Tempat Menarik Di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah kerana mempunyai banyak tempat yang menarik. Tempat-tempat  ini merupakan tarikan untuk pelancong  datang ke Malaysia. Banyak tempat menarik di Malaysia seperti taman rekreasi air terjun, kawasan peranginan tanah tinggi, taman tema, pulau-pulau yang cantik, kawasan peninggalan sejarah dan macam-macam lagi.

Antara tempat yang menarik perhatian pelancong ialah kawasan-kawasan pantai yang bersih dan indah. Antara pantai-pantai yang sesuai untuk dikunjungi dan beriadah seperti Pantai Merdeka di Kedah, Batu Feringghi di Pulau Pinang, dan Desaru di Pahang. Pantai-pantai ini telah menjadi daya penarik kepada pelancongan domestik dan luar negara.

Selain itu, di sekitar laut pula terdapat pulau-pulau yang indah dan mempunyai persekitaran yang terpelihara. Terdapat banyak pulau di Malaysia ini dijadikan destinasi pelancongan. Antara pulau yang terkenal ialah Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Kapas dan beberapa buah pulau lain di perairan Sabah dan Sarawak.

Kawasan pergunungan dan tanah tinggi turut menjadi tarikan pelancongan. Kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands bukan sekadar indah, malah mempunyai cuaca yang sejuk dan nyaman. Di samping itu, tanah-tanah tinggi yang lain ialah Bukit Bendera, Gunung Kinabalu, Gunung Tahan, Gunung Datok dan Bukit Fraser. Oleh yang demikian, ramai pelancong gemar melancong di sini. Pihak kerajaan juga telah memajukan kawasan pergunungan sebagai tarikan pelancongan. Pelbagai kemudahan disediakan seperti penginapan dan pengangkutan.

Malaysia antara negara yang mempunyai hutan malar hijau tertua di dunia, Selain di Lembah Amazon, Amerika Selatan. Hutan malar hijau ini bukan sahaja menjadi kawasan tadahan hujan yang amat penting, malah mempunyai beberapa keunikan seperti air terjun yang indah dan nyaman. Usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menjadikan kawasan ini sebagai hutan lipur telah menarik ramai pelancong dalam negara untuk berkunjung pada hari minggu dan cuti-cuti umum. Hutan-hutan lipur yang terkenal ialah Lata Bukit Hijau di Kedah, Lata Kinjang di Perak, Titi Kerawang di Pulau Pinang dan lain-lain lagi. Kerajaan juga telah berusaha mengekalkan alam semula jadi ini dengan mewartakan kawasan tersebut sebagai hutan simpanan dan taman negara seperti Taman Negara Mulu dan Taman Negara di Pahang.

Sememangnya Malaysia mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi pada bila-bila masa. Usaha kerajaan menjayakan program pelancongan ini telah menyebabkan ramai rakyat negara ini mendapat manfaat seperti pertumbuhan industri sokongan, misalnya kraf tangan dan makanan ringan. Selain itu, menjadi tanggungjawab bersama untuk mengekalkan keindahan dan keunikan yang telah disediakan ini. Selain tempat menarik bersasaskan alam semulajadi, terdapat juga empat menarik yang dibina oleh kerajaan. Antaranya ialah Menara Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang dan Menara Berkembar Petronas. Tempat-tempat ini turut menggamit kedatangan pelancong ke bandar-bandar besar di Malaysia.

Terdapat senarai tempat menarik di Malaysia untuk pelancongan seperti kebudayaan, adat resam tempat bersejarah dan macam-macam lagi. Halaman ini disusun mengikut negeri agar mudah pengunjung merancang percutian mereka. Di bawah antara tempat menarik yang sering menjadi tumpuan pelancong.

Tempat menarik di Johor

Terletak di lokasi paling selatan dalam Malaysia, kini makin banyak tempat menarik di Johor Bahru yang ditawarkan untuk pengunjung. Banyak tempat juga sudah diberi nafas baru dengan penambahan beberapa pusat pelancongan terbaru. Di Johor terdapat banyaak tempat menarik yang boleh dikunjungi jika anda bercuti di negeri ini. Antara destinasi yang popular ialah pulau-pulau di perairan mersing, kawasan-kawasan pantai, kawasan semula jadi di taman negara, taman tema dan lain-lain. Pusat Bandar yang semakin berkembang pesatseiring dengan Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor atau Iskandar Malaysia ini ternyata memiliki keunikan tersendiri yang sesuai dilawati oleh semua peringkat umur.

Tempat menarik di Pahang

Pahang ialah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia dan tidak dinafikan banyak tempat-tempat menarik seperti pulau, kawasan tanah tinggi, pantai, taman tema mahupun flora dan fauna. Pahang juga mempunyai tarikan lain seperti kebudayaan dan makanan masyarakat tempatan. Pahang juga terkenal dan lauk pauk yang sedap yang patut dicuba seperti gulai asamrong, gulai belimbing hitam, gulai tempoyak ikan patin, mee calong dan sebagainya.

Tempat menarik di Terengganu

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan satu negeri destinasi percutian yang menjadi tumpuan pelancong terutamanya untuk pelancong yang sukakan aktiviti-aktiviti yang lebih dekat dengan tarikan pulau dan pantai. Berbagai tempat menarik di Terengganu boleh dilawati terutama destinasi percutian alam semulajadi seperti pantai peranginan, air terjun, hutan lipur dan gunung. Ia adalah salah satu destinasi percutian popular di Malaysia. Tarikan utama pelancongan negeri ini ialah pulau-pulaunya yang sangat cantik. Di tanah besar pula, Tasik Kenyir menjadi destinasi percutian popular pelancong yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi.

Tempat menarik di Melaka

Melaka terkenal dengan tempat-tempat bersejarah peninggalan Kesultanan Melaka dan juga penjajah. Oleh itu Melaka dikenali sebagai Melaka Bandaraya Bersejarah. Selain tempat bersejarah, terdapat banyak tempat menarik di Melaka seperti taman teman, kawasan pantai yang cantik dan kawasan percutian keluarga yang lain.

Tourism Malaysia tetap positif bahawa landskap pelancongan di negara ini akan terus diberkati dengan banyak cerita kejayaan di masa depan. Walau bagaimanapun, mereka juga menyedari sepenuhnya bahawa industri akan menghadapi banyak cabaran dan halangan di sepanjang jalan, apabila mereka berusaha untuk mencapai sasaran Kerajaan.

Strategi dan program promosi untuk 2018-2020 bertujuan untuk mencapai matlamat Kerajaan, oleh itu Tourism Malaysia  akan bekerjasama rapat dengan rakan kongsi dan pihak berkepentingan tempatan dan antarabangsa untuk memastikan kejayaan semua rancangan. Di samping itu, mereka telah menetapkan 2020 sebagai Tahun Melawat Malaysia untuk mempromosikan lagi penawaran pelancongan Malaysia yang meluas dan meningkatkan kedatangan dan penerimaan pelancong.

Secara amnya, Tourism Malaysia akan menumpukan kepada penyertaannya dalam pameran perdagangan utama dan memanfaatkan akses dan penyambungan utama, serta memberikan penekanan yang tinggi terhadap pemasaran digital dan mengoptimumkan penggunaan teknologi maklumat terkini dalam mempromosikan pelancongan negara.

Sebagai kesimpulan, pelan ini disediakan sebagai panduan untuk pengguna dalam merancang dan melaksanakan aktiviti promosi dan usaha promosi untuk 2018-2020. Masih terdapat banyak ruang bagi prinsip-prinsip panduan yang akan digunakan mengikut kreativiti dan inovasi pengguna, serta kesesuaian dan keperluan pada masa, tempat dan keadaan tertentu. Tourism Malaysia yakin industri pelancongan negara mempunyai potensi besar untuk pertumbuhan pada tahun-tahun mendatang, dengan banyak infrastruktur baru, tarikan, dan dasar dan insentif yang dirumuskan dan dilaksanakan. Mereka percaya bahawa industri pelancongan Malaysia akan terus berkembang sebagai salah satu tonggak sokongan ekonomi penting negara.

Kesimpulannya, sememangnya Malaysia mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi pada bila-bila masa. Keindahan dan keunikan  Malaysia menjadi kebanggaan rakyatnya.

Related Posts