Perkara Yang Harus Dirancang Sebelum Bercuti

Setiap orang pastinya mengimpikan sebuah percutian yang menarik. Betul tak? Sebab ini adalah satu-satunya masa yang paling ideal untuk kita rehatkan minda dan tenangkan diri. Bercuti memang best tpi sebelum pergi bercuti kita mestilah membuat perancangan dahulu. Sekiranya anda ingin tahu beberapa perkara yang harus dirancang sebelum bercuti, mari kami kongsikan kepada anda.

1. Destinasi Pilihan

Perkara yang paling utama dalam setiap percutian ialah destinasi pilihan. Bila anda ingin bercuti, pastikan anda membuat research dahulu untuk destinasi yang anda ingin pergi. Bila dah tentukan destinasi, lebih mudah untuk anda merancang dari segi bajet kewangan dan jarak destinasi tersebut.

2. Penjadualan Destinasi

Untuk melancarkan lagi percutian ke destinasi anda, sediakan satu penjadualan destinasi program anda sendiri. Jadi, lebih senang untuk anda membuat anggaran perbelanjaan. Anda boleh lihat pelbagai penjadualan ini di Facebook, Instagram, Twitter atau mana-mana forum berkaitan percutian.

Sesetengah orang lebih suka menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan sebab semua perkara dah diuruskan termasuklah urusan penginapan dan pengangkutan. Tapi sebenarnya, lagi best kalau kita merancang sendiri jadual percutian kita. Masa kita akan jadi lebih fleksibel dan tidak terikat kepada penjadualan yang telah ditetap daripada agensi-agensi.

3. Barang Keperluan

Untuk menyediakan barang keperluan, saya nasihatkan untuk sediakan satu senarai semak 2-3 minggu sebelum anda pergi bercuti. Perkara ini penting supaya anda tidak terlupa untuk bawa barang keperluan yang penting sekaligus dapat menyelamatkan duit anda daripada hangus begitu saja membeli barang yang tertinggal. Contoh barang keperluan ialah :-

  1. Ubat Gigi
  2. Berus Gigi
  3. Pencuci Muka
  4. Pengecas Telefon Bimbit

Apa sahaja yang terlintas dalam kepala, terus catatkan dalam buku nota atau telefon pintar anda. Semasa mengemas barang nanti, baru tentukan mana yang perlu dibawa dan mana yang tidak perlu.

4. Duit Belanja

Setiap percutian semestinya memerlukan duit perbelanjaan yang agak banyak. Buat perancangan kewangan terlebih dahulu yang merangkumi kos penginapan, pengangkutan, makanan, cenderamata dan duit kecemasan sekiranya berlaku apa-apa perkara diluar jangkaan.

Kalau anda merancang untuk bercuti ke luar negara, lebih elok jika anda rajinkan diri untuk mengenalpasti lokasi restoran yang halal sebelum terbang ke sana agar kita tidak termakan makanan yang tidak halal.

Ringankan juga mulut untuk bertanya pada penduduk tempatan bagi mendapatkan kepastian. Walaupun maklumat ada di hujung jari, tapi bukan semua boleh percaya 100%.

Related Posts