Macam Duduk Di Overseas! 8 Tempat Bercuti Menarik Di Malaysia yang sama dengan Luar Negara.

Overseas

Percaya atau tidak, banyak tempat bercuti yang menarik di Malaysia ini yang mempunyai pemandangan seperti berada di luar negara, lagi-lagi pada musim pkp ini, kita tidak boleh untuk ke luar negara, jadi apa salahnya kita bercuti dan mengambil “Feel di luar negara” di tempat-tempat bercuti tertentu di dalam Malaysia.

Mukin ramai tak tahu, tempat menarik di Malaysia seakan-akan berada di luar negara.

 

Jom kita tengok tempat bercuti tersebut

  1. Sky Mirror, Kuala Selangor

    Sky Mirror di Kuala Selangor boleh di ibaratkan macam di Bolivia – Salar de Uyuni kerana cerminan langit dengan air pantai yang sama sehinggakan tidak dapat membezakan di mana langit dan bumi oleh kerana air surut pada jam 10.30 – 11.00 pagi. Fenomena Salar de Uyuni ini hanya terjadi 6 hari pada setiap bulan mengikut Kalendar Lunar masyarakat china iaitu pada hari pertama, ke-2, 14, 15, 16, dan 30. Untuk datang ke sini, pengangkutan bot diperlukan yang mengambil masa lebih kurang 30 minit dari Jeti Sasaran, Kuala Selangor.

  2. Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

    Colmar Tropicale, Bukit Tinggi diibaratkan seperti sebuah bandar di Perancis yang mana terletaknya Pusat Peranginan yang persis kawasan desa Perancis. Terdapat banyak aktiviti yang bole dilakukan di sana seperti melawat Taman Jepun dan Organic Farm, Rock Climbing, Flying Fox, PaintBall, Horse Riding, dan banyak lagi aktiviti yang boleh di lakukan disana.

    Tidak lupa juga bilik Hotel yang disediakan di Colmar Tropicale juga memuaskan. Jarak masa perjalanan yang diambil adalah dalam 45 minit dari Kuala Lumpur. Tidak lupa jugak, pengangkutan awam juga disediakan bagi mereka yang ingin ke Colmar Tropicale pada waktu-waktu tertentu dari Berjaya Times Square ke Berjaya Hills.

  3. Mongolian Yurt Kundasang, Sabah

    Mongolian Yurt di Kundasang ataupun dikenali sebagai Wind Paradise Lodge memberikan peluang untuk kita merasakan suasana tinggal di dalam Mongolian Yurt yang ruangannya agak luas dan bole memuatkan sebuah katil bersaiz queen dan 2 katil single. Tidak lupa jugak, Mongolian Yurt juga dilengkapi dengan attached bathroom. Bayangkan menginap disini sambil berBBQ bersama keluarga.

  4. Masbro Paya Rumput, Melaka

    Masbro Paya Rumput dengan keunikkan rumah yang berbentuk A-shape dan berwarna-warni sama seperti di Brighton Beach di Australia cumanya disini tidak boleh tengok orang surfing sambil makan fish and chips tepi laut.

    Masbro Paya Rumput juga menyediakan kolam mandi untuk sesiapa yang menginap disana. Rumahnya dalam kawasan berpagar dilengkapi dengan microwave, air-cond dan peti sejuk.

  5. Pulau Redang, Kuala Terengganu

    bercuti

    Pulau Redang merupakan pulau di Kuala Nerus, Terengganu. Ia merupakan pusat peranginan yang terkenal dan cukup relaks di Malaysia dengan pasir putihnya, terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Boleh diibaratkan di pantai Maldives di luar negara kerana keunikkan airnya yang jernih.

    bercuti

    Kebiasaannya, untuk pergi ke Pulau Redang, menaikki bot atau feri adalah salah satu cara untuk ke sana dengan mengambil masa kira-kira satu setengah jam dari jeti Kuala Terengganu. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disana seperti Snorkling dan jugak Scuba Diving.

  6. Moroccan Pavilion, Putrajaya

    bercuti

    Moroccan Pavilion, juga dikenali sebagai Astaka Morocco yang dibina bagi membuktikan hubungan yang erat antara Malaysia dan Morocco. Dindingnya juga diukir dengan keunikkan “Islamic Calligraphy” oleh seniman yang mahir di Morocco yang dibawa ke Malaysia. Ukirannya itu tidak ubah seperti didalam cerita Aladdin di Morocco, walaupun tidak ada tikar terbang, pengunjung masih boleh berangan menjadi Puteri dan Putera di dalam cerita Aladdin.

  7. Desa Dairy Farm, Kundasang

    bercuti

    Desa Dairy Farm di Kundasang, Sabah ini ibarat berada di New Zealand kerana pemandangan gunung-ganang yang hijau berserta udara yang segar. Tidak lupa juga lembu-lembu susu yang sama seperti iklan Fern Leaf. Semasa bersiar-siar, boleh lah merasai susu lembu dan aiskrim yang fresh dari ladang.

  8. Bandar Agacia, Kampar

    bercuti

    Bandar Agacia, adalah satu bandar baru yang diinspirasikan dari gaya Amerika, tetapi kawasan ini belum dibangunkan sepenuhnya kerana Kampar belum ada infrasturkur besar atau pentadbiran yang boleh menaikkan kawasan ini. Jadi untuk bergambar ala-ala Disneyland, bolehlah datang kesini.

    Sumber: jomjalan.com

    Jom Baca: Tempat percutian menarik tetapi “Underrated” di Malaysia

 

Related Posts