33 Tempat Menarik Di Penang | Percutian Sekeluarga

Tempat menarik di Penang mempunyai pantai pasir putih berserta laut yang nyaman bahkan dilengkapi segala kemudahan bandar yang moden, anda tidak akan kecewa memilih Pulau Pinang sebagai destinasi percutian seterusnya.

Sebelum anda datang ke Pulau indah ini, kami telah menyenarai 34 tempat menarik di Penang untuk memudahkan anda merancang percutian anda ke sana nanti.

Penang State Museum and Art Gallery

Penang State Museum and Art Gallery menempatkan pelbagai hasil seni dari tahun 1965 hinggalah yang terkini. Muzium seni ini pada asalnya bertempat di Lebuh Farguhar sebelum dipindahkan ke Dewan Sri Pinang pada tahun 1994.

Terdapat dua bahagian galeri di muzium ini iaitu galeri tetap yang terletak di tingkat 3 dan galeri seni kontemporari (sementara) di tingkat bawah Dewan Sri Pinang. Galeri atau pameran tetap menempatkan pelbagai jenis koleksi yang termasuklah karya lukisan, ukiran, printing, foto, seni bina, seni rekaan, pertunjukan, filem, seramik dan banyak lagi. Manakala untuk ruangan seni sementara pula mempamerkan hasil seni visual yang dipilih berdasarkan tema pameran yang telah ditetapkan.

Selain pameran seni, muzium ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh diikuti seperti forum, bicara seni, workshop, pertandingan dan sebagainya.

Guar Petai

Guar Petai atau juga turut dikenali dengan banyak lagi nama lain seperti Frog Hill dan Guar Perahu adalah sebuah tarikan yang agak tersembunyi daripada pandangan pelancong yang terletak di bahagian utara Seberang Perai.

Berkeluasan 60 hektar, pada asalnya, kawasan ini merupakan ladang getah milik persendirian sebelum menjadi tapak kuari pada tahun 1970-an. Kewujudan Guar Petai ini mula disedari selepas sekumpulan peserta aktiviti lasak berbasikal mendaki sehingga ke puncak bukit dan terlihat panorama tasik yang berwarna biru kehijauan.

Merancang untuk ke sini? Pastikan anda memakai kasut yang sesuai kerana anda perlu mendaki dalam sekitar 5 minit sebelum sampai ke puncak. Jangan lupa juga untuk pakai sunblock dan membawa minuman yang secukupnya, lebih-lebih lagi sekiranya cuaca agak panas.

Sekiranya anda datang dari Bukit Mertajam, masa yang diambil untuk ke sini adalah dalam sekitar 30 minit pemanduan.

Straits Quay

Straits Quay adalah salah satu daripada lokasi membeli-belah dan juga marina yang terletak di Seri Tanjung Pinang. Dibuka pada tahun 2010, pusat membeli-belah tepi pantai ini juga lengkap dengan pusat konvensyen,  spot untuk berekreasi, Performing Arts Centre dan juga apartment mewah.

Berkeluasan 270,000 kaki persegi, Straits Quay menempatkan dalam sekitar 100 buah lot kedai. Antara yang boleh ditemui di sini adalah Papparich, Starbucks, Subway, Royal Selangor dan sebagainya.

Countryside Stables Penang

Terletak di Sungai Burong, Countryside Stables Penang ini merupakan tempat diamana anda dapat belajar menunggang kuda sambil menikmati persekitaran alam semulajadi yang indah.

Dibuka pada tahun 2012 tempat ini mempunyai sebanyak 30 ekor kuda yang terdiri daripada baka berbeza seperti Pure Bred Arabian Horse, Pony, Kuda Thai, Myanmar dan Kuda Malaysia.

Jika anda belum bersedia untuk menunggang kuda tidak perlu risau kerana anda juga dapat memberi makan sambil melihat gelagat kuda yang menarik.

Tropical Spice Garden

Asalnya Tropical Spice Garden merupakan sebuah ladang getah yang terbiar dan pengasasnya David dan Rebecca Wilkison bersama beberapa rakan mereka menukar tempat ini menjadi satu destinasi eco-pelancongan yang bertaraf antarabangsa.

Taman dengan keluasan 8 ekar ini menjadi rumah kepada 500 jenis flora dan fauna pelbagai rupa. Jika anda teliti, logo tempat ini adalah bunga kantan sebuah rempah tempatan yang digunakan didalam masakan tempatan popular seperti laksa.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah Garden Tour, Children Tour dan Nigh walks. Selain daripada itu mereka juga membuka tempat ini untuk acara team-building dan acara korporat.

Escape Theme Park

Kepada mereka yang lebih gemar aktiviti lasak jangan lepaskan peluang untuk ke Escape Theme Park Pulau Pinang. Terletak berhampiran dengan kawasan Batu Ferringhi Ia merupakan tempat dimana anda dapat membuat pelbagai aktiviti lasak (Adventureplay) diatas pokok seperti, Monkey Busines (memanjat), Flying Lemur (ZipLining), Atan Leap (Bungie Jumping), dan banyak lagi!

Dah puas dengan aktiviti yang mengeluarkan peluh? Anda boleh meneruskan keseronokan dengan bermain di Waterplaynya yang padat dengan pelbagai permainan air. Sehari memang tak cukup!

Penang Street Art

Sempena festival Georgetown, beberapa bangunan lama di bandar itu dihiasi dengan lukisan artist jalanan Ernest Zacharevic.

Lukisan yang berbagai konsep ini dapat dilihat bukan di beberapa tempat sekitar Bandar Georgetown. Hasil karya beliau unik kerana ia menceritakan kisah hidup harian penghuni pulau tersebut.

Asia Comic Cultural Museum

Hati-hati, sedar tak sedar dah berjam-jam anda ada berada di dalam Asia Comic Cultural Museum ni. Cukup banyak untuk dilihat, dari majalah Gila-Gila, Ujang hinggalah kepada komik-komik antarabangsa seperti Naruto dan One Piece segalanya ada di muzium ini.

Dunia komik yang terlibat di dalam muzium ini adalah dari negara Jepun, Korea, China, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Thailand, Indonesia dan Malaysia sendiri.

Antara info yang boleh anda dapati daripada muzium ini adalah berkenaan dengan sejarah komik, kontroversi dan masalah yang pernah dilalui negara-negara asia dalam penghasilan komik sejak 150 tahun lalu.

Destinasi ini juga menarik untuk dilawati bagi menikmati udara sejuk di bawah pendingin hawa selepas seharian berpanasan bergambar dengan mural di sekitar street art Penang.

Magic World Penang (Phantamania)

Kalau selama ini anda sekeluarga hanya pernah menonton pertunjukan magik melalui kaca tv, dengan melawati Magic World Penang (Phantamania) anda dapat merasai sendiri dunia penuh magikal ini di depan mata sendiri!

Dunia magik ini anda akan terus ‘tempuhi’ sebaik melangkah masuk ke dalam bangunan Magic World Penang di mana anda perlu melalui lorong berliku atau ‘maze’ kaca. Selepas berjaya keluar dari maze ini anda akan menemui banyak ilusi optikal.

Selain itu, anda juga dapat menyaksikan pertunjukan magik yang cukup menarik bukan sahaja untuk kanak-kanak tapi juga orang dewasa. Sebelum pulang, jangan lupa untuk singgah ke kedai aksesori untuk membawa pulang barangan magik!

The Top

Selain Jurassic Research Centre dan Rainbow Skywalk, sebenarnya terdapat banyak lagi tarikan menarik lain yang layak mendapat deskripsi khasnya sendiri. Yang menariknya, kesemua tarikan ini berpusat di The Top yang merupakan taman tema indoor yang terbesar di Pulau Pinang.

Secara keseluruhannya terdapat 18 buah tarikan yang wajib anda lawati seperti 7D Discovery Motion Theater, Tech Dome Penang, Ocean Explorer, Penang Boutique Aquarium, The Gravityz, Penang State Gallery, UFO-X, Magic Mirror Maze, Zombie Outbreak, Dance Oki, Augmented Reality dan banyak lagi

Toy Museum Heritage Park

Muzium tak seharusnya boring, di Toy Muzium Heritage Park anda dapat melihat koleksi peribadi seorang penggemar permainan yang dikumpul selama 40 tahun.

Di heritage garden ini anda berpeluang untuk melihat sebanyak 120,000 permainan dan patung baru dan antic watak kartun terkenal bertema filem Hollywood, computer game dan komik.

Made in Penang Interactive Museum

Made in Penang Interactive Museum adalah salah satu tarikan yang wajib anda jejaki untuk mencipta memori yang menyeronokkan semasa bercuti di Penang. Setibanya anda di sini, anda akan disambut oleh the Great Wall of Penang. Apabila melangkah masuk ke ruang dalamnya anda dapat melihat ‘masa lalu’ Pengkalan Weld melalui model miniatur yang dihasilkan dengan penuh teliti.

Selepas itu, anda boleh meneruskan penerokaan dengan menuju ke seksyen 3D Art Gallery yang mempamerkan dengan interaktif tradisi, bangunan terkenal dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan Penang. Jangan lihat je! Jadi sebahagian daripada karya yang dipamerkan dengan bergambar sepuas hati.

Tarikan lain yang ditawarkan adalah Games Room dan bengkel penghasilan seni tradisional Malaysia seperti layang-layang dan batik.

Feri Pulau Pinang

Selain daripada menaiki jambatan untuk merentas laut untuk ke pulau ini, anda juga boleh menaiki feri. Feri Pulau Pinang ini merupakan perkhidmatan yang paling lama beroperasi di negara kita. Ferry yang mula membawa penumpang pada tahun 1920 ini berkhidmat dari terminal Sultan Abdul Halim di Butterworth ke terminal ferry Raja Tun Uda di George Town Penang.

Penang 3D Trick Art Museum

Mungkin anda sudah melihat gambar 3D Trick Art Musem Pulau Pinang ini di kongsi di media sosial. Didalam rumah 3D ini anda dapat melihat berbagai lukisan yang dapat mengelirukan mata yang memandang.

Antara tarikan yang ada adalah ilusi Aerial Skydiving, Panda Village, The Clan Jetty, Ride the Bullock Cart dan banyak lagi!

Adventure Zone

Adventure Zone merupakan tempat hiburan keluarga yang terletak didalam bangunan Shangri-la Rasa Sayang Resort & Spa.

Kawasan permainan modular ini berhawa dingin dan mempunyai tiga jenis gelongsor yang berbeza dan banyak permainan yang menguji kebolehan anak anda mengatasi rintangan. Selain daripada itu, di sini terdapat tempat makan, toddle zone, kids club dan banyak kemudahan yang lain.

Taman Negara Pulau Pinang

Taman Negara Pulau Pinang adalah taman Negara yang paling kecil di Negara ini dan ia diberi nama hutan simpan Aceh oleh penduduk tempatan.

Kalau anda kaki mengembara dalam hutan pastikan anda melawat tempat ini. Kerana ia terletak berhampiran dengan pantai Kerachut, ia juga sebuah tempat popular untuk memancing.

Penang Time Tunnel

Penang Time Tunnel Muzium ini memberi anda peluang melihat setiap fasa penting dalam pembangunan negeri penang dan bagaimana ini telah berubah mengikut zaman. Selain daripada itu anda juga dapat belajar sedikit tentang zaman penjajahan tentera jepun dan bagaimana pulau ini dibom kapal perang mereka.

Amazing World Studio

Lagi satu studio foto inetraktive di penang yang mempamerkan lukisan 3d menarik adalah Amazing World Studio. Jika anda gemar menangkap gambar dan mencari satu tarikan mesra kanak-kanak, tempat ini sesuai untuk anda.

Little India

Anda boleh menjumpai Little India Penang di Queen Street, George Town. Semasa berjalan di sini anda seolah-olah berjalan di Delhi ataupun Chennai, memang suata pengalaman yang unik. Di sini juga terdapat banyak kedai yang menjual kain dan baju dengan harga yang berpatutan.

Bukit Bendera

Antara destinasi paling ikonik di Pulau Pinang yang harus anda lawati jika diizinkan adalah Bukit Bendera. Ia merupakan stesyen bukit british yang tertua di Asia Tenggara dan diatas terdapat 52 lot bungalow yang dibina 100 tahun dahulu.

Untuk ke puncak anda tidak perlu berjalan kerana anda boleh menaiki funicular train service. Banyak aktiviti menarik menanti anda di puncak nanti seperti melihat pemandangan Pulau Pinang yang mengkagumkan di Skydeck, melihat gelagat lucu burung hantu di owl museum dan bermacam-macam lagi.

Fort Cornwallis

Jika anda masih ingat kelas sejarah zaman sekolah dahulu anda mesti tahu bahawa Fort Cornwallis ini merupakan tempat pertama Sir Francis Light menjejak kakinya ke bumi Malaysia pada 1876.

Banyak dari infrastucktur asalnya masih berdiri kukuh dan anda berpeluang untuk melihat beberapa bangunan bersejarah yang pada zaman itu memainkan peranan seperti sebagai tempat menyimpan senjata dan kelengkapan perang.

Gurney Drive

Jika anda mencari tempat makan paling menarik di Pulau Pinang jangan lupa singgah ke Gurney Drive. Tempat ini menjadi meriah pada waktu malam dengan setiap warung menyediakan hidangan yang berbeza anda tidak kurang pilihan makanan untuk dipilih.

Kerana laut hanya beberapa minit sahaja dari tempat ini jika anda pilih untuk kesana pada waktu malam anda boleh makan dalam keadaan rileks sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman.

Disebabkan populariti Gurney Drive ini semakin meningkat, terdapat banyak apartment dan hotel baru didirikan di sini dan tempat ini telah menjadikan kawasan perdaganan kedua paling sibuk di pulau tersebut.

Penang Avatar Secret Garden

Bawalah keluarga anda menikmati pengalaman penuh magikal di Penang Avatar Secret Garden! Di sini anda sekeluarga akan tenggelam di dalam dunia ‘avatar’ di mana pokok-pokok di sekitar diterangi dengan cahaya yang penuh warna-warni yang sangat memukau pandangan.

Betapa memukaunya ‘dunia’ di sekitar sampaikan mustahil untuk anda berhenti bergambar di mana sahaja anda menapak. Nak tahu lagi sebab kenapa anda wajib ke sini? Di samping dapat merasai dunia yang berbeza, kemasukan ke dalam Secret Garden ini juga adalah percuma.

Walaupun boleh juga dilawati di siang hari, tapi pada waktu malamlah keidahannya akan mula terpancar.

Ghost Museum

Anda jenis yang suka menakutkan diri sendiri? Jom ke Ghost Museum yang terletak di George Town ni! Di dalam muzium ni terdapat banyak bilik-bilik yang telah dijadikan lokasi ‘berhantu’ dengan patung-patung yang nampak sangat real dan dipenuhi dengan darah.

Jangan lupa juga untuk bergambar sewaktu berjumpa dengan hantu-hantu yang terdapat di sini, boleh meremang bulu roma kalau dilihat sekali lagi.

Jurassic Research Centre

Ingin merasai macam mana keadaannya ketika zaman dinosaur dulu? Anda boleh melawat Jurassic Research Centre bersama dengan keluarga.

Di sini terdapat lebih daripada 200 dinosaur yang ‘dihidupkan kembali’ dengan menggunakan teknologi animatronik. Anda sekeluarga dapat menikmati kehidupan di dalam zaman dinosaur sambil melakukan pelbagai aktiviti interaktif menarik yang ditawarkan.

The Habitat, Bukit Bendera

The Habitat yang terletak di Bukit Bendera adalah lokasi di mana anda dapat tenggelam di dalam keindahan flora hutan hujan tropika yang berusia 130 juta tahun. Penerokaan anda bermula dari lantai hutan melalui Natural Trail untuk mendekati pelbagai tumbuhan, reptilia, mamalia dan banyak lagi yang terdapat di dalam rimba ini.

Setelah itu, anda boleh berjalan melalui Langur Way Canopy Walk yang menawarkan pemandangan sehingga ke kawasan lembah hutan dan kebiruan lautan Andaman.

Sekiranya Langur Way Canopy Walk masih tidak dapat memuaskan pandangan mata anda di sekitar hutan ni, anda boleh berjalan melalui Curtis Crest Treetop Walk yang terletak pada ketinggian 13 meter dari tanah yang merupakan platform tertinggi di sini. Anda dapat menikmati pemandangan 360 darjah di sekitar Penang dan ini termasuklah sekitar George Town.

The Gravityz

The Gravityz, dengar sahaja namanya terbayang bagaimana ianya berkait dengan graviti dan ketinggian. Di sinilah anda dapat menguji keberanian diri yang sebenar atau berhadapan dengan perasaan takut yang ada dalam diri.

Walaupun anda perlu melalui saat-saat yang penuh dengan debaran, dalam waktu yang sama pemandangan yang mengujakan dapat dinikmati. Kalau anda nak tahu, The Gravityz merupakan salah satu daripada lokasi untuk aktiviti altitud tinggi yang terbaik di Asia. Terdapat 6 buah cabaran yang ditawarkan di sini iaitu Confidence Path, High Bench, A Great Bridge, X-Point, Z-wire dan G-Rocky.

Dark Mansion – 3D Glow In The Dark Museum

Kalau di Avatar Secret Garden anda dapat melihat cahaya lampu magikal pada pokok-pokok, dekat Dark Mansion – 3D Glow In The Dark Museum ini pula anda akan dikelilingi oleh cahaya daripada lukisan-lukisan yang berubah daripada 2D kepada ilusi optik 3D.

Antara dunia 3D Glow yang dapat anda nikmati di sini adalah tema-tema seperti misteri hutan tropika, jambatan bercahaya, berjalan di dalam laluan yang dikelilingi cahaya bintang dan banyak lagi! Jangan lupa untuk penuhkan bateri kamera anda sebelum ke sini!

Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge

Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge ataupun nama lainnya Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah jambatan yang terpanjang di Malaysia dan juga di Asia Tenggara! Berapa kepanjangannya yang luar biasa ni? Jambatan ini memiliki kepanjangan sejauh 15 batu ataupun 24 km yang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung.

Jambatan ini telah dinamakan sempena Sultan Kedah ke-28, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

Rumah Api Muka Head

Jika anda memiliki jiwa yang lasak, jangan sesekali melepaskan peluang untuk ke Rumah Api Muka Head alang-alang sudah sampai ke Pulau Pinang. Kenapa kena lasak? Sebabnya, untuk menuju ke sini dari pintu masuk mengambil masa dalam sekitar 2 jam atau 4.7 km.

Apa yang menariknya tentang rumah api ini adalah kerana dari sini anda dapat menikmati panorama 360 darjah di sekitarnya. Sekiranya cuaca baik, anda dapat melihat pemandangan yang menjangkau sehingga ke Pulau Langkawi dan Sumatra, Indonesia!

Sebagai info tambahan, Rumah Api Muka Head ini dibina pada tahun 1883 dan terletak pada ketinggian 242 meter dari paras laut. Tinggi bukan? Dah sampai ke Penang nanti, jangan lupa untuk ke sini! Rugi kalau tak pergi!

Penang Sky Walk @ The Top (Menara Komtar)

Ingin melihat Penang dari sudut pandangan seperti seekor burung yang terbang tinggi? Anda boleh menuju ke menara Komtar untuk ke The Top atau Penang Sky Walk yang terletak di tingkat 65 dan 68 bangunan ini.

Bukan tempat menikmati pemandangan yang biasa! Sebab di sini anda dapat berasa seperti terapung di udara kerana berjalan di atas gelas kaca dari ketinggian 249 meter sekiranya berada di tingkat 68.

Kalau anda nak melihat pemandangan sambil dalam aircond pula,  adalah boleh menuju ke tingkat 65 yang juga berlantai kaca.

Apa pemandangan yang paling anda ingin lihat dari tingkat yang setinggi ini? Pemandangan Penang di waktu malam atau siang? Rancanglah masa lawatan anda berdasarkan apa yang anda ingin lihat. Jangan lupa untuk membawa kamera HD!

Penang Bridge

Tahukah anda apa jambatan kedua yang terpanjang di Malaysia? Jawapannya adalah jambatan yang dinamakan Penang Bridge/ Jambatan Pulau Pinang.

Jambatan yang berkepanjangan 13.5 km ini menghubungkan Bayan Lepas dan daerah di tanah besar semenanjung, Seberang Perai. Kalau anda nak tahu, setiap tahun, Larian Jambatan Pulau Pinang diadakan di sini.

Pantai Batu Ferringhi

Kami telah memilih Pantai Batu Ferringhi sebagai destinasi terakhir untuk entri ini. Kepada meraka yang selalu datang ke Pulau Pinang anda pasti setuju bahawa Pantai Batu Ferringhi ini merupakan pantai yang paling popular di Pulau Pinang.

Di sini anda dapat berjalan di atas pantai pasir yang luas sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman. Selain daripada itu anda juga boleh melakukan dengan aktiviti sukan air seperti jetski dan parasailing.

 

Sumber: Maisinggah.com

Baca juga: Tempat menarik waktu malam di Melaka! Sesuai untuk kanak-kanak.

 

Related Posts