Permudahkan Pengalaman Haji, CelcomDigi Perkenal Pas Tanpa Had Untuk Haji – RM139 Untuk 50 Hari

Apabila kita ke luar negara untuk menunaikan Haji, pasti kita akan tercari-cari pas yang bersesuaian dengan harga yang berbaloi untuk menggunakan data semasa di Tanah Suci.

Dari Tanah Air Ke Tanah Suci, CelcomDigi Perkenalkan Pas Untuk Tunaikan Haji

 

CelcomDigi memperkenalkan pas khusus untuk mereka yang akan menunaikan haji, iaitu Pas Perayauan Haji. Pas ini ditawarkan pada harga RM138 bagi penggunaan selama 50 hari.

Dengan penawaran ini, pengguna boleh kekal menggunakan kad SIM sedia ada, dan melakukan perayauan menggunakan rangkaian di Arab Saudi, seperti Mobily, STC, dan juga Zain KSA. Melalui pas perayauan ini, pengguna boleh menikmati internet tanpa had sehingga 1Mbps, 150GB data pada kelajuan tinggi, dan juga panggilan masuk tanpa had.

Untuk melakukan pembelian, pengguna hanya perlu melakukan pembelian menggunakan aplikasi Celcom Life atau MyDigi, dan pilih pembelian pas perayaun pada bahagian Add-Ons.

Sumber: CelcomDigi

Baca juga:  4 Tips Percutian Bajet Bersama Keluarga

Related Posts