Tips Ringkas Semasa Travel

tips ringkas

Melancong merupakan aktiviti yang digemari oleh semua orang dan sering ditunggu-tunggu tidak kira sesiapa sahaja khususnya bagi yang sudah berkeluarga. Yelah, semasa melanconglah kita dapat merehatkan fikiran, dan merapatkan hubungan sesama ahli keluarga disamping mengenali budaya dan tempat baru.

Namun begitu, bagi anda yang first time ingin melancong khususnya ke luar negara. Anda perlu lah membuat beberapa persiapan bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini semasa melancong. Bagi anda yang suka travel boleh cuba tips ringkas ini.

1- Tampalkan pelekat FRAGILE

tips ringkas

Masa nak check-in, minta tampalkan pelekat ‘fragile’ pada bagasi. Kerana setiap bagasi yang ada tampal pelekat ‘fragile’ biasanya akan diletak bahagian paling atas. Bagasi akan lebih terjaga dan lebih cepat masa di bagian tuntutan bagasi, tak perlu tunggu lama.

2- Tanam benda berharga dalam pasir.

Tip ini boleh guna masa pergi berkelah tepi pantai, pergi satu keluarga tak seronoklah kalau salah seorang terpaksa duduk tepi pantai untuk jaga barang, salah satu cara yang selamat ialah bungkus barang berharga seperti telefon bimbit dan beg duit dalam plastik, tanamkan dalam pasir dan hamparkan tikar di atasnya, kemudian boleh terjun laut mandi puas-puas, kalau ada pencuri nak cuba curi sekalipun akan ambil masa yang lama untuk korek.

Psst…jangan pula tanam, tapi tak buat tanda, alamatnya memang tak jumpalah nak korek balik.

3- Pakai jaket atau bawa beg galas kecil ketika di lapangan terbang.

Hampir kesemua lapangan terbang akan ada beberapa pemeriksaan sekuriti untuk masuk ke bilik pelepasan. Tujuannya adalah untuk memudahkan ketika tiba di mesin imbas bagasi, boleh masukkan semua gadget, beg duit, boarding pass, paspot dan lain-lain ke dalam poket jaket atau beg galas.

tips ringkas

Masa sampai di mesin imbas hanya perlu buka jaket dan letakkan dalam bekas yang disediakan, senang dan cepat, selepas selesai boleh terus ambil jaket dan pergi, tak perlu untuk kutip satu persatu barang dalam bekas tersebut.

4- Simpan kad bisnes hotel penginapan ke mana saja pergi.

Sangat berguna ketika sesat jalan atau tak jumpa jalan untuk pulang, terutamanya apabila pergi ke negara yang majoriti penduduknya tidak boleh berbahasa inggeris, solusinya tunjukkan kad bisnes tersebut pada pemandu teksi, dengan izinnya akan dapat sampai kembali ke hotel penginapan.

5- Simpan duit dalam tempat yang tersempunyi.

Masa mengembara saya suka simpan duit pecah-pecah, salah satu tempat kegemaran saya simpan duit ialah dalam tiub pelembab bibir (lip balm). Kebiasaannya si pencuri akan cari benda yang nampak berharga untuk dicopet, macam tiub pelembab bibir memang tak pandang dah, saya letak tepi poket beg galas pun tiada siapa yang peduli. Tidur lena 200 dolar duduk dalam tiub tu..huhu

Semoga tips ringkas ini bermanfaat untuk anda.

Kredit : Zaid Traveler

Related Posts