Korea adalah salah satu tempat yang sangat digemari oleh orang Malaysia. Bukan sekadar budaya K-pop yang menjadi alasan untuk berkunjung ke sana, tetapi negara 4 musim ini tentunya menjanjikan keindahan semulajadi yang unik untuk percutian musim sejuk, musim bunga mahupun musim luruh.
Memang ‘rambang mata’ bila nak berjalan-jalan di Seoul, Korea. Pelbagai tempat menarik dan ikonik yang berada berdekatannya. Kalau berjalan tanpa tourist guide terutamanya, inilah antara tempat yang menarik anda ‘wajib’ pergi.
Tempat yang Wajib anda Pergi Bila Bercuti di Seoul Korea
-
NAMSAN TOWER
Namsan Tower merupakan mercu tanda paling terkenal di Seoul. Kalau di Malaysia ada KLCC dan KL Tower, ikon kota Seoul pula adalah Namsan Tower.
Dari Ketinggian 236.7m, anda boleh melihat panorama kota Seoul secara menyeluruh. Di puncak Namsan Tower juga terdapat pelbagai cenderahati yang ekslusif untuk dibawa pulang.
Jangan lupa untuk tinggalkan tanda kenangan anda di dataran ‘Love Locks’nya yang terkenal. Di Namsan Tower juga terdapat Muzium Teddy Bear yang mempamerkan anak patung beruang yang menggambarkan kehidupan di Seoul pada masa lalu dan pada masa kini serta berlatar belakangkan bandar terkemuka lain seperti Myeongdong, Insadong dan Dongdaemun.
-
NAMI ISLAND
Di sinilah penggambaran drama terkenal Winter Sonata. Walaupun terletak agak jauh sedikit dari Seoul, Pulau Nami adalah lokasi yang patut anda lawati, terutamanya bagi penggemar keindahan alam semulajadi. Terletak lebih kurang 2 jam dari Kota Seoul, anda boleh pergi ke Pulau Nami dengan menaiki tren dan teksi.
Walaupun terletak agak jauh sedikit dari Seoul, Pulau Nami adalah lokasi yang patut anda lawati, terutamanya bagi penggemar keindahan alam semulajadi. Terletak lebih kurang 2 jam dari Kota Seoul, anda boleh pergi ke Pulau Nami dengan menaiki tren dan teksi.
-
GYEONGBOKGUNG PALACE
Istana bersejarah “Gyeongbokgung Palace” merupakan simbol utama sejarah negara Korea satu masa dahulu. Istana ini pernah dibom oleh tentera Jepun pada perang dunia ke-2 kini dibina semula untuk dijadikan bangunan bersejarahan.
Jika anda memakai baju Hanbok semasa datang ke sini, anda boleh masuk ke sini secara percuma tanpa perlu membayar tiket. Kebanyakkan majlis besar di Korea akan diadakan di sini.
-
YONGPYONG SKI RESORT
Apabila berkunjung ke Korea pada musim sejuk, tak sahlah kalau tak mencuba aktiviti ski di Yongpyong Ski Resort. Ski Resort terkemuka ini merupakan tempat terbaik untuk pengalaman aktiviti ski pertama anda.
Ada jurulatih yang akan mengajar teknik berski dengan betul terutamanya cara untuk meluncur dan mengimbangkan badan. Setelah penat berski, anda boleh menikmati hidangan hangat di restoran yang disediakan dan boleh mencuba aktiviti lain seperti memanah, berenang, membeli-belah dan sebagainya.
-
PETITE FRANCE
Rasai pengalaman berada di Perancis di Petite France yang terletak di Gapyeong. Taman tema yang dibangunkan dengan senibina Perancis ini didedikasikan kepada penulis terkemuka Perancis iaitu Saint Exupery. Anda berpeluang mengambil gambar dengan The Little Prince yang berada di beberapa lokasi sekitar taman tema ini.
Kawasan ini juga direka dengan seni berdasarkan pengembaraan The Little Prince menurut novel tersebut. Terdapat pelbagai muzium, kafe, workshop dan guesthouseyang ditawarkan kepada pengunjung. Taman tema ini juga mengadakan beberapa persembahan sebagai tarikan seperti persembahan muzik orgel, pertunjukan boneka, dan tarian ‘marionette’.
-
EVERLAND THEME PARK
Taman Tema Everland ini lah tempat wajib dilawati oleh pelancong yang datang ke Korea selain dari Lotte World. Disini terdapat hampir seratus permainan menarik yang sesuai bagi seluruh lapisan umur pelancong.
Antara permainan yang menarik yang boleh anda cuba adalah Roller Coaster, Merry-Go-Round, Animal Safari, Rumah Hantu dan banyak lagi aktiviti yang menarik. Tiket disini dijual berasingan mengikut permainan yang kita nak main tapi kalau anda nak main semua permainan, anda boleh menempah tiket penuh “Unlimited Ticket” iaitu 50,000 won (RM200) untuk seharian bermain di taman tema ini.