Apabila waktu untuk berkhemah yang ditunggu-tunggu sudah tiba, pastikan anda menambah gadget berkhemah yang “GEMPAK” ini di troli anda.
Dari gadget dapur panas untuk memasak hingga ke khemah terapung dan aksesori berkhemah yang serba lengkap akan memudahkan perjalanan bercamping anda. Selain itu, gadget berkhemah ini sesuai dijadikan hadiah kepada para camping yang suka menerokai keindahan alam di tempat-tempat yang menarik.
Semestinya, akan ada alatan atau aksesori baru yang dapat anda gunakan semasa bercamping. Tetapi jika anda mahukan gadget berkhemah yang gempak pada tahun ini, jangan banyak tanya, tengok dibawah.
1. Sleek First Aid Flashlight
Sama seperti makanan dan air, peti pertolongan cemas juga menjadi suatu kewajipan untuk para camper membawanya semasa berkhemah. Set Medical dari VSSL direka khas bagi seseorang yang juga mengembara. Bukan sahaja “First Aid”, tetapi Lampu Suluh juga direka bersama-sama gadget tersebut. Tidak lupa juga pada kompas dan wisel kecemasan yang direka bersama gadget tersebut bersaiz 9 inch dan mudah untuk digunakan. Contoh ubat-ubatan yang disediakan adalah seperti painkiller, pengelap antiseptik, sarung tangan nitril dan pinset.
2. Modular Survival Shovel
Ini adalah salah satu barangan survival kegemaran kami kerana mempunyai 18 dalam 1 fungsi multi-tool yang mampu memudahkan hari anda dalam pelbagai situasi. Diperbuat dengan steel carbon, pemegangnya dari aluminium military-grade, gabungan yang menarik untuk fungsi ketahannya, dan juga mudah untuk digunakan disebabkan design dan beratnya yang bagus.
Dicipta dengan penuh bayangan pengembaraan, Shovel Tactical ini mudah untuk dibuka dan terdapat kapak, pisau, gergaji, lembing, pembuka botol, mancis, pemotong wire, set kekunci hex, pembaris, pemutar skru, wisel, kompas dan banyak lagi. Shovel ini datang bersama beg Shovel yang kalis air dan mudah dibawa.
3. Clothing Washing Backpack
Dari pembuat beg pencuci The Scrubba (sebuah mesin basuh terkecil di dunia), beg yang tahan lasak ini menggabungkan pancuran air mandi mudah alih, beg kering yang boleh dimampatkan, dan mesin basuh menjadi salah satu peralatan gear paling utama yang boleh anda tambahkan ke koleksi peralatan perkhemahan anda.
Diperbuat dari kain nilon kalis air dan lengkap dengan tali yang boleh diubahsuai, Scrubba Stealth Pack lebih daripada menyimpan barang. Papan membasuh yang didalamnya membuatkan anda mudah untuk membasuh pakaian bila-bila masa, dimana jua anda berada manakala satu lagi kelebihannya iaitu injap yang disediakan didalam sesuai dijadikan pancuran air untuk mandi termasuklah kemampatan beg tersebut yang mudah untuk disimpan.
4. Portable Espresso Maker
Jika anda suka menikmati ketenangan semasa bercamping, memang sesuai jika ketenangan anda ditambah dengan secawan kopi, dengan Wacaco Minipresso anda pasti dapat ketenangan tersebut. Wacaco Minipresso menggunakan piston auto-semi yang membolehkan anda membuat espresso yang high-quality dimasa saja. Dan yang hebatnya ialah, ia tidak memerlukan udara yang termampat, N2O Cartridge atau elektrik, hanya air dan biji kopi yang diperlukan.
5. Portable Wood Burning Campstove
Ringan, mudah alih dan juga mesra alam, BioLite CampStove 2 lebih dari sekadar memasak dan memanaskan air, ia adalah salah satu alah perkhemahan terbaik yang mampu milik. Sama seperti yang sebelumnya, ia mengubah api menjadi eletrik, yang membolehkan anda mengecas lampu, phone dan alat-alat yang lain semasa anda berada diluar rumah.
BioLite CampStove versi kedua ini datang dengan kuasa 50% lebih banyak, removable bateri 2600 mAh, dan penunjuk status bateri serta kelajuan kipas yang berLED. Disebabkan beratnya yang 2paun, barangan ini sesuai bagi Camping berkereta dari camping berjalan kaki.
6. Solar Camp Shower
Mempunyai tempat mandi tersendiri semasa camping memang tidak ternilai harganya, itulah sebabnya Coleman 5-Gallon Solar Shower ini menjadi pilihan terbaik anda setiap kali ingin berkhemah di kawasan yang jauh dari bangunan. Diperbuat dari PVC dan dilengkapi dengan pemegang yang amat tahan lasak, ia mempunyai injap on/off yang menjanjikan pengalaman mandi yang puas hati. Selain itu, dengan tenaga Solar untuk memanaskan air, ia cukup untuk mandian yang lama.
7. Water Filter Bottle
Penapis air sudah menjadi suatu kewajipan bagi para-para camper dan pengembara. Dicipta di Switzerland Vestergard, LifeStraw Go Bottle yang pintar menggunakan proses penyaringan 2 peringkat untuk menghilangkan bakteria, protozoa, klorin dan rasa yang tidak enak, membantu anda mendapatkan air yang bersih dan selamat semasa dalam pengembaraan.
Dibuat dari BPA-free Tritan, botol air yang boleh di isi semula ini berfungsi dengan kapsul karbon aktif yang boleh diganti dan mempunyai penutup kalis kebocoran dengan corong silikon yang fleksibel dan selamat digunakan.
8. Multi-Functional Drinking Water Bottle
Aquabot LUNATEC lebih dari sekadar aksesori perkhemahan yang menarik. Dilengkapi dengan corak pancuran yang tajam, sederhana dan lembut yang dapat membantu anda kekal sejuk semasa bercamping. Pancuran yang tajam itu mampu membersihkan peralatan camping atau apa-apa saja dengan aliran 25 kaki yang sudah cukup kuat untuk berperang air.
9. Award-Winning Tree Tent
Suatu peralatan yang boleh dikatakan ” the next level of comfort ” iaitu, Sting 3-Person Tree Tent (3.0). Sama ada digantung di pokok atau dipasang di tanah, tempat perlindungan yang direvolusi ini menjanjikan keselesaan bagi para camper.
Rainfly 5000HH menawarkan perlindungan walaupun dibawah hujan yang lebat, tetapi juga boleh menyaksikan pemandangan indah di luar. Juga terdapat banyak jaring untuk mengemas peralatan anda. Designnya yang hebat dan menarik ini menjadikan “treehouse” mudah alih menjadi salah satu aksesori perkhemahan yang terbaik boleh anda gunakan.
10. Camping Cooking Gear
Mencari alat memasak berkhemah yang bagus untuk dibawa bersama semasa berkhemah? Datang dengan lengkap 4 set peralatan makan yang lengkap, GSI Outdoors Destination Kitchen sangat sesuai untuk anda. Dengan beg yang mampat ini, terdapat 24 keping set pelbagai termasuk alat memasak.
Sumber : https://travelaway.me/camping-gear-gadgets/
Jom Tengok: Bercuti dengan anak kecil? Ini beberapa tips yang perlu dilakukan oleh IbuBapa.