Tempat Menarik di Kuala Lumpur pada Waktu Malam!

Sebenanya, banyak tempat menarik di Kuala Lumpur, lagi-lagi waktu malam. Dah sebab waktu siang mula dari breakfast sampai makan malam, mesti penat.

Jadi bila waktu malam pula, pasti nak ke tempat yang mungkin yang agak relax sikit dan  mesti ada tempat menarik yang best. Jom kita menerokai tempat menarik di Kuala Lumpur ni pada Waktu Malam.

KLCC 

Di KL lokasi tumpuan pelancong nombor satu. Jika siang hari, ramai hadir ke menara berkembar ini untuk membeli-belah, bersiar-siar sambil melihat kehebatan Malaysia yang mana mempunyai record menara berkembar tetinggi di Dunia.

Namun pada waktu malam lain pula ceritanya. Selain masih boleh membeli belah di dalam mall yang mewah, anda pasti akan terpesona dengan pancuran air di lake Symphony yang diserikan oleh lampu berwarna-warni. Pada masa yang sama ia turut diiringi dengan muzik yang synchronize dengan pancutan air.

Tambahan pula di belakang pancuran air, KLCC yang indah diterangi cahaya lampu. Bukan sahaja pelancong, orang tempatan turut terpegun akan keindahan mercu tanda ini.

Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan penuh bersejarah yang terletak di Dataran Merdeka ini masih lagi dilindungi oleh pihak kerajaan. Memang tak sah kalau ttidak di ketengahkan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memperkenalkan sistem pencahayaan menarik untuk menerangi bangunan ini. Jadi lokasi ini bukan hanya meriah sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan sahaja.

Anda boleh datang ke sini dan lihat keindahan pencahayaan bangunan. Lokasi ini dikira menarik untuk dijadikan tempat lepak.

Brickfields

Atau dikenali sebagai Little India. Sejak KL Central dibina di kawasan ini, Brickfields menjadi semakin meriah. Berkedudukan di Jalan Tun Sambanthan, Brickfield menjadi hub buat orang ramai khususnya masyararak India untuk membeli barangan tradisi kaum berkenaan.

Ini tidak bermakna bangsa lain tidak sesuai ke sini. Brickfields cukup meriah dengan gerai-gerai yang menjual barangan pada harga rendah. Malah kedai mamak juga sentiasa menjadi pilihan pengunjung. Tak rugi datang ke sini, tambahan pula kebanyak dan decorasi bertemakan masyarakat India dan diiringi dengan lagu Tamil dan Hindustan. Membuatkan anda seolah-olah berada di India.

Petaling Street (Chinatown)

Confirm semua kenal dengan Petaling Street kan. Bazar larut malam ini cukup meriah dengan aneka barangan dan makanan yang dijual pada harga yang cukup murah. Peniaga di sini pula begitu bertenaga dalam melakukan aksi tawar-menawar sehingga ada yang terpekik untuk menarik perhatian pelanggan.

Petaling Street mula beroperasi pada lewat petang hinggalah ke tengah malam. Tidak sukar untuk ke lokasi ini kerana banyak pengangkutan awam disediakan. Jika menggunakan LRT, anda perlu berhenti di Stesen LRT Central Market, kerana Petaling Street hanya 400 meter sahaja dengan berjalan kaki.

Kampung Baru ( Night Market )

Kampung Baru mempunyai suasana kampung di tengah-tengah bandar. Menjadikan dia salah satu tarikan yang unik di Kuala Lumpur. Kampung Baru boleh dikatakan tempat terbaik untuk lepak.

Anda tidak akan kecewa sekiranya datang ke sini, kerana kehidupan malam di Kampung Baru cukup meriah. Terutama kalau tengah cari tempat makan sedap. Di sini banyak gerai yang menjual pelbagai jenis masakan.

Anda boleh pilih hidangan yang dijual termasuklah laksa, nasi campur, mi kari, nasi kerabu, sate, rempeyek, kerepek dan aneka air.

Menara KL

Satu lagi tempat wajib pergi kalau benar-benar ingin melihat keindahan Kuala Lumpur pada waktu malam. Menara yang turut menjadi mercu tanda Malaysia ini cukup popular di kalangan pelancong asing serta warga tempatan.

KL Tower memilik banyak tempat-tempat menarik di sekitarnya. Selain anda boleh lihat menara ini tersegam indah diterangi cahaya lampu biru, anda juga berpeluang melihat bandar KL dari atas.

Observastion Deck beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 10 malam. Ini adalah untuk memberi peluang kepada anda melihat kehidupan malam kota metropolitan ini bergemerlapan secara 360 darjah!

Jambatan Putrajaya

Kalau bercakap tentang mercu tanda, tidak sah kalau kami tak selitkan Jambatan Putrajaya sebagai salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur waktu malam.

Jambatan Putrajaya bermandi cahaya berwarna-warni di waktu malam melambangkan kemegahan pentadbiran negara.

Reka bentuknya bercirikan Islam dan sentuhan moden membolehkan pengunjung menikmati pemandangan menarik pusat pentadbiran negara ini. Termasuklah tasik indah, Masjid Putrajaya dan laluan masuk ke Pejabat Perdana Menteri.

Cruise Tasik Putrajaya

Satu lagi tempat menarik yang ada di Putrajaya adalah menaiki cruise di tasik yang berkeluarsan 650 hektar. Belayar sambil melihat mercu tanda Putrajaya yang indah.

Pelayaran anda lebih istimewa jika dapat menyaksikan banda dalam taman Putrajaya yang cukup mempersonakan pada waktu malam.

Di sini, pengunjung di beri dua pilihan sama ada menaiki bot persiaran penumpan ataupun perahu gondola yang direka mengikut tradisi Melayu.

Bukit Bintang

Bukit Bintang memang sudah terkenal kerana terdapat banyak tempat shopping di kawasan sekitarnya. Dari pusat membeli-belah mewah hinggalah gerai tepi jalan yang menawarkan harga murah.

Di Bukit Bintang sahaja anda boleh ke Lot 10, Pavillion, Low Yat, Berjaya Time Square, Low Yat, BB Plaza, dan Sungei Wang. Kesemua tempat ini cukup meriah pada waktu malam. Sebut sahaja apa yang dihajati, anda pasti akan temuinya di sini.

Tidak cukup dengan itu, pengunjung juga dapat menikmati alunam muzik dan nyanyia dari buskers sambil menghirup angin malam.

Uptown Danau Kota

Pasar malam atau bazar larut malam yang cukup popular di kalangan masyarakt tempatan. Mana tidaknya, banyak gerai-gerai yang menjual aksesori dan pakaian tiruan pada harga murah di sini.

Siapa je yang tak rambang mata melihat aneka barangan yang dijual disini. Nak lebih meriah, datanglah pada musim perayaan kerana kebanyakan barang dijual pada harga jauh lebih murah.

Uptown Danau kota yang terletak di Setapak ini beroperasi pada jam 9 malam hingga 3 pagi, setiap Rabu hingga Ahad sahaja.

KL Hop-On Ho-Off

Nak jelajah satu KL memang memenatkan dan perlu perancangan rapi. Cara terbaik adalah dengan menggunakan khidmat bas persiaran dua tingkat dikenali KL Hop-On Hop-Off (HOHO).

HOHO merupakan bas persiaran dua tingkat yang mana bahagian bumbungnya terbuka. Ini memudahkan anda menikmati pemandangan warna-warni Kuala Lumpur dengan sepenuhnya.

Harga tiket HOHO: Dewasa (RM45) ; Kanak-kanak (RM25). Tiket boleh dibeli di Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang. Maklumat lanjut sila layari http://www.myhoponhopoff.com/

 

Sumber: TeamTravel.com

Jom Baca: Bercuti dengan anak kecil? Ini beberapa tips yang perlu dilakukan oleh IbuBapa

Related Posts