5 Tips Untuk Merancang Percutian ‘Last Minute’ dan Menjimatkan

Percutian last minute selalu terjadi kepada sesiapa sahaja yang sibuk dengan karier mereka dan ada keluarga yang terpaksa menunggu anak-anak mereka cuti sem dan cuti sekolah. Jangan panik! Jom kita lihat tips untuk merancang percutian last minute supaya percutian impian anda berjalan dengan lancar.

Planning dan Bajet

Nak Travel, Tapi Takde Duit? Nah..Cuba 5 Cara Pasti Jadi Ni..

Pertama sekali, anda perlu setkan beberapa lama percutian anda. Sebagai contoh, jika anda setkan selama 3 hari, maka aktiviti percutian anda terhad kepada tiga hari sahaja.

Manakala untuk bajet pula, jika percutian anda mengambil masa yang lama seperti dua minggu maka sudah tentu bajet anda akan bertambah kerana kos makanan, penginapan, pengangkutan akan turut bertambah.

Jadi, saya syorkan bajet yang ada pada anda mestilah bersesuaian dengan tempoh percutian anda.

Mencari Sedikit Maklumat Destinasi Anda

 

mencari maklumat — Papakacak

Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk mencari sedikit maklumat supaya percutian anda menjadi berbaloi dan menyeronokkan. Walaupun anda tidak sempat untuk membuat carian di rumah, anda boleh mencarinya ketika dalam perjalanan untuk sampai ke destinasi.

Membuat ‘checklist’

 

5 steps for using checklists to achieve sales and marketing success - The Business Journals

Spoil mood bila barang tertinggal? Sebelum mengemas pakaian atau barang-barang ke dalam beg, anda haruslah membuat senarai pakaian dan barangan yang penting.

Jika anda mempunyai anak kecil, makanan, baju yang bersesuaian, lampin pakai buang, dan mainan kegemaran mereka perlu diambil kira. Penting tau, kerana anak kecil sukar menerima perubahan suasana yang berlainan dengan rumah mereka.

Selain itu, senarai semak ini juga sangat berguna apabila anda ingin pulang ke rumah kerana anda dapat  menyemak semula barang-barang anda buat kali terakhir sebelum berangkat pulang.

Pemilihan Penginapan Yang Terbaik

 

Selepas membuat perancangan dan menentukan semua bajet, anda boleh membuat tinjauan hotel atau homestay yang ada melalui kemudahan aplikasi seperti aplikasi Trivago, Agoda, Booking.com dan sebagainya.

Sekiranya anda bertuah, anda boleh mendapatkan harga yang amar rendah untuk penginapan hotel atau homestay yang bertaraf lima bintang.

Pemilihan Pengangkutan Yang Sesuai

 

The London electric bus fleet is the largest in Europe - Intelligent Transport

Jika anda bercuti berseorangan, pengangkutan awam adalah solusi yang terbaik. Manakala, jika anda bercuti bersama keluarga adalah lebih baik membawa kenderaan sendiri kerana kos menyewa kereta agak mahal.

Walau bagaimanapun, ianya berbeza sekiranya korang ingin bercuti ke luar negara bersama keluarga, pengangkutan awam menjadi pilihan anda kerana kos pengangkutan awam amat murah.

Kesimpulan

Haa menarik kan percutian last minute anda! Selalunya perancangan last minute yang menjadi dan lebih menarik! Kesimpulannya, walaupun dirancang last minute tetapi jika dirancang dengan teliti mengikut kiraan bajet dan tempoh percutian anda, anda boleh menikmati percutian anda.

Related Posts