Backpackers

Backpackers

Backpackers banyak didefiniskan sebagai melakukan perjalanan yang jauh dari satu negeri ke negeri yang lain dalam negara sendiri atau di negara lain dengan menggunakan perbelanjaan yang sekecil mungkin. Barang yang akan digunakan akan dibawa mengunakan beg yang digalas di belakang.

Perjalanan dilakukan dengan menggunakan berbagai jenis pengangkutan seperti kapal terbang, kereta, dan ada juga yang menggunakan motosikal. Semua perancangan hendaklah dirangka sebaiknya mungkin dengan mencari data atau membuat survey yang mendalam tentang tempat yang bakal dikunjungi.

Backpackers

Backpacker juga di definisikan sebagai pengembaraan ke tempat-tempat yang mencabar dan sebagai pengembaraan di sesuatu tempat  yang tidak pernah di lawati sambil menjalankan kerja-kerja yang di amanahkan. Perjalanan mereka ini di penuhi dengan mengenal budaya yang diamalkan di sesuatu tempat itu. Akibat dari perkembangan yang mendadak dalam aktiviti backpacker ini, tidak hairanlah hotel-hotel bajet semakin bertambah di setiap pelosok dunia bagi memenuhi permintaan para backpacker ini.

Lebih jauh lagi menurut saya kembara ala backpacker adalah cara kita melakukan suatu perjalanan yang dilakukan melalui beberapa proses seperti membuat jadual perjalanan yang lengkap, membuat rancangan perincian dana yang akan dikeluarkan, menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan, menentukan destinasi yang bakal dituju, menetapkan tempat penginapan dan juga pengangkutan yang sesuai dengan dana atau budget.

Seorang backpacker sejati akan selalu bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan yang akan mendatang. Biasanya, mereka ini tidak akan peduli jika terpaksa menaiki kenderaan awam yang penuh sesak dan tidak selesa. Tidak ada masalah jika harus tidur tempat yang tidak selesa, seperti di pondok menunggu bas, surau dan lain-lain. Barang yang dibawapun tidak banyak. Kebiasaannya beg akan diisi dengan barang-barang keperluan dan tidak membawa peralatan yang tidak penting.

Yang paling penting bagi seorang backpacker adalah merasai keunikan sebenar tempat yang di lawati yang sangat berbeza dengan pakej percutian yang ditawarkan oleh agen-agen pelancongan. Dengan melakukan aktiviti backpacker ini, mereka dapat mempelajari sesuatu yang baru setiap kali mereka melawat ke tempat-tempat yang tidak pernah dilawati. Ia merupakan satu pengalaman yang tidak akan pernah diajarkan di dalam kelas

Sementara backpacker pada era moden ini banyak yang mempersiapkan diri dengan gajet yang canggih dan terkini. Tidak perlu hairan sekiranya anda melihat seorang pelancong yang membawa beg dengan mengenakan pakaian seadanya tapi memegang alat GPRS untuk menentukan arah destinasi yang bakal dituju.

Bukan sahaja GPRS yang akan memudahkan perjalanan anda, malahan juga sekarang ini, perkhidmatan yang memudahkan para backpacker turut berkembang pesat seperti tourist guide, hotel-hotel bajet untuk di sewa dan macam-macam lagi.

Related Posts