Tips Mudah Bagi Anda Yang Merancang Percutian Ke London

Kota London menjadi tempat idaman bagi setiap kaki travel untuk dilawati. Bagi anda yang baru pertama kali merancang nak bercuti ke London, sedikit perkongsian tips percutian ini mungkin dapat membantu anda dalam membuat perancang perjalanan ke London dengan bajet yang paling minima:

1. Anda boleh gunakan Oystercard untuk lebih menjimatkan. Ini membolehkan anda untuk naik tube dan bas tanpa had. Anda juga boleh buat pre-order di laman web Oystercard. Senang je kan.

 

2. Bagi kanak-kanak yang berumur bawah 11 tahun, mereka tidak perlu beli Oyster Card jika mereka travel bersama orang dewasa atau ibu bapa. Mereka boleh naik percuma je. Memang sangat menjimatkan. Jadi lepas ni tak perlu risau untuk bawa anak-anak berjalan ke London.

 

3. Nak cari makanan halal yang murah tak susah sangat pun dekat London. Anda boleh cuba pergi ke London Central Mosques. Di dalam dewan makan masjid ada jual pelbagai jenis makanan yang halal dengan harga yang sangatlah berpatutan. Landskap masjid ini pun cantik. Alang-alang dah sampai boleh terus bergambar.

 

4. Salah satu lagi cara untuk jimatkan duit makan ialah anda boleh pergi ke dewan makan Harrods 30 minit sebelum mereke tutup. Anda boleh beli makanan dengan harga runtuh tau, kebanyakkan kedai makanan akan membuat jualan penghabisan stok dengan menawarkan Beli 1 Percuma 1.

 

5. Lawatilah muzium-muzium yang ada di sekitar London. Di London, terdapat lebih dari 20 buah muzium yang boleh di lawati tanpa dikenakan bayaran tiket masuk. Antara muzium-muzium yang menarik dan percuma untuk tiket masuk ialah The British Museum, Natural History & Science Museum, Maritime Museum, Imperial War Museum, Horniman Museum, Museum of London, Transport Museum dan banyak lagi muzium yang boleh di lawati. Cari tempat yang percuma untuk dilawati barulah jimat kan.

 

6- Anda juga boleh ikut serta dalam London free walking tour dengan hanya perlu memberi donation seikhlas hati. Untuk membuat donation tersebut, anda boleh semak jadual dalam laman web berikut: http://freelondonwalkingtours.com

 

7. Air paip di London dikategorikan air yang sangat bersih, anda boleh minum secara terus air paip tersebut. Sekurang-kurangnya dapat menjimat duit untuk membeli air mineral. Satu pound sudah dikira jimat banyak tu.

 

8. Nak naik London Eye mahal sangat untuk tengok pemandangan Kota London dari atas. Memang tak dapatlah nak tengok. Sedihnya. Jangan sedih, banyak lagi pilihan lain, anda boleh pergi ke Parliament Hill ataupun Primrose Hill untuk melihat pemandangan Kota London. Walaupun pemandangannya tidak secantik berbanding London Eye, tetapi kira okay lah sebab dapat tengok pemandangan Kota London secara percuma. Tak perlu bayar apa-apa tiket pun.

 

9. Selain dari dua tempat di atas, pemandangan Kota London juga boleh dilihat dari Sky Garden yang sangat cantik, tetapi anda perlu menempah tiket awal-awal untuk naik ke atas, yang seronoknya ianya adalah percuma. Anda boleh boleh tempah tiket di link berikut: https://skygarden.london/booking

 

10. Untuk lebih menjimatkan kos anda, elakkan dari anda melancong ke Kota London pada musim perayaan Krismas, awal tahun baru dan juga cuti sekolah pada musim panas kerana pada masa itu kos travel tersangat mahal. Pertengahan September hingga awal Oktober, Mac hingga April adalah antara waktu yang terbaik dan murah untuk melancong ke London.

 

11. Sewa kereta pandu sendiri juga mungkin bukan pilihan terbaik untuk kita menjelajah Kota London, kerana kadar bayaran parking yang sangat tinggi dan keadaan trafik yang sangat sibuk mungkin akan membebankan kita.

 

12. Untuk memandu di London, anda tidak disyaratkan untuk memiliki lesen memandu antarabangsa, anda boleh gunakan lesen memandu Malaysia saja. Tetapi hanya terhad untuk tempoh setahun sahaja.

 

13. Mungkin anda hanya melancong untuk tempoh masa yang singkat sahaja di London. Walaupun hanya sekejap tetapi jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan empat ikonik penting Kota London iaitu pondok telefon merah, teksi hitam, Big Ben dan juga Istana Westminster.

 

14. Untuk lebih mudah dan menjimatkan masa, anda boleh beli tiket bas Hop-on Hop-off yang mana anda boleh lihat hampir kesemua tempat-tempat utama di London mempunyai perkhidmatan ini.

 

15. Di London mereka juga mempunyai cukai yang mana dikenali sebagai VAT (Value Added Tax) yang dikenakan pada setiap barang yang dijual, kebiasaannya harga yang tertera sudah termasuk sekali cukai VAT.

 

Semoga bermanfaat untuk anda semua dalam merancang percutian anda.

Related Posts