LANGKAH KESELAMATAN RUMAH KETIKA BERCUTI

keselamatan

Tibanya musim cuti persekolahan, sudah tentu ramai yang akan mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung ataupun pergi bercuti bersama keluarga. Tidak kiralah dekat atau jauh destinasi yang ingin dituju, pastikan kediaman anda berada dalam keadaan selamat. Bagi mereka yang akan pulang ke kampung, ambil langkah keselamatan sebelum meninggalkan rumah masing-masing.

Disini terdapat beberapa tips ringkas untuk menghindari perkara yang tidak kita ingini sepanjang kita berada di kampung atau pergi bercuti. Sebelum bercuti seharusnya kita membuat langkah-langkah keselamatan bagi memastikan rumah serta harta benda yang di tinggalkan berada dalam keadaan selamat.

1.Pintu dan tingkap dikunci

keselamatan

Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan mangga (padlock)
yang tidak mudah dipecah atau diumpil.

2. Nyalakan lampu di sekeliling rumah

Pastikan lampu di sekeliling rumah  dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik.

3. Pasang alat keselamatan tambahan

Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan mangga (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah.

Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.

4. Maklumkan pada jiran terdekat

Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka
masa ketiadaan anda.

jiran

Tindakan ini dilakukan supaya jiran tahu akan ketiadaan anda dan dapat membantu untuk menjaga keselamatan kediaman anda.

5. Pastikan keselamatan barangan berharga

Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa
bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.

6. Simpan alatan yang mudah terbakar

Pastikan juga alat-alat mudah terbakar seperti tong gas, kerosin dan mancis disimpan di tempat yang selamat. Sebaik-baiknya kepala tong gas ini hendaklah ditutup.

mudah terbakar

Langkah-langkah ini juga bertujuan mengelakkan kemungkinan berlakunya kebakaran. Keprihatinan terhadap keselamatan bahan-bahan mudah terbakar ini boleh mengelakkan kita kerugian.

7. Maklumkan kepada polis

Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal anda dan berikan maklumat seperti berikut:
– Nama dan alamat
– Nombor telefon yang mudah dihubungi
– Tarikh berlepas dan balik
– Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti

8. Dapatkan perlindungan insurans

Anda juga dinasihatkan melindungi harta benda rumah anda dengan polisi insurans untuk meringankan beban kerugian sekiranya rumah dipecah masuk.

insurance

 

Dengan perancangan yang teliti, kita tidak perlu bimbang tentang keselamatan rumah apabila pulang bercuti ke kampung atau melancong ke mana-mana lokasi menarik. Langkah yang diambil ini akan membuatkan percutian kita akan lebih selesa dan tenteram.

Related Posts