 pulau rawa. Satu di johor dan satu lagi di Terengganu. Jangan terkeliru dengan Pulau Rawa di Johor dengan Pulau Rawa yang terdapat di Terengganu meskipun sama cantik tapi terletak di lokasi yang berbeza. Pulau Rawa, Johor ini hanya terletak lebih kurang 16 km dari Mersing, Johor.

Pulau ini dikelilingi oleh lautan biru yang kaya dengan hidupan marin, batu karang berwarna-warni dan hutan yang menghijau untuk anda terokai sepanjang percutian anda. Pelbagai aktiviti air dan aktiviti lasak yang boleh anda cuba seperti jungle trekking, snorkeling, dan banyak lagi.

3. Pulau Mataking, Sabah

Jika anda menginginkan percutian bersama insan tersayang ketika berbulan madu di tepi pantai yang cantik dan menarik terutama di Sabah, Pulau Mataking semestinya pulau yang paling ideal. Tarikan utama di pulau ini pastinya pejabat pos bawah airnya yang unik. Keunikan pejabat pos ini ialah ia merupakan pejabat pos yang sebenar di mana anda boleh menghantar surat buat insan tersayang.

Pulau Mataking ini terletak kira-kira 45 minit dari Pulau Sipadan ini juga sering menjadi destinasi percutian di kalangan orang Eropah untuk berbulan madu kerana resortnya yang cantik menghadap laut.

4. Pulau Tioman, Pahang

Di pulau tioman ini, terdapat banyak aktiviti yang boleh anda rancang dari melawat air terjun, mendaki gunung, menyelam skuba, sehinggalah kepada meneroka hutan. Jika seorang jungle traveler dan ingin mencabar diri dalam jungle trekking, ini adalah tempat terbaik untuk anda kerana terdapat banyak trek-trek tersedia mengikut kemampuan dan stamina anda dengan laluan terpendek sejauh 2km manakala terpanjang sejauh 8km. Di Pulau Tioman ini, anda cuma perlu fikirkan mengenai stamina anda sahaja memandangkan terdapat aktiviti menarik yang anda perlu cuba.

5. Pulau Pangkor, Perak

Pulau Pangkor ini kaya dengan sejarah kerana pernah menjadi kubu pertahanan Belanda daripada serangan musuh dan tempat di mana Perjanjian Pangkor 1874 ditandatangani. Tinggalan sejarah seperti Batu Bersurat, Kota Belanda, kawasan perkuburan Belanda sehingga kini boleh dilihat anda sewaktu berkunjung ke sini.

Namun, jangan lupa tarikan utama di Pulau Pangkor ini iaitu pantai dan pulau yang terdapat di sekitarnya seperti Pulau Giam, Pulau Mentangor dan Pulau Pangkor Laut. Menjanjikan satu destinasi percutian yang menarik buat anda, tempat yang berkeluasan 2,200 hektar ini mempunyai banyak aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan dari mencandat sotong, snorkeling, jungle treking dan banyak lagi.

Related Posts