4 Tips Percutian Bajet Bersama Keluarga

Percutian bajet

Cuti sekolah memang waktu yang paling dinantikan oleh anak-anak. Ada yang ingin pulang ke kampung untuk melawat datuk, nenek dan saudara, ada juga yang ingin bercuti tidak kiralah dalam ataupun luar negara.

Bila bercakap pasal percutian keluarga, ianya pasti akan melibatkan bajet yang agak besar kerana melibatkan jumlah yang ramai dan mungkin juga mengambil tempoh yang agak panjang.

Jadi macam mana nak dapatkan percutian bajet bersama keluarga.?

 

1. RANCANG PERJALANAN LEBIH AWAL

Percutian bajet bersama keluarga.

Untuk pergi bercuti, apa yang penting ialah bagaimana untuk ke destinasi tersebut. Tidak kiralah menaiki pengangkutan awam mahupun kenderaan sendiri.

Tempah tiket penerbangan lebih awal atau sewaktu terdapat promosi, kebiasaanya harga pada waktu ini akan lebih murah berbanding hari biasa. Jika dengan kenderaan sendiri, pastikan kenderaan itu telah di selanggara terlebih dahulu. Takut nanti rosak dalam perjalanan pulak.

2. TEMPAH PENGINAPAN SECARA ONLINE 

Harga hotel mahupun homestay memang mahal jika walk in terus ke kaunter mereka. Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, anda dinasihatkan untuk membuat tempahan secara online.

Image result for ONLINE BOOKINGMemang agak merumitkan bila buat tempahan secara online, tetapi anda akan berpuas hati jika mendapat tempat penginapan yang selesa tapi dengan harga yang lebih murah.

3. BAWA BEKALAN MAKANAN DARI RUMAH

Bawa bekalan makanan dari rumah akan lebih menjimatkan bajet. Tidak kiralah makanan mee segera mahupun makanan dalam tin. Terdapat banyak pilihan makanan yang terdapat di pasaran, jadi anda hanya perlu memilihnya sahaja.

Image result for bekalan makanan untuk travel

Ini akan lebih menjimatkan berbanding makan di kedai yang kita belum tahu kualiti masakan mereka.

4. CARI AKTIVITI JIMAT BELANJA

Untuk mengelakkan pembaziran, cari aktiviti yang lebih jimat seperti aktiviti yang disediakan oleh pihak hotel. Anda juga boleh melakukan aktiviti seperti mandi pantai, mendaki gunung, atau aktiviti yang boleh merapatkan hubungan antara ahli keluarga yang lain.

Image result for aktiviti masa travel

Janganlah hanya berehat di bilik hotel sahaja. Buat aktiviti yang menarik terutamanya yang mengembirakan anak-anak dan luangkan waktu bersama mereka.

 

 

Related Posts