Daily Cuti ialah tempat orang Malaysia cari idea percutian: tempat menarik ikut negeri, cuti umum, tip bajet dan tawaran perjalanan. Kalau anda ada hotel atau resort, tarikan pelancong, festival, laluan penerbangan baru atau produk perjalanan, kami boleh ceritakannya dengan cara yang berguna kepada orang yang sedang merancang cuti.
Ringkasnya: anda bawa tawaran, kami bawa pembaca, cerita dan pengedaran di laman web serta Facebook.
Siapa Pembaca Daily Cuti?
Keluarga yang merancang cuti sekolah, pasangan yang cari tempat hujung minggu atau bulan madu, dan pengembara bajet yang nak tahu tawaran tambang dan laluan baru. Topik yang paling banyak dikongsi di Facebook kami ialah maklumat praktikal: jadual ETS baru, kalendar cuti umum dan pelan perjalanan jimat.
| Hantaran Facebook paling tinggi | 1.7 juta tontonan |
| Median tontonan setiap hantaran | 6,300+ |
| Hantaran dalam data ini | 145 |
Pakej Pengiklanan
1. Artikel Tajaan
Satu artikel penuh di dailycuti.com, ditulis oleh pasukan kami dalam gaya Daily Cuti, bukan salinan siaran media. Sesuai untuk hotel dan resort, tarikan pelancong, festival dan tawaran tambang.
- Artikel penuh dalam Bahasa Melayu
- Pautan ke laman tempahan atau laman web anda (dengan tag UTM supaya trafik boleh dijejak)
- Kotak “Info Ringkas”: lokasi, waktu operasi, harga tiket atau kadar bilik, dan cara ke sana
- Satu pusingan semakan draf
- Kekal di laman web (tiada tarikh luput)
- Laporan prestasi selepas kempen
2. Artikel + Facebook
Semua dalam pakej Artikel Tajaan, ditambah pengedaran di Facebook Daily Cuti supaya tawaran anda sampai kepada lebih ramai orang, bukan setakat yang datang dari Google.
- Artikel Tajaan (seperti di atas)
- Hantaran Facebook (gambar atau carousel)
- Video pendek (Reels)
- Laporan gabungan: laman web + Facebook
3. Lawatan & Ulasan
Penulis kami datang, cuba dan ceritakan pengalaman sebenar di hotel, resort atau tarikan anda. Sesuai untuk tempat yang nak bina kepercayaan dengan pelancong baru.
- Lawatan oleh penulis Daily Cuti
- Foto dan video asal (bukan stok)
- Artikel ulasan di laman web + video pendek
- Pendapat jujur, dan artikel menyatakan bahawa lawatan ini atas jemputan
Ada bajet atau idea lain, contohnya kempen cuti sekolah, Hari Raya atau hujung tahun? Beritahu kami. Pakej boleh disusun ikut keperluan.
Harga: bergantung pada skop kempen. Emel dailymakan11@gmail.com untuk sebut harga.
Macam Mana Prosesnya?
- Emel kami tentang produk, tarikh kempen dan bajet anda.
- Kami hantar cadangan pakej dan sebut harga melalui emel.
- Anda hantar brief: fakta, harga, tarikh, gambar dan pautan.
- Kami tulis draf dan hantar untuk satu pusingan semakan fakta.
- Artikel diterbitkan dan dikongsi di Facebook (jika dalam pakej).
- Laporan prestasi dihantar selepas kempen tamat.
Perkara Yang Perlu Anda Tahu
- Semua kandungan berbayar dilabel “Artikel Tajaan” di bahagian atas artikel. Ini untuk kepercayaan pembaca, dan ia juga keperluan Google.
- Pautan ke laman penaja ditanda
rel="sponsored"mengikut garis panduan Google. - Kami tidak menjual tempat dalam senarai tempat menarik atau artikel berita kami. Baca Polisi Kandungan Tajaan kami.
- Kami berhak menolak produk yang tidak sesuai untuk pembaca kami.
- Harga belum termasuk SST (jika berkenaan). Invois dikeluarkan oleh Daily Media Sdn. Bhd.
Jom Berbincang
Semua pertanyaan pengiklanan dan sebut harga melalui emel: dailymakan11@gmail.com
Daily Cuti dimiliki dan dikendalikan oleh Daily Media Sdn. Bhd. (SSM: 202401033157).
