Tahukah Anda Bahawa Warna Passport Didunia Ada 4 Sahaja

Passport adalah satu dokumen penting untuk anda ke luar negara. Tanpa passport kita tidak boleh bercuti di luar negara. Seperti yang kita maklum, warna passport Malaysia adalah warna merah tpi adakah anda tahu bahawa warna passport didunia ada 4 sahaja. Kesemua warna ini mempunyai maksud yang berlainan.

Mari saya huraikan kesemua jenis warna dan maksud warna passport tersebut.

1. Merah

Bagi kita rakyat Malaysia semestinya dah biasa dengan passport berwarna merah. Tapi adakah anda tahu maksud disebalik warna merah ini? Untuk pengetahuan anda, pasport yang berwarna merah ini kebiasaannya dikeluarkan di negara yang mempunyai sejarah atau masih lagi berada didalam sistem komunis.

Antara negara-negara yang menggunakan passport merah ini ialah Slovenia, China, Serbia, Rusia, Romania, Poland dan Malaysia. Negara kesatuan Eropah kecuali Croatia juga mempunyai passport berwarna merah.

2. Hitam

Passport hitam ini antara passport yang jarang dijumpai. Saya pasti ada antara kita jarang menjumpai passport yang berwarna hitam. Passport yang berwarna ini hanya boleh dijumpai di negara Afrika sahaja iaitu, Angola, Chad, Botswana, Zambia dan Malawi. Walaubagaimanapun, negara New Zealand juga menggunakan warna tersebut kerana ia merupakan warna rasmi negara itu.

3. Hijau

Kebanyakan negara Islam seperti Maghribi, Arab Saudi dan Pakistan menggunakan warna hijau. Ia melambangkan perkaitan dengan Islam, alam semula jadi dan kehidupan dan juga mengikut warna kegemaran Nabi Muhammad SAW.

Ada juga beberapa negara bukan Islam menggunakan warna ini antaranya, Vietnam, Nigeria, Burkina Faso, Ivory Coast dan Senegal. Hal ini demikian kerana ngara-negara ini  tergolong dalam keanggotaan ECOWAS (Economic Community of West African).

4. Biru

Sekiranya pasport berwarna merah ini kebiasaannya dikeluarkan di negara yang mempunyai sejarah atau masih dalam sistem komunis, pasport berwarna biru pula melambangkan “new world”.

Passport yang berwarna biru ini sangat popular di Amerika Syarikat dan 15 negara Caribbean. Walaubagaimanapun, negara-negara di Amerika Selatan kecuali Venezuela turut menggunakan passport berwarna ini bagi memberikan simbol perdagangan Mercosur.

Mercosur ialah satu blok perdagangan yang dianggotai Argentina, Brazil, Paraguay dan Uruguay. Tahun 1976 menyaksikan pasport untuk warganegara Amerika Syarikat bertukar kepada warna biru daripada hijau.

 

Berikut adalah video Youtube untuk penerangan tentang warna passport didunia.

https://www.youtube.com/watch?v=P2Nt4n45vOI

Related Posts