Mula-mula sekali, apa yang kita perlu buat untuk bercuti ke pulau ialah membuat beberapa penyelidikan mengenai Pulau yang akan kita pergi untuk bercuti. Kebiasaannya, Pulau di Malaysia akan di tutup pada musim tenkujuh dan akan dibuka semula setelah reda dari musim tersebut.
Hal-hal sebegini boleh merubah kesesuaian untuk pelancong datang ke pulau dan kesempatan masa untuk pengusaha dan pemilik pelancongan untuk memulihara kembali pulau mereka.
Selepas habes musim tengkujuh itu, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk pergi bercuti ke pulau pulau yang ada di Malaysia.
1. Pulau Langkawi, Kedah
Waktu Sesuai = (Januari hingga Mac) Ketika ini boleh dikatakan kepanasan dan kelembapan Langkawi adalah pada tahap maksimum.
Waktu Tak Sesuai = (September hingga Oktober) Cuaca Langkawi pada bulan-bulan ini tidak begitu baik dengan keadaan hujan yang tidak menentu.
Ini adalah taburan hujan yang biasa terjadi di Langkawi. Secara amnya, Pulau Langkawi tidak begitu terkesan dengan sebarang moonson yang ada di Malaysia. Kelebihan pulau ini adalah boleh dilawati sepanjang tahun, namun, bergantung kepada musim cuti yang ada, jika cuti ramailah pelancong yang datang ke sini.
2. Pulau Tioman, Pahang
Waktu Sesuai = (April hingga Oktober) Ketika ini Pulau Tioman berada dalam cuaca yang panas dan baik, sesuai untuk aktiviti yang membabitkan aktiviti air seperti menyelam dan snorkeling.
Waktu Tak Sesuai = (Jun hingga Julai) Waktu ini adalah waktu paling sibuk dengan ramai pelancong yang datang ke Pulau Tioman.
Pulau Tioman menghadap Laut China Selatan, sudah lazimnya setiap tahun bermula akhir Oktober pulau ini akan ditutup. Akan boleh melakukan aktiviti semula bermula Mac seterusnya.
3. Pulau Kapas, Terengganu
Waktu Sesuai = (April hingga Oktober) Ketika ini sebelah barat semenjang Malaysia mengalami monson barat daya. Cuaca dan panas menteri ketika bulan-bulan ini amat sesuai dengan aktiviti air.
Waktu Tak Sesuai = (November hingga Mac) Boleh sahaja untuk datang di waktu ini namun, agak membosankan.
Pulau Kapas menghadap Laut China Selatan, sudah lazimnya setiap tahun bermula akhir Oktober pulau ini akan ditutup dan akan dibuka semula pada Mac yang seterusnya.
4. Rulau Redang, Terengganu
Waktu Sesuai = (April hingga Oktober) Tiada monson timur laut waktu ini.
Waktu Tak Sesuai = (November hingga Mac) Pulau dalam proses pemulihan sebelum pembukaan musin baharu dan laut bergelora.
Pulau Redang menghadap Laut China Selatan, sudah lazimnya setiap tahun bermula akhir Oktober pulau ini akan ditutup dan akan dibuka semula pada Mac seterusnya.
5. Pulau Perhentian, Terengganu
Waktu Sesuai = (April hingga Oktober) Tiada monson timur laut waktu ini.
Waktu Tak Sesuai = (November hingga Mac) Pulau dalam proses pemulihan sebelum pembukaan musin baharu dan laut bergelora.
Pulau Perhentian menghadap Laut China Selatan, sudah lazimnya setiap tahun bermula akhir Oktober pulau ini akan ditutup dan akan dibuka semula pada Mac seterusnya.
6. Pulau Sapi, Sabah
Waktu Sesuai = (Mac hingga October)
Waktu Tak Sesuai = (December hingga Febuari)
Kerana waktu yang sesuai itu, cuacanya panas dan kering memang sesuai untuk aktiviti air yang dapat menyejukkan diri.
7. Pulau Manukan, Sabah
Waktu Sesuai = (Mac hingga October)
Waktu Tak Sesuai = (December hingga Febuari)
Kerana waktu yang sesuai itu, cuacanya panas dan kering memang sesuai untuk aktiviti air yang dapat menyejukkan diri.
sumber: Snapbackpacker