TIPS BERCUTI KE PULAU LANGKAWI.
Bagi mereka yang bercadang untuk bercuti ke Langkawi, dan ingin menikmati keindahan di sana bersama keluarga. Mungkin tips ini akan membantu anda untuk pergi ke sana dan juga ketika anda berada di sana.
1. Feri ke Langkawi
Jika menaiki feri, boleh naik feri dari Kuala Perlis atau Kuala Kedah untuk ke Langkawi. Feri dari Kuala Perlis hanya mengambil masa 55 minit manakala dari Kuala Kedah pula mengambil masa 1.5 jam.
Jika menaiki feri, sampai di Jeti Pekan Kuah Langkawi, seeloknya beli terus tiket untuk balik. Ini untuk mengelakkan apabila telah check-out hotel, tiket feri untuk balik ke kKuala Perlis/Kuala Kedah telah habis terutama pada musim cuti sekolah.
Seeloknya belilah tiket secara online terutama semasa peak season untuk elak tiket feri habis atau terpaksa beratur panjang dan lama di jeti.
2. Masa Sesuai ke Langkawi
Bila-bila masa sesuai cuma kalau boleh elakkan musim hujan. Jika datang musim hujan, banyak aktiviti akan tergendala. Island Hoping tak boleh, pergi Kilim Geo Park mungkin tak dapat dan naik cable car Langkawi Panoramic juga mungkin sedikit terganggu. Kira pergerakan akan betul-betul terjejas.
Kebiasaannya bulan Disember hingga Februari selalu hujan. Tapi ikut nasib juga, cuaca ni kita tak boleh nak ramal sangat.
Kalau yang bujang tu atau dah berkahwin dan tak ada anak-anak yang bersekolah, elakkan datang pada peak season seperti LIMA, cuti sekolah atau public holiday. Selain kena beratur panjang di tempat tarikan, tempat tu juga akan dipenuhi pengunjung.
Masa peak season seperti cuti sekolah, LIMA atau public holiday, kena bayar lebih sedikit seperti kereta sewa dan hotel. Harga makanan juga kalau nasib tak berapa baik pun akan kena bayar lebih.
3. Penginapan di Langkawi
Hotel, resort, chalet, motel dan home-stay banyak di sini. Jika musim cuti sekolah dan public holiday, perlu booking awal untuk elak full house. Start la booking 2-3 bulan awal.
Haizah Homestay Langkawi selalunya menjadi pilihan pengunjung disebabkan kedudukannya yang strategik iaitu terletak di kawasan Ulu Melaka.Hanya mengambil masa 5 minit dari Airport Langkawi , 10 minit ke Pantai Cenang dan 15 minit ke Pekan Kuah.
Nak makan pun senang di sini, banyak pilihan. Terletak berdekatan Restoran Ikan Bakar Kak Yan yang terkenal di Langkawi.
4. Makan di Langkawi
Terdapat banyak pilihan untuk makan di sini. Juga terdapat beberapa tempat special dan yang agak ‘viral’ di lokasi tertentu, yang perlu dikunjungi jika ke sini.
Harga makan di sini tidak la mahal seperti di sesetengah pulau percutian.
Kalau datang dalam mode “cuti budget’, elakkan makan di restoran seafood dan seumpamnya. Lobster di sini bukan murah macam harga lobster di Kota Kinabalu yer.
5. Tempat Menarik di Langkawi
Langkawi ni memang tempat tumpuan pengunjung … dalam dan luar negeri. Sentiasa ramai. Survey dulu pakej harga untuk pakej-pakej island hoping, mangrove tour dan seumpamanya.
Datang sini jangan lupa ke Panaromic Langkawi ( Sky Cab ). Kalau ada keberanian, boleh berjalan di jambatan gantung di puncak tu nanti.
Antara tarikan lain di Pulau Langkawi yang menjadi tumpuan pengungjung adalah 3D Art Museum. Cuti sekolah, nak bergambar dengan kreativiti susah sikit sebab ramai pegunjung dan masing-masing tunggu turn nak bergambar.
Jika datang pada musim cuti sekolah atau public holiday, jangkakan kena ‘Q’ panjang terutama nak naik cable car. Berjam kena beratur kecuali sanggup bayar harga untuk express lane.
6. Shopping di Langkawi
Pulau Langkawi juga terkenal sebagai Pulau Bebas Cukai. Pelbagai barangan di sini bebas cukai dan lebih murah dari tanah besar. Antara barangan yang selalu dibeli adalah set pinggan mangkuk, coklat, kain batik/pelikat, minyak gamat dan rokok.
Kedai bebas cukai terdapat di Pekan Kuah. Kedai yang biasa menjadi tumpuan adalah Haji Ismail Group, RAMS, Idaman Suri,
Ada barangan mempunyai limit belian dan bergantung kepada berapa lama kita menginap di Langkawi. Limit belian adalah yang belian yang tidak dikenakan cukai. Jika membeli lebih dari yang dibenarkan, akan dikenakan cukai oleh pihak kastam di Airport.
Antara limit belian :
Kain batik hanyaboleh beli maksimum 2 helai jika datang sehari semalam dan 6 helai jika menginap lebih 2 malam. Tak silap saya kain batik jawa (3 serangkai contohnya) ada larangan tapi tak pasti sejauh mana ‘larangan’nya.
Set pinggan mangkuk juga hanya dibenarkan 1 set sahaja jika datang sehari semalam. Tapi kalau menginap beberapa malam dan datang dengan ahli keluarga, tidak menjadi masalah.
Rokok ikut kata kawan saya hanya di benarkan 2 karton sahaja. Jika menginap lebih 2 malam pula saya tak pasti maksima boleh beli.
Barang lain seperti coklat dan minyak gamat tiada sekatan had limit.
Di sini juga banyak dijual beg-beg luggage dengan harga cukup murah.
Simpan tiket feri/kapal terbang serta bil hotel/resort / homestay untuk rujukan pihak kastam bagi menentukan berapa malam kita menginap di Pulau Langkawi.